A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 29 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini161
mod_vvisit_counterBulan Ini4285
mod_vvisit_counterJumlah496743
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Komentar Isu arrow KALI PERTAMA URUSAN DALAMAN PAS MELIMPAH KELUAR DARI CAWANNYA !
KALI PERTAMA URUSAN DALAMAN PAS MELIMPAH KELUAR DARI CAWANNYA ! PDF Cetak Emel
subkydanmatsabu.jpg
Subky Latif & Mat Sabu 

Selama ini urusan dalaman PAS, khususnya mengenai perebutan jawatan dalam parti itu tidak pernah dibincang dan disiarkan secara terbuka oleh mana-mana media arus perdana apa lagi akhbar –akhbar mingguan atau dua kali seminggu.

Sebelum ini kalau ada keributan dalam cawan atau tekoh PAS mengenai perkara ini, para pemimpinnya berusaha menutupnya rapat-rapat dan bila cuba dicungkil oleh para wartawan, mereka akan berlakon dengan hanya mengeluarkan kenyataan yang bersahaja berbunyi antaranya “ Alahai hanya ribut dalam cawan kopi kami sahaja dan kami telah selesaikannya dengan cara shura.”

Bila ditanya pula mengenai siapa yang mahu lawan siapa, mereka tidak pernah berikan secara rasmi kenyataan pencalonan perebutan jawatan dalam parti itu kepada press. Yang ada mereka hanya menjawab,’semua jawatan ditentukan secara syura dan tak ada perlawanan, kalau ada pun hanya secara kecil-kecilan saja.”

Tetapi kali ini semua jawatan yang dipertandingkan telah didedahkan kepada press untuk disiarkan kepada umum. Tidak adalah lagi cakap-cakap yang berselindung dibalik perkataan,”Syura” dan “Musyawarah’,melainkan masing-masing kumpulan yang menyokong calon-calon yang bertanding itu telah mula menyerang pihak lawan mereka, dengan menggunakan terma-terma tokoh ulama dan tokoh professional!

Nampaknya tidak ada lagi gelaran” Golongan Sekular” sebagaimana mereka gunakan sebelum ini (secara dalaman) dan perkataan itu nampaknya telah ditukar kepada perkataan yang lebih lunak bunyinya iaitu ‘Professional’!

Sebenarnya dalam PAS, mana-mana individu yang mendapat pendidikan formal dari Sekolah Arab atau Sekolah Agama atau Pendidikan Pondok, sama ada dari dalam atau luar negara dikira “Orang Agama’ dan mana-mana indvidu yang merupaka lepasan sekolah menengah biasa atau pusat pengajian tinggi atau universiti tempatan atau luar negara yang bukan agama, ia dikira ‘Orang Sekular’.

Kedudukan Kumpulan Sekular  dalam parti itu hanyalah sebagai pelengkap sahaja, manakala  semua jawatan tinggi parti mesti dipegang oleh “Orang Agama.” Hal ini tidak tertulis dalam mana-mana bahagian perlembagaan parti itu, tetapi sangat difahami dan menjadi amalan biasa mereka.

Dato’ Hussam Musa seorang yang tersenarai sebagai tokoh sekular  yang cukup sukar untuk beliau  naik menjadi pemimpin utama parti itu seperti yang dicita-citakan selama ini !


Manakala Mat Sabu, Mahfuz Omar juga akan menerima nasib yang sama sebagaimana yang diterima oleh sahabat saya Subky Latif seorang wartawan besar dari kumpulan Utusan Melayu telah terjun dalam PAS atas pelawaan Dato” Haji Mohamad Asri Haji Muda yang lebih terkenal dengan panggilan Dato’ Asri , semasa memegang jawatan Yang Dipertu Agung PAS yang kini di tukar kepada nama Presiden PAS.

Bagaimanapun keadaan hari ini lebih lunak dilabelkan kepada kumpulan sekular ini dengan nama baru iaitu “Kumpulan Profesional”. Begitu juga kita dapati Khalid Samad seorang Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam, kini dipersoalkan oleh kumpulan agama kerana beliau mula menampakkan ciri-iri kepimpinan yang boleh menggugat kumpulan agama dalam PAS di Selangor khususnya, dan diperingkat pusat amnya.

Walaupun saya baru menjejak kaki ke Utusan sebagai Wartawan Kedet lepasan sekolah, saya telah cuba memberikan pendapat saya kepada Subky Latif pada tahun 1976 dulu, agar jangan menyertai PAS kerana beliau tidak mempunyai latarbelakang pendidikan agama secara formal, kerana ia tidak akan diterima menjadi pemimpin utama kelak !

Saya memberi pendapat lagi, Datuk Asri dan pemimpin PAS yang lain mempelawanya, adalah semata-mata kerana nama Subky Latif seorang wartawan yang ternama masa itu dan boleh membantu parti itu untuk lebih banyak diperkatakan didada-dada akhbar hasil dari usaha Subky !

Bagaimanapun Subky Latif dengan nada sinis atau perli, menjawab kepada saya dengan kata: “orang macam saudara yang dapat pendidikan secara formal di sekolah Arab tak nak masuk, biarlah saya masuk.!.”

Apapun juga kini publisiti mengenai PAS sudah begitu banyak, dan yang menggembirakan para pembaca akhbar, mereka sudah mula mengetahui mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam PAS, yang selama ini tidak diketahui umum dan diletak dibawah tikar sahaja!

Bertolak dari situ marilah kita meninjau kepimpinan PAS dan tindak tanduk mereka menjelang muktamar agung mereka yang akan memperlihatkan perlawanan sengit disetiap jawatan, malah mereka sudah cuba-cuba mencalonkan nama lain untuk memegang jawatan Presiden PAS yang sebelum ini disebut Yang Dipertua Agung PAS, selain dari penyandang yang ada iaitu Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dari Terengganu.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack