A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 29 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini175
mod_vvisit_counterBulan Ini3093
mod_vvisit_counterJumlah495550
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
PERINGATAN BUAT PAS ‘KATA DULANG PAKU SEREPIH’ PDF Cetak Emel
 nik_aziz_hj_hadi.jpg
 NIK AZIZ DAN HJ HADI DALAM SATU MAJLIS

Buletin propaganda atau Suara Rasmi parti PAS bernama HARAKAH keluaran 17-19 April 2009 membuat tajuk utama pada muka hadapannya bertajuk Bom Jangka Punah UMNO , dengan membuat tajuk kecil di atasnya berbunyi, “Masalah dalaman UMNO bukan sekadar membarah di Terengganu dan Sarawak, malah menghimpit negeri-negeri lain juga” ; sebenarnya ibarat kata pepatah, Kata Dulang Paku Serepih, Kata Orang Aku Yang Lebih !

Tidak ada fakta yang jelas diberikan oleh Buletin PAS, Harakah itu, melainkan keseluruhannya  merupakan suatu tulisan yang subjektif dan sukar dipertanggungjawabkan. Menurut Harakah itu lagi, hampir ke semua negeri dalam Persekutuan ini Parti UMNO mempunyai masalah dan merupakan Bom Jangka yang akan merosakkan UMNO !

Tetapi, bila kita melihat ke dalam Parti PAS, kita juga boleh membuat kesimpulan yang jitu, di mana Bom Jangka dalam parti yang menamakan diri mereka sebagai Parti Islam Semalaysia (PAS) itu , kalau tidak sama seperti UMNO pun, saya berpendapat ia lebih parah lagi , cuma Harakah sendiri tidak mahu mendedahkannya !

Lebih malang lagi bagi rakyat negara ini, bila media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, The New Sytraits Times, Nanyang Siang Pao, Sin Chew Jit Paa, Bernama, RTM dan TV 3 tidak berminat menyiarkan ‘Peperangan’ atau ‘Persengketaan’ yang sudah sekian lama berlaku dalam PAS ini untuk dibaca, ditonton atau didengar oleh rakyat Malaysia.

Apa yang ada disiarkan oleh media arus perdana, hanyalah sekadar berita sepintas lalu, tidak selaku ‘ Indept reporting’ seperti yang sewajarnya. Malah lebih terkilan kepada saya, bila Wartawan Besar seperti Dato’A.Kadir Jasin , Tan Sri Mazlan Nordin, Dato’ Johan Jaafar dan Dato’ Rohanie Ahmad serta penulis tersohor sekarang Tun Dr.Mahathir Mohamad sendiri tidak pernah mengulas, apalagi mengkritik dihalaman-halaman mereka, terhadap apa yang sedang berlaku dalam PAS kini, sehinggakan hampir seluruh generasi muda kini menganggap PAS semacam Parti Suci dan tidak ada apa-apa masaalah !.

Apakah rakyat Malaysia buta mata dan pekak telinga terhadap persengketaan Kumpulan Utara yang diketuai oleh Kedah dengan Kumpulan Pantai Timur yang diketuai oleh Terengganu, atau jelasnya Kumpulan Fadzil Nor Vs Kumpulan Haji Hadi . Walaupun dalam majlis-majli rasmi kelihatan Allahyarham Dato’ Fadzil Nor dan Dato’ Haji Ab.Hadi Awang semacam mesra, tetapi para pengikut masing-masing ibarat Mata Memandang, Hati berkata-kata !

Kita belum lupa lagi bagaimana ‘peperangan sengit’ setiap kali pemilihan PAS dalam perebutan jawatan-jawatan penting bemula dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden , Bendahari Agung, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat PAS, Ketua Dewan Ulama dan Ahli Jawatankuasa setiap peringkat.

Rakyat Malaysia tentunya tak lupa bagaimana ahli-ahli PAS mengaibkan Presiden parti Mereka yang dahulunya dikenali sebagai Yang Di Pertuan Agung , pada awal tahun 80an, dima Dato’ Mohd Asri Haji Muda dari Kelantan, dipaksa meletakkan jawatan dalam perhimpunan agung, yang disebut Muktamar Agung  mereka di Tingkat Lima Dewan Bahasa dan Pustaka , dan menggantikannya serta-merta dengan Dato’ Yusof Rawa dari Pulau Pinang.

Para wartawan (termasuk saya sendiri) yang membuat liputan dalam muktamar agung itu, menyaksikan satu peristiwa zalim dengan matakepala kami sendiri , bagaimana satu konspirasi ‘ala Nazi’ berlaku di luar perikemanusiaan !

Mengapa tidak ? …..bila Mesyuarat Agung bermula, secara yang sungguh tidak beradab, para pemuda PAS dari Utara bangun mengganggu dengan laungan untuk meletakkan jawatan terhadap Presiden PAS itu Dato’ Mohd. Asri Haji Muda , sehinggakan ucapan dasar presiden menjadi terhenti  dengan provokasi dan laungan yang amat lantang “Allahuakbar” sepanjang ucapan Asri itu. Para pemimpin tertinggi PAS termasuk Bendahari Agungnya cuba menenangkan, mereka pula menerima maki hamun,sehinggalah apa yang mereka kehendaki berlaku !

Mohamad Sabu (dari Kedah) dan Mahfuz Omar (dari Pulau Pinang) kelihatan tidak pernah duduk atas kerusi sepanjang ucapan Asri ,malah terus-terusan berdiri melaungkan ‘Allahu Akbar’ serta kata-kata lain yang kurang manis , diikuti dan disahuti pula oleh para pengikut mereka yang dikerah begitu ramai memenuhi dewan muktamar itu. Nampak jelas Pemimpin pemuda PAS dari kawasan Timur seperti Mustafa Ali, Wan Mutalib Embong, Abu Bakar Chik, Wan Ismail Ibrahim, Nik Mustafa Jet dan lain-lain tidak mampu menahan kekuatan arus utara yang turut disokong oleh Ust. Abu Bakar Hamzah (Perlis) dan Senator Amaludin Darus (Utara) yang juga pengarang buku pengetahuan umum, ‘Pintu Langit Mula Dibuka’.

Kami dapati Mohd Asri Muda pada hari itu , benar-benar tersepit, kerana pihak yang menentang ternyata amat agresif ‘ sehinggakan insan yang sangat dikagumi oleh umat Melayu (kerana membawa PAS bersama UMNO dan membentuk BN bersama Tun Razak selepas peristiwa 13 Mei 1969) itu meletakkan jawatan Presiden PAS dalam keadaan yang amat aib ditekan, dipaksa dan dimaki hamun) .

Padahal Mohd Asri Haji Muda pernah disanjung oleh Allahyarham Timbalan Perdana Menteri kita, Tun Dr.Ismail Bin Abdul Rahman dengan menggelarkannya “Orang Muda Bangsawan” dalam ucapan-ucapan kempen pilihanraya semasa hayatnya, bila merujukkan kepada Mohd.Asri.Ini ialah kerana Asri adalah merupakan seorng pejuang kemerdekaan yang terkenal pada zaman mudanya. Majalah The Times pernah menggelarkan Asri sebagai “Sukarno Yang Kedua” kerana kepetahan dan kewibawaannya yang memukau para hadirin bila berucap.

Itu merupakan sedikit latarbelakang pengenalan apa yang berlaku dalam parti PAS dan bagaimana sejarah perebutan kuasa dalam PAS, untuk menjadi rujukan kepada para penulis dalam Harakah, semoga, dalam keghairahan untuk menghentam UMNO dan para pemimpinnya dengan menggunakan fakta di awang-awangan , agar segera berpijak ke bumi, melihat sendiri dalam rumah PAS sendiri yang disangka kononnya parti mereka suci murni dan tidak pernah tercalar  dengan pemilihan pucuk pimpinan mereka. Kata bijak bistari, ‘Kalau rumah kita pun dari kaca, janganlah baling rumah orang’

Saya sebelum ini tidak langsung berminat untuk menyentuh latarbelakangt parti tersebut, apalagi tentang masalah dalam parti itu, tetapi bila terdapat tokoh-tokoh dan penulis dalam PAS membuat provokasi dan memaki hamun para pemimpin UMNO yang seolah-olah tidak ada langsung kebaikan dan jasa UMNO serta  para pemimpinnya, kepada agama, bangsa dan tanahair kita; maka saya merasa terpanggil untuk mengulas dan memberikan sedikit pendapat di laman ini, semuga orangramai dapat jadikan bahan pertimbangan dan perbandingan dalam hal yang dipropagandakan itu.

Mungkin pihak yang tidak bersetuju dengan tulisan saya ini akan berkata, itu sejarah lama, dan kini hal itu tidak berlaku !. Sebenarnya pendapat itu salah. Peperangan dan perebutan kuasa dalam PAS tidak pernah reda ! cubalah selak tikar yang dihamapar menutup segala sampah saraf dalam parti itu , nescaya anda akan dapati bukan saja perebutan kuasa dalam parti itu di semua peringkat berlaku di arena  pusat, malah tidak kurang hebat pula berlaku di semua negeri.

Ambil contoh di Perak, kenapa dan mengapakah Pesuruhjaya PAS perak tidak menjadi Menteri Besar ? . Jawatan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri samalah dengan jawatan Ketua Perhubungan UMNO  di negeri-negeri. Pada kebiasaannya bagi UMNO , Ketua Perhubungan UMNO Negeri , secara automatik menjadi Menteri Besar jika parti itu memenangi pilihanraya dinegeri-negeri tersebut.

Lihat saja Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Nik Abd.Aziz Bin Nik Mat, secara automatik menjadi Menteri Besar bila PAS memenangi pilihanraya di negeri itu. Begitu juga Pesurujaya PAS Terengganu Dato’ Abd.Hadi Bin Awang menjadi Menteri Besar bila PAS menawan Terengganu sedikit masa dulu. Begitulah yang berlaku di Kedah. Dato’ Azizan Menteri Besar Kedah adalah Pesuruhjaya PAS bagi negeri Kedah.

Mengapakah kalau tidak ada perebutan kuasa dalam parti itu , Dato’ Ahmad Awang atau lebih dikenali dengan Ustaz Ahmad Awang bekas Ketua Pengarah Pusat Islam Jabatan Perdana Menteri, tidak diberi peluang bertanding di tempat atau kawasan yang istimewa , yang pasti PAS boleh menang, agar Pesuruhjaya PAS tersebut, yang bakal menjadi Menteri Besar itu boleh menang ?

Di Kedah, semua orang tahu Dato’ Azizan atau Ustaz Azizan begitu uzur, mengapa pemimpin yang lebih muda dan begitu masyhur, Mahfuz Omar pemimpin dari kawasan Pokok Sena itu tidak diberi peluang menjadi Pesuruhjaya PAS negeri Kedah agar beliau dapat menjadi Menteri Besar yang lebih cergas dan lebih lagi berkesan untuk perkembangan PAS di negeri itu ? Bila diajukan persoalan ini kepada beberapa aktivis PAS di negeri Kedah, mereka menjawab, sebab Mahfuz Omar orang luar, bukan anak jati Kedah, iaitu dari Pulau Pinang .

Ok lah Mahfuz dari Pualau Pinang, bagaimana pula dengan seorang lagi pemimpin PAS dari Kuala Kedah yang sangat masyhur itu iaitu Mohamad Sabu, yang merupakan Naib Presiden PAS sendiri ! . Malangnya Mohamad Sabu ,sudahlah tidak dikehendaki di Kelantan , padahal beliau menang besar di Kawsan Parlimen Kubang Kerian , di negeri sendiri Kedah juga tak mahukan beliau. Begitu juga malangnya Mahfuz Omar tidak dikehendaki di negerinya di Pulau Pinang, padahal beliau sebelum dibuang ke Kedah, adalah merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang !

