A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 31 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini186
mod_vvisit_counterBulan Ini4310
mod_vvisit_counterJumlah496767
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Komentar Isu arrow SIKAP PEMIMPIN UMNO YANG MENGHALANG KEMENANGAN
SIKAP PEMIMPIN UMNO YANG MENGHALANG KEMENANGAN PDF Cetak Emel
tun_mahathir_-taiping.gif
  Tun Mahathir turut berkempen 

Pada Sabtu 4 April lalu saya bersama seorang teman, Wan Aminudin Wan Mohd Bakar  penggiat UMNO dari Pasir Puteh Kelantan, telah pergi ke kawasan Parlimen Bukit Gantang untuk melihat dan meninjau dari dekat keadaan dan suasana kempen pilihanraya kecil kawasan itu berikutan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang dari parti PAS .

Memandangkan hari mengundi di kawasan itu jatuh pada hari Selasa 7 April 2009, yang begitu suntuk , saya merasa terpanggil untuk segera mendapatkan beberapa fakta dari ‘medan pertempuran’ itu sendiri secara maklumat pertama ,yakni tidak hanya berdasarkan perkhabaran atau ‘Berita Angin’ yang dibawa dari sana, untuk dimuatkan dalam laman ini buat tatapan dan penilaian para pembaca semua.

Setibanya di Bandar Taiping , peperangan poster nampak jelas sedang berlaku dengan rancak . Para petugas dari kedua-dua pihak PAS dan BN kelihatan dengan girang dan tekun sekali menampal, merentang dan menggantung poster masing-masing ,tetapi dengan aman tanpa ada unsur-unsur pergaduhan dan sebagainya.

Kami berdua menghadapi kesulitan untuk mencari tempat-tempat tertentu bagi mendapatkan sumber maklumat, kerana tidak ada sebarang tempat bertanya untuk panduan orang luar yang datang ke situ untuk kemana-mana kawasan peti undi atau bilik gerakan parti-parti yang sedang berlawan itu.

Dalam keadaan begitu saya teringatkan seorang teman lama saya di Bandar Taiping itu, Abdullah Ismail, bekas Pegawai Perpaduan Negeri Perlis yang kini menetap di sebuah kawasan kediaman yang kira-kira tiga ke lima minit pemanduan dari Stesen Keretapi Taiping.

Saudara Abdullah memandu kami untuk ketempt-tempat sasaran sumber maklumat kami dengan berkesan, termasuk Ibu Pejabat Bahagian Bukit Gantang , Pemuda dan Wanita Bahagian, serta ke bilik-bilik gerakan UMNO yang datang dari seluruh negara..

Semasa minum kopi dan makan roti canai di Stesen Keretapi Taiping, kami bertemu dengan teman lama saya ketika di Universiti Malaya dulu , A.Aziz Zarizal Ahmad yang terkenal dengan tulisan-tulisan yang bermutu tentang politik tanahair khasnya politik UMNO melalui buku-bukunya mengenai tokoh-tokoh terkenal negara termasuk Dr Mahathir (Tun) . Aziz Zarizal  adalah antara orang penting yang berada di sebalik tabir kempen pilihanraya Parlimen Bukit Gantang itu .

Kesimpulannya, di Kawasan Parlimen Bukit Gantang ini, kami  mendapat mesej yang jelas dari para petugas UMNO di sana mengenai situasi dan kondisi kempen di pilihanraya kecil itu." Ini alamat tak baik" kata Aminudin, kami cuba cari tempat sesuai dengan membuat persinggahan kami yang pertama di Markas Pemuda BN. Kami cuba masuk kedalamnya, tetapi semua yang ada disitu nampaknya tidak suka dikunjungi oleh orang yang bukan dari kalangan yang mereka kenali.

Kami memperkenalkan diri dari UMNO Pasir Puteh, Taiping dan dari Pilau Pinang. Ada seorang anak muda yang perkenalkan diri sebagai Dato' dari UMNO, Putrajaya, tetapi kelihatan enggan bercakap mesra dengan kami. Malah matanya memandang ke atas semasa kami bersalam dan menegur sapanya.

Kami buat keputusan beredar dari situ. Dalam hujan dan ribut yang kencang itu.

Antara maklumat yang diberikan kepada kami seperti berikut:

• Ada unsur sabotaj berlaku oleh pihak yang tak dapat menjadi calon..
• Peruntukan untuk perbelanjaan kempen pilihabraya itu lambat sampai kepada pihak yang mengendalikan  urusan kempen.
• Setiausaha Agung UMNO  hanya duduk di hotel penginapan rasminya, dan bertindak mengeluarkan wang dan sebagainya berdasarkan percakapan siapa yang datang menemuinya di hotel, tanpa turun padang membuat penyiasatan atau menyelidik sendiri.
• Tidak ada koordinasi bagi menyelaraskan kempen yang penting itu, yang sepatutnya dibuat secara bersepadu dan meneyeluruh.
• Tidak ada publisiti yang meluas untuk menarik penduduk tempatan dan orangramai bagi menghadiri ceramah dan program-program yang dibuat oleh pihak BN . Ini berbeza dengan pihak pembangkang yang memberikan publisiti yang sangat meluas dan menyeluruh bagi setiap program kempen atau ceramah mereka .
• Tenaga para penyokong muda hanya dibazirkan dengan membuat perarakan motorsikal mengarak bendera UMNO dan BN . Sepatutnya mereka berperanan menarik minat dan penyertaan golongan muda tempatan dengan membuat  program-program sukan, rekreasi dan sebagainya.
• Pihak petugas dibilik-bilik gerakan BN tidak dilengkapkan dengan peralatan Audio Visual yang berperanan menayangkan di layar gergasi di tempat masing-masing segala syarahan dan ceramah yang menarik para pemimpin BN bagi menarik penduduk sekitar menyaksikannya. Ini dilakukan dengan baik oleh pihak parti pembangkang.
• Tidak ada mesra tetamu di kalangan para petugas di bilik-bilik gerakan UMNO atau BN terhadap tetamu dari luar Bukit Gantang . Mereka berungut tidak disapa dan dipelawa oleh pihak petugas berkenaan. Bila mereka datang melawat atau singgah untuk bertanyaakan di mana ceramah atau program untuk pagi ini , tengahari ini atau untuk malam ini, tidak ada siapa yang melayan atau memberikan sebarang panduan .Ramai tetamu dari luar terkilan .
• Sikap Bos tunggu dicari dan bukan mencari memusnahkan perhubungan antara pemimpin dan rakyat di kawasan Bukit Gantang itu.
• Pengundi Melayu merasakan diabaikan kerana tumpuan  yang terlalu banyak terhadap pengundi kaum Cina, termasuk peruntukan besar bantuan diluluskan serta-merta untuk menarik pengundi kaum berkenaan.

1. Petang yang berawan mendung itu, kami membuat keputusan untuk ke Kawasan Pilihanraya Bukit Selamban, Kedah. Dalam Perjalanan ke Kedah, kami singgah di Chai Leng Park, Seberang Prai untuk mengambil seorang rakan lama Abdullah serta Abdul Rahman Daud, kerana dia memang pakar jalan di Kedah.

2. Tidak banyak yang kami dapat lakukan, kerana sebaik sahaja kami tiba dikawasan Pilihanraya Bukit Selamban, kami saksikan ribut kencang sedang berlaku dengan lebat sekali.

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack