|
| Pak Lah dan Najib masa serah tugas |
Perdana Menteri baru Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Ibni Almarhum Tun Haji Ab.Razak baru saja mengangkat sumpah jawatan 13 hari yang lalu. Kedatangannya atas nama Perdana Menteri , tentulah berbeza dengan kedudukan lamanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam semua hal. Ibarat Pengantin Baru, segala gerak geri beliau, senjah senjuhnya , tingkah lakunya, percakapan dan tuturkataya , gurauan sendanya serta ketawa hilainya adalah serba baru.
Kalau Pengantin Baru yag tadi malam baru naik pelamin, takkanlah mertuanya sanggup meminta menantunya membasuh kawah dan membersihkan halaman rumah , apalagi memberinya parang untuk menebas rumput lalang dan semak samun di belakang rumah mertua !
Jadi, adalah tidak kena dengan tatasusila adat kita orang Melayu , menantu baru semalaman menjadi keluarga baru kita, tiba-tiba kita nak ajak ke bukit untuk menebang dan memikul kayu untuk membuat pagar rumah mertua !.
Tetapi bila sudah kira-kira sepurnama , setelah dibawa ke sana ke mari mengenali saudara mara kelurga mertua kedua-dua belah pihak pengantin baru ini bolehlah mula membuat kerja biasa dan sudah boleh diberikan tajak untuk membajak sawah, berikan cangkul untuk menanam ubi , berikan kapak untuk menebang kayu api, dan berikan lembing untuk membunuh babi hutan yang mengancam tanaman !
Kini di kedai-kedai kopi , di ruang rehat pejabat-pejabat , di warung –warung teh tarik , di gerai-gerai nasi belauk dan nasi lemak, orangramai membicarakan perihal Perdana Menteri baru ; mengapa orang itu dimasukkan, mengapa orang ini dibuang , mengapa kementerian itu dan ini dihapuskan , mengapa tak wujudkan kementerian yang jaga kepentingan bangsa kita sendiri, mengapa kaum pendatang Tionghua diberikan tambahan Menteri, mengapa lepaskan penderhaka Hindraf dari tahanan ISA , dan berbagai-bagai lagi.
Berbanding dengan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah), di mana beliau mengambilalih jawatan PM dalam keadaan suasana dan iklim politik negara ini yang tenteram kerana pengawalan rapi oleh Tun Mahathir sebelumnya . Pak Lah yang terkenal dengan peribadi serba bersih dan warak, serta cucu Abdullah Fahim seorang Ulama Besar , cuma masukkan Ajinomoto Islam Hadhari , menjadikan peminat Islam di seluruh negara khasnya dari Kelantan dan Trengganu menyambut kehadirannya sepenuh hati.
Hasilnya dapat dilihat dalam pilihanraya umum (PRU 11) yang diadakan tak lama kemudian, memperlihatkan rakyat memberikan dokongan yang amat hebat .
BN menang besar di Terenganu dan Kelantan . Di Kelantan BN hanya memerlukan dua kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan !
|
| Khairy Jamaluddin |
( Bagaimanapun imej yang indah dan peribadi bersih Pak Lah ini menjadi kian pudar beransur-ansur tanpa disedarinya, sebaik saja Khairy Jamaluddin menantunya yang tersayang mula menjalankan peranannya untuk mencari kekayaan dan pengaruh politik menggunakan saluran parti dan kerajaan dengan matedologi teknik dan taktik yang halus di peringkat permulaan dan menjadi semakin ketara hari demi hari . Hal ini ditambah pula oleh kehadiran bekas wartawan The Star Kalimullah Hasan (bekas sahabat saya) menggunakan pengaruh Kamaludin , anak lelaki tunggal Pak Lah , untuk meraih peluang perniagaan yang besar dan bergabung pula dengan Khairy.
Walaupun bidang perniagaan mereka ini membanggakan bangsa kita, tetapi sikap Khairy yang banyak menghulur tangan mencampuri urusan Pentadbiran Kerajaan dan parti UMNO, menjadikan amat sensitif . Hal ini diburukkan lagi bila Khairy dengan lantang menyatakan dia akan menjadi Perdana Menteri lapan tahun lagi ! Dan, alhasilnya, Pak Lah yang terpaksa memikul beban akibat dari kejadian ini.)
Sebenarnya sebarang kerisauan, keraguan dan tandatanya terhadap Najib ini tidak akan timbul sekiranya Pak Lah dalam masa pemerintahannya tidak mengamalkan Dasar Terbuka dan Pendekatan Berlembut yang disalahgunakan oleh pihak parti daripada kaum pendatang . Dasar Paklah baik, tetapi orang yang menyalahgunakannya itu yang tidak baik. Sebenarnya dasar terbuka dan berlembut hanya boleh diamalkan di kalangan Orang Melayu sahaja, sedangkan bangsa pendatang India dan China tidak oleh ditadbir secara sedemikian .
‘Budaya Gengstar’ yang menjadi darah daging keturunan Bangsa Pendatang ini , lagi berlembut, lagi mereka menekan, bak kata pepatah ‘Diberi Betis Hendak Paha’. Mereka akan naik kepala kita kalau banyak diberi muka !
Berdepan dengan mereka dengan cara meminta maaf atas segala ketegasan kita sebagaimana Dato’ Seri Hishamudin Hussain semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO mencium keris dalam perhimpunan parti , dan meminta maaf pula bila dipersoalkan oleh pihak MCA, menjadikan orang lain tidak menghormati kita ! Pemimpin Melayu yang lemah semangat berhadapan dengan MCA dan MIC tak sesuai berada di jawatan yang tinggi , kerana ia mengecewakan bangsa sendiri !
Inilah situasi dan kondisi yang Najib terpaksa hadapi. Najib kena tukar gaya persembahannya berhadapan dengan komponan BN yang suka menekan seperti Gerakan, MCA dan MIC ini. Parti DAP yang berada jauh di belakang memakai alat kawalan jauh agar kedua-dua parti MCA dan MIC ini buat desakan dari dalam BN dan meraka parti DAP pula akan memuat desakan di luar BN seperti di Parlimen dan dimajlis-majlis bersama orangramai.
Berilah masa kepada Najib. Dia tengah membetulkan kompas halatujunya , disamping menambahkan kuasa turbo dan kuasa kuda kepada enjinnya, menukarkan tayar nipis dengan tayar lasak, menmbahkan kuasa lampu untuk menyuluh ketika gelap, mengenakan cermin kalis peluru agar tak lut ditembak perompak dan gengstar dan perlbagai kelengkapan lagi.
Berilah sangka baik dan berilah peluang kepada Najib membawa bahtera kita mengikut keyakinannya untuk sampai ke daratan yang kita idam-idamkan selama ini . Ketepikan anggapan negatif yang sedang disebarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab terhadap isterinya dan unsur-unsur nepotisme yang kononnya diamalkan oleh Najib yang dikatakan mula berleluasa . Berilah keyakinan sepenuhnya kepada Ketua Baru kita !
|