Di Terengganu pula, perebutan kuasa dalam parti itu amat ketara dan ramai wartawan dan pemerhati politik sangat biasa dengan peperangan dingin dalam PAS Terengganu ini, antara yang menyokong kepimpinan Dato’ Abd . Hadi Awang dan yang menyokong Dato’ atau Ust.Harun Taib. Faktor penentu yang meraih pengaruh dari kedua-dua pihak pula tidak lain dari Dato’ Mustafa Ali , bekas Ketua Pemuda PAS , yang menjadi kesayangan ‘Ayah Mat’ nama panggilan semua pengikut PAS kepada  Dato’ Mohd Asri Haji Muda.

Lebih menyayat lagi, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd.Salleh Abas, yang berjaya dipujuk oleh pihak PAS Terengganu untum menyertai parti itu, akhirnya menjadi ‘Quran Buruk’ tidak diberikan kedudukan dalam parti tersebut samada di peringkat pusat, maupun di peringkat negeri Terengganu sendiri. Banyak pihak di negara ini sebelum ini meramalkan, bekas Ketua Hakim Negara yang popular itu bila menyeetai PAS, tentulah akan diangkat menjadi Presiden parti tersebut, ataupun sekurang-kurangnya menjadi Menteri Besar Terengganu.

Tetapi ramalan itu meleset, kerana Tun Salleh hanya menjadi salah seorang Ahli Exco biasa dalam kerajaan PAS Terengganu setelah menang bertanding menentang BN dalam pilihanraya umum masa itu. Kini Tun Salleh menjadi orang yang tidak dikenali dalam parti tersebut samada di  peringkat pusat, maupun negeri.

Di Kelantan pula, Nik Abd.Aziz Nik Mat, selain daripada  Menteri Besar yang juga  Pesuruhjaya PAS Negeri, yang mempunyai latarbelakang pendidikan tinggi dalam agama, tetap dikekalkan kedudukannya kerana pengaruhnya di kalangan masyarakat negeri itu , manakala kebanyakan tokoh-tokoh yang berlatarbelakangkan agama yang lain , telah diketepikan oleh sekumpulan pemimpin muda bukan dari pendidikan agama, yang sentiasa mengelilingi serta memenangi hati Nik Aziz , yang sedikit demi sedikit mendapatkan  kuasa dari beliau.

Pemimpin yang terkenal yang berkelulusan tinggi dalam ilmu agamanya seperti Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman,  Ustaz  Yahya Othman, Ustaz  Mohammad Daud Iraqi, Ustaz Idris Haji Ahmad  dan beberapa nama lagi. Penyingkiran ini berjalan dengan cara yang bijaksana dan tidak disedari oleh kebanyakan rakyat Kelantan sendiri. Malah satu ketika , sebelum pilihanraya umum ke 12 yang lalu, tekanan ini telah dapat dirasakan oleh Nik Aziz sendiri, dan beliau pernah mengumumkan untuk bersara dari politik, dengan menyatakan keinginannya ingin berehat dan berdakwah di masjid dan surau di negeri itu.

Pada mulanya, nampak reaksi positif dari golongan tersebut, namun akhirnya setelah ramai penyokong PAS menyatakan PAS akan diratah UMNO kalau Nik Aziz sudah tiada, maka kumpulan tersebut memujuk semula Nik Aziz untuk terus bertanding dalam pilihanraya serta kekal sebagai Pesuruhjaya PAS dan Menteri Besar.

Demikian ,sedikit sebanyak peristiwa dalam PAS yang menghuraikan peribahasa diatas, ‘Kata Dulang Paku Serepih” , semoga menjadi bahan perbincangan bagi teman-teman yang ingin mendapatkan pandangan kedua terhadap  isi kandungan HARAKAH   keluaran minggu lalu yang memberi gambaran yang begtitu negatif terhadap UMNO, sebuah parti yang telah berupaya  memertabatkan ISLAM AGAMA RASMI PERSEKUTUAN semasa merangka perlembagaan negara yang sama-sama kita cintai ini.

Tidak banyak negara dalam dunia ini yang telah mampu meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara mereka Allahuakbar  Allahuakbar Allahuakbar walillahilhamd ! . 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack