A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 31 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini156
mod_vvisit_counterBulan Ini4280
mod_vvisit_counterJumlah496737
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow Ulasan Berita Dalam Seminggu
Ulasan Berita Dalam Seminggu PDF Cetak Emel

 

 logo_blog_ulasan.jpg
 Ulasan Berita Dalam Seminggu

 

ABDULLAH SERU PENGGANTINYA BERANILAH BUAT PERUBAHAN

 

 

perhimpunanagungumno1.jpg

 Najib memeluk Pak Lah

selepas memberi ucapan

KUALA LUMPUR 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ahli- ahli parti itu menanam keazaman ‘untuk berubah’ sambil disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan dalam diri sendiri jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden UMNO, beliau menegaskan, betapa malangnya jika ramai ahli parti itu masih gagal memahami bahawa UMNO itu adalah ahli-ahlinya sendiri dan selagi mereka tidak berubah, UMNO tidak mungkin dapat berubah.

‘‘Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa UMNO wajib melakukan perubahan.
‘‘Apa yang saya ingin dengar adalah suara yang menyatakan ‘aku akan berubah’ lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri.
‘‘Sedarilah, di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika UMNO, jika BN tidak berubah, maka pilihan raya ke-12 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada BN menubuhkan kerajaan.
‘‘Selepas ini, rakyat di luar dewan ini, tidak akan mengundi kita lagi,’’ tegasnya di Perhimpunan Agung UMNO 2008, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Dalam ucapan kira-kira sejam itu Presiden UMNO turut meminta UMNO melakukan perubahan berani selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal jika tidak mahu menyaksikan hayat parti itu berakhir.
Menurut Abdullah, UMNO kini berada di persimpangan jalan dan laluan yang dipilih nanti akan menentukan sama ada UMNO kekal relevan sepanjang masa atau akan hanya menjadi satu sejarah masa lalu.
Beliau berkata, ada juga yang masih berpendirian bahawa UMNO tidak perlu melakukan perubahan dan percaya UMNO akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama.
Orde lama itu, kata beliau, ialah dengan menyekat dan menghalang kebebasan warganya daripada menyuarakan kritikan.
Mereka, tegas Abdullah, berpandangan UMNO boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu.
‘‘Masih terdapat di kalangan kita yang lebih tertarik dengan cerita-cerita yang menyeronokkan hingga kita menjadi leka, lena dalam ulitan mimpi bahagia,’’ katanya.
Abdullah bimbang, jika laluan lama dipilih ia bukan sahaja membawa UMNO ke belakang malah akan mempercepatkan berakhirnya talian hayat UMNO.
Sehubungan itu, kata beliau, untuk terus relevan, UMNO perlu berusaha mencantumkan kekuatan lama yang telah hilang dengan elemen baru yang perlu diterokai.
Tegasnya, kekuatan lama yang telah hilang adalah semangat asal dan komitmen asal kepada perjuangan bangsa dan perjuangan parti.
Justeru, katanya, setiap ahli UMNO perlu menghidupkan kembali semangat berkorban, semangat dedikasi, semangat kesederhanaan, semangat berkhidmat, semangat kemanusiaan dan mempamerkan integriti yang tinggi lagi dihormati.
‘‘Gugurkanlah sifat angkuh yang merasakan diri kita sahaja yang betul, yang merasakan diri kita sahaja yang pandai. Jauhilah amalan rasuah, imbangkan perhatian di kalangan warga keseluruhannya baik yang Melayu dan bukan Melayu demikian juga kepada ahli-ahli parti baik yang menyokong kita atau saingan kita,’’ tegas beliau.
Perdana Menteri turut meminta seluruh ahli UMNO mengambil iktibar daripada loceng amaran yang berdering kuat, yang menuntut setiap ahlinya bertanya ‘apa yang tersilap’ atau ‘kenapa dan bagaimana kita tersilap.
‘‘Jawapan spontan saya terhadap persoalan tersebut ialah ‘kita telah gagal mengurus kejayaan kita sendiri’.
‘‘Bahawa kita terlalu mabuk dilambung ombak kejayaan. Bahawa kita menjadi leka diulit gurindam kejayaan. Bahawa kita merasakan diri kita sudah menjadi terlalu kuat. Bahawa kita lebih mementingkan kedudukankita di dalam UMNO daripada memikirkan kedudukan UMNO di kalangan warga dan di dalam negara .  Keadaan sedemikian, menuntut ahli-ahli UMNO bermuhasabah, melihat ke dalam diri, meninjau kembali sumber kekuatan selama ini selain memeriksa kelemahan dan kesilapan semenjak akhir-akhir ini” katanya.

ULASAN :

Kalau kita hayati betul-betul apa yang tersirat dalam ucapan dari hati kehati Perdana Menteri itu , jelas ditujukan kepada seluruh ahli UMNO khususnya barisan pimpinan UMNO untuk membuat perubahan seterusnya yang telah dimulakan oleh beliau sama ada dalam parti, maupun dalam kerajaan.
Tidak perlu kita hitung di halaman yang terhad ini mengenai apa perubahan yang telah beliau lakukan, tetapi yang penting yang ditinggalkan sebelum sempat beliau ubah, ataupun belum mampu lagi beliau mengubahnya, hendaklah diubah dengan berani oleh semua ahli UMNO, termasuk cara memilih pemimpin di peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi parti bagi menghindar politik wang, menghadkan tempoh penjawat parti termasuk bagi jawatan Presiden Parti dan lain-lain.
Selain itu bila diperhatikan ,jelas ada satu-satu hal yang diisyaratkan untuk dibuat oleh penjawat yang menggantikannya , sebaik sahaja beliau berundur nanti. 
Dalam bahasa yang lebih mudah, ambil saja contoh seseorang anggota polis yang cekap membuat hubungan baik dengan penduduk tempatan di sekeliling tempat beliau bertugas. Kerana hubungannya amat mesra dengan penduduk setempat dari pelbagai peringkat dan status sosial, banyak rahsia dan maklumat sesuatu kejadian yang bertentangan dengan undang-undang sampai kepengetahuannya. Malangnya orang-orang yang terlibat itu kini telah menjadi kawan baiknya dan telah menjadi teman bersembang siang dan malam.
Nah, dalam situasi begini anggota atau pegawai polis berkenaan  menjadi tidak berdaya untuk menahan atau menangkap pesalah berkenaan yang telah menjadi kawan baiknya.Cara terbaik beliau meminta bertukar ke tempat kerja d itempat lain.Lalu beliau berpesan kepada penggantinya untuk  menangkap si anu bin si anu sebaik saja beliau bertukar. Orang baru yang belum ada hubungan apa-apa tentulah lebih mudah menangkap pelaku jenayah berkenaan kerana beliau tidak kenal pun orang itu, tidak ada istilah malumata !
Itu adalah satu dari kemungkinan PM menggesa penggantinya bertindak dengan berani , kerana orang berkenaan amat merbahaya kepada parti dan negara, cuma malangnya beliau tak sampai hati untuk bertindak semasa beliau berkuasa kerana faktor-faktor tertentu, seperti kenalan rapat, orang yang pernah berbudi kepadanya, ataupun mungkin juga ada pertalian keluarga dengan belia !
Itu cuma satu aspek saja. Banyak aspek lain lagi yang PM berikan petunjuk untuk penggantinya buat perubahan samada yang terang dapat kita lihat keperluannya perubahan itu termasuk cara mengatasi rasuah dalam kerajaan dan politik,  menangkap serta mendakwa orang-orang yang menimbulkan huru-hara dalam negara, menggugurkan menteri dan para pegawai kerajaan yang menyusahkan rakyat dan negara , menghentikan satu-satu projek yang membazirkan wang rakyat, melaksanakan peraturan-peraturan yang tegas untuk mencegah satu-satu hal yang tak diingini dan sebagainya. 


ABDULLAH BERIKAN PENGHARGAAN 
KUALA LUMPUR 26 Mac - Suasana hening menyelubungi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberikan penghargaannya kepada beberapa individu yang memberi sokongan dan bantuan kepada beliau dalam mengharungi liku-liku perjalanan politiknya.
Akur tanggungjawabnya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan berakhir dalam waktu terdekat, beliau turut menyeru seluruh ahli UMNO memberikan sokongan padu kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membolehkan presiden parti yang baru itu mengemudikan negara ke mercu kejayaan lebih gemilang.
Di hadapan kira-kira 2,500 perwakilan, beliau menyatakan ikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Najib.
''Saya (juga) berterima kasih kepada Tun (Dr.) Mahathir (Mohamad) kerana melantik saya menganggotai Jemaah Menteri, melantik saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya memberikan laluan kepada saya menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
''Terima kasih Tun,'' antara dedikasi Abdullah kepada beberapa individu berkenaan sambil disambut tepukan perwakilan.
Menurut Abdullah, menerusi sokongan yang diberikan sepanjang 45 tahun ini, beliau diberikan peluang untuk berkhidmat dengan kerajaan, bermula dari seorang pegawai awam dan kemudiannya memberanikan mengambil tanggungjawab politik sejak 1978.
''Saya menghargai sokongan Datuk Seri Najib kepada saya atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri membawa ingatan nostalgia saya kepada bimbingan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak sejak 1969 apabila saya bertugas di urus setia MAGERAN.
''Saya berterima kasih kepada Tun Hussein Onn (Allahyarham) kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi calon di kawasan Parlimen Kepala Batas pada 1978 dan memberi jawatan kepada saya dalam kerajaan.
''Saya (juga) mengucapkan terima kasih kepada Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri, ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Perhubungan Negeri demikian juga Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO dan seluruh ahli UMNO di seluruh negara,'' katanya

 

ULASAN :

Memang layak Abdullah memberikan penghargaan kepada orang-orang politik yang berjasa kepada beliau sejak dari peringkat awal penglibatan beliau dalam kerjaya politiknya sampai keakhir khidmatnya sebagai Perdana Menteri. Begitu juga kata-kata sanjungannya begitu baik sekalai terhadap penjawat parti disemua peringkat  dalam UMNO.
Tetapi sebagai manusia biasa, tentulah beliau tidak ingat semuanya satu persatu orang-orang  yang berjasa dan berkorban untuk beliau , terutamanaya orang-orang yang tidak ada nama dalam UMNO, sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Menteri , Timbalan Perdana Menteri dan juga semasa menjadi Perdana Menteri.
Tetapi kalau beliau sanggup bertafakur sejenak memejamkan mata melihat  dengan tenang dan teliti selembar demi selembar sejarahnya memanjat ke tempat yang beliau berada sekarang, maka tentulah beliau akan segera teringat kepada hamba-hamba Allah yang digelarkan sahabatnya , yang telah berusaha memikul beban perjuangannya dengan keringat dan airmata, kerana ingin melihat seorang insan yang sangat ikhlas dalam perjuangan menegakkan kebenaran dengan penuh iman dan taqwa di dada.
Memang ada sejarah mencatatkan , ada orang yang  menyokong Abdullah secara terang-terangan  berkempen untuknya , telah kehilangan pekerjaan di tempat kerja mereka  , kerana dibuang oleh orang yang berkuasa di institusi atau jabatan berkenaan, semata-mata kerana pekerja itu menyokong Abdullah dalam tuturkatanya , dan tidak menyokong pemimpin yang sedang diampu oleh bos di situ . Saya dapat maklumat sahih,  Abdullah tahu perkara ini. Bagaimanapun pekerja ini tidak dapat pembelaan bila Abdullah naik menjadi Perdana Menteri. 
Saya berharap orang-orang yang ikhlas seperti di atas tidak berkecil hati kerana tidak ada kata-kata sanjungan terhadap mereka. Redhakanlah pengorbanan ikhlas anda itu walaupun tidak dikenang, tetapi jangan lupa ada satu kuasa yang sentiasa melihat dan memahami keikhlasan anda itu, dan tentunya jika ia satu niat ikhlas tentulah ada balasan baik dariNya  !

HADKAN TEMPOH SANDANG JAWATAN DALAM PARTI 

KUALA LUMPUR 26 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya masanya telah tiba untuk UMNO meletakkan syarat tempoh maksimum memegang jawatan dalam parti itu. Contohnya dua penggal sahaja. Presiden UMNO itu berkata, UMNO juga wajar memberikan hak memilih ketua terutama bagi jawatan-jawatan utama dalam parti kepada semua ahli untuk mengatasi kegiatan politik wang.
''Mungkin parti memerlukan mekanisme yang lebih memberikan kesaksamaan kepada ahli dan menggugurkan amalan-amalan yang tidak memberikan keadilan kepada majoriti ahli terutama di kalangan mereka yang tidak mempunyai jawatan dan tidak mempunyai kekayaan material.
''Pandangan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dalam perkara ini juga sama, kita (berdua) sama pandangan. Mudah-mudahan dengan cara ini dapat perkukuhkan parti,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar merasmikan Perhimpunan Agung UMNO ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Saranan itu dibangkitkan oleh Abdullah dalam ucapan dasar beliau itu yang intipatinya menyentuh banyak perkara cara bagaimana parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN) itu harus berubah untuk memastikan ia terus relevan merentasi zaman sekali gus diterima oleh orang Melayu dan rakyat pelbagai kaum.
Abdullah yang melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri dalam waktu terdekat kepada Najib berkata, mungkin telah tiba masanya untuk parti itu diperkukuhkan dengan memperkenalkan peraturan dan tata cara yang membolehkan UMNO diurus tadbir dengan cara lebih berdisiplin dan terkawal.

ULASAN :

Tepat sekali dua penggal atau sepuluh tahun mencukupi. Amerika Syarikat juga hadkan presiden AS itu hanya dua penggal sahaja lepas itu tidak boleh sambung lagi. Kalau lebih dari itu mulalah empayar terbina dan kukubesi mula tumbuh dan segalanya ditentukaqn mengikut selera pemimpin berkenaan tanpa mendengar orang bawah.
Ia harus dilaksanakan di semua peringkat jawatan dalam parti termasuk di peringkat Bahagian UMNO bagi keempat-empat peringkat ; Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri. Bila kepimpinan baru mengambil alih barulah ada perubahan dalam parti di semua peringkat. Kecenderungan berlakunya politik wang akan berkurangan bila ia dihadkan seperti cadangan diatas.
Kalau kita bernasib baik dapat pemimpin yang betul , ok lah, tapi kalau dapat yang tak betul , yang tak mahu mendengar nasihat ahli parti , yang sulit hendak melangkah turun, taringnya akan tumbuh panjang , menjadi sensitif terhadap sebarang teguran, kepentingan dirinya mengatasi kepentingan parti, akibatnya parti akan hancur , dan akhirnya parti akan kalah dalam pilihanraya .

IKRAR MUHIYIDDIN

KUALA LUMPUR 26 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar untuk setia di bawah kepimpinan Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi bersama-sama mencurahkan segala usaha untuk mengukuhkan semula parti itu.

Beliau yang memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO, sedar sebagai orang nombor dua dalam parti terlalu banyak amanah dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul.
Apa yang penting ketika ini, tegasnya ialah memastikan Najib tidak dibiarkan keseorangan untuk menghadapi apa jua rintangan serta cabaran yang berlaku di dalam parti dan negara.
''Saya akan sentiasa setia kepada kepimpinan dan berperanan sebagai orang nombor dua kepada Datuk Seri Najib dan bukan orang nombor satu.
''Keutamaan saya ketika ini ialah mengukuhkan semula parti dan membela nasib rakyat. Saya berjanji segala pengalaman, bakti, usaha dan keringat akan saya curahkan sepanjang saya memegang jawatan ini,'' katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas pengumuman pemenang bagi pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Pada pemilihan hari ini, beliau berjaya memperoleh sebanyak 1,575 undi menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang meraih 919 undi.
Muhyiddin meminta semua rakan di dalam parti sama ada menang atau kalah membantu beliau dan Presiden merealisasikan agenda parti dan negara.
''Saya menyeru kepada rakan yang menang atau kalah supaya merapatkan barisan kerana saya anggap soal perpaduan parti dan membangunkan rakyat adalah lebih utama.
''Kita adalah dalam satu keluarga dan ini merupakan pertandingan keluarga. Oleh itu kita tidak harus menjadikan proses pemilihan sebagai sebab kita berpecah. Saya amat berharap semua daripada kita bertaut semula,'' tambahnya.
Mengenai kombinasi barisan kepimpinan UMNO untuk tiga tahun akan datang, beliau menyifatkannya sebagai barisan harapan ahli UMNO dan rakyat Malaysia.
''Perwakilan telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dan saya melihat kematangan mereka memilih pemimpin-pemimpin parti dalam pemilihan kali ini.
''Kepada perwakilan yang memilih saya, rakan-rakan yang menyokong saya, saya ucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan. Ini bagi saya adalah amanah Allah yang wajib saya tunaikan dengan sebaik-baiknya,'' katanya lagi.

muhyiddin_yassin.2jpg.jpg 
 Muhyiddin dan Naib-Naib Presiden UMNO

ULASAN :

Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas dalam ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ke 59 ini , adalah seorang yang sangat fleksibel atau dalam Bahasa Inggerisnya flexible, iaitu sangat anjal sifatnya dan jelas sikapnya beliau ini dilentur oleh cuaca dan iklim di sekelilingnya !
Tentulah kita masih ingat dengan jelas sewaktu Perhimpunan Agung dahulu , semasa Paklah mula-mula memegang kuasa sebagai Perdana Menteri di mana slogan Islam Hadhari dilaung-laingkannya dengan lantang , lantas Muhyiddin semasa berucap di perhimpunan tersebut dengan petahnya membaca ayat-ayat suci Al Quran dan Hadis Nabi bagi menguatkan hujahnya, diikuti pula dengan mengajak para ahli sidang perwakilan mengaminkan doanya yang begitu syahdu dan khusyuk memohon rahmat dan nikmat Allah memberkati perjuangan UMNO.
Tapi dalam perhimpunan kali ini beliau tidak langsung menyebut ayat-ayat Quran dan Hadis  Nabi . Sebagaimana Paklah yang telah terlupa dengan ungkapan-ungkapan keramat Islam Hadhari kali ini, begitu jugalah  Muhyiddin turut terlupa. Tetapi kalau Paklah terlupa boleh dimaafkan kerana beliau sudah isytiharkan mahu berundur dari kepimpinan parti dan negara, tetapi bakal penggantinya yang sebelum ini menzahirkan sebagai seorang yang berkecenderungan terhadap Islam , dan mulai diminati oleh ahli-ahli UMNO , kini tiba-tiba mengubah pendekatan, agak terkejut juga !
Apa yang jelas dalam ucapannya kala ini, Muhyiddin berikrar dalam ucapannya untuk setia kepada Najib, mengukuhkan parti ,membela rakyat,  nak curahkan pengalaman dan keringat selama memegang jawatan sekarang, laksana agenda parti dan perpaduan ahli.
Selama ini ramai rakyat Malaysia berharap Muhyiddin sebagai anak seorang ulama dari Muar itu akan membantu Najib meneruskan gagasan Islam Hadhari , yang dipopularkan oleh Abdullah, tetapi sikap terbaru Muhyiddin ini harapan itu mungkin akan semakin pudar !
 
AZAM NAIB PRESIDEN BARU UMNO

KUALA LUMPUR 26 Mac - Naib Presiden UMNO yang baru dipilih, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berazam untuk menguatkan kepimpinan parti supaya ia terus menjadi wadah perjuangan orang Melayu.
Beliau yakin usaha tersebut akan berjaya dengan kerjasama dua lagi Naib Presiden yang juga baru dipilih iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
''Ini adalah gandingan yang amat baik. Alhamdulillah kami dididik oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan kami adalah Exco di bawah beliau, jadi tiada masalah untuk kami bekerja bersama-sama," katanya.
Naib Presiden UMNO itu yang mendapat undi tertinggi iaitu 1,592 undi tidak melihat perkara itu sebagai kelebihan kepadanya.
Sebaliknya kata beliau, perkara penting yang perlu diberi tumpuan ialah bagaimana untuk membentuk satu pasukan yang kuat dalam kepimpinan UMNO selepas ini.
Hishammuddin pula bersyukur dan berterima kasih kepada perwakilan kerana diberikan peluang untuk terus menyemai bakti kepada rakyat.
Katanya, sepanjang karier politiknya sebelum ini, beliau berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama fitnah yang ditabur pihak-pihak tertentu namun perwakilan telah melihat dirinya melampaui semua itu.
Beliau berkata, cabaran yang menanti negara adalah amat berat terutama dalam persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu kini.
"Justeru, saya melihat barisan yang terpilih dapat memberikan kestabilan kepada negara dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil kini," katanya.
Sementara itu, Mohd. Shafie menyifatkan kemenangan beliau sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan yang tidak ternilai daripada UMNO kepada rakyat Sabah.
"Ini merupakan satu sejarah kepada Sabah di mana seorang rakyatnya diberikan peluang untuk membarisi kepimpinan tertinggi UMNO. Ini merupakan petanda bahawa UMNO menerima semua orang Melayu tidak kira di mana mereka berada," katanya.
Katanya, kemenangannya itu membuktikan bahawa perwakilan UMNO yakin dengan sumbangan rakyat Sabah untuk terus membantu memperkuatkan perjuangan parti selepas ini.


ULASAN :

Selamat bertugas buat ketiga-tiga Naib Presiden UMNO yang baru !  Cuma yang ganjilnya, Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menampilkan imej Menteri Agama di JPM, khususnya dalam urusan agama Islam khususnya dalam urusan  Tabung Haji, Wakaf, Baitulmal, Jabatan Agama Islam, JAKIM dan sebagainya , nampakanya dalam Perhimpunan Agung UMNO ini, seolah-olah Ahmad Zahid ini tiba-tiba hilang identitinya.
Bagaimanakah kita nak memenangi hati rakyat  terutamanya rakyat Kelantan dan Terengganu yang jelas mempunyai kecenderungan mereka terhadap agenda Islam ? 

KHAIRY BUKA RAHSIA KEMENANGANNYA

 

KUALA LUMPUR 26 Mac - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan kejayaannya memenangi jawatan itu hasil kerja keras dan semangat persahabatan yang dijalin di kalangan para perwakilan dan ahli-ahli sayap parti itu.

Beliau berkata, dua faktor itu benar-benar menjadi rahsia kejayaannya walaupun terpaksa berdepan dengan tempoh berkempen yang agak panjang iaitu selama enam bulan.
"Memang rahsianya ialah dari segi kerja keras selama enam bulan sehingga membolehkan saya berjumpa dengan hampir semua perwakilan.
"Saya juga sempat singgah lebih separuh daripada rumah perwakilan, bermain bola sepak dan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khairy mengulas mengenai rahsia jentera kempennya sehingga membolehkan beliau memenangi jawatan tersebut.
Pada pemilihan sayap parti itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menewaskan dua lagi mencabarnya iaitu Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Sepanjang kempen pemilihan itu, jentera Khairy menggunakan slogan 'Setiakawan'.
Khairy mengakui, pada awalnya beliau ada mengeluarkan kenyataan bahawa tempoh kempen enam bulan ekoran keputusan parti melanjutkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO akan memberi masalah kepadanya.
Bagaimanapun, kata beliau, tanpa disangka-sangka, tempoh yang panjang itu akhirnya berubah menjadi kelebihan kepada beliau.
"Mungkin dengan tempoh yang panjang itu, saya rasa cara terbaik ialah menjadi sahabat kepada perwakilan-perwakilan.
"Saya betul-betul menjadi sahabat kepada mereka, dapat mengenali nama dan latar belakang keluarga masing-masing," katanya.

khiary_jamaluddin.jpg 
 Khairy dan Naib Ketua Pemuda UMNO

ULASAN :

Khairy mengakui dengan jelas kepada para Perwakilan Pemuda UMNO di PWTC semalam , rahsia kemenangannya ialah berkerja keras . (dan disahkan oleh Bapa Mertuanya Paklah kepada media di PWTC hari ini). Khairy  menemui semua perwakilan, pergi rumah ke rumah menghulur salam persahabatan dengan seluruh Perwakilan Pemuda UMNO di negara ini, selama enam bulan. Itulah kekuatannya kata Khairy.
Persoalannya , salahkah Khairy mengunjungi semua Perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara untuk menghulurkan salam persahabatan dan setiakawan dari rumah ke rumah itu ? Mengapakah pula Lembaga Disiplin UMNO menjatuhkan hukuman BERSALAH kepada Khairy kerana melakukan kunjungan persahabatan seperti itu ? 
   

SHAHRIR NAK LETAK JAWATAN MENTERI KABINET
KUALA LUMPUR 26 Mac - Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Shahrir Abd. Samad akan meletakkan jawatan dalam Kabinet susulan daripada kekalahannya pada pemilihan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Pengguna itu berkata, kekalahan itu seolah-olah memberi gambaran beliau tidak cemerlang dalam barisan Kabinet kerajaan.
"Bagi saya, apabila tidak dipilih dalam MT UMNO, ia seolah-olah saya tidak menunjukkan prestasi cemerlang dalam barisan kabinet kerajaan.
"Justeru, saya menawarkan untuk meletak jawatan seiring dengan peralihan kuasa Presiden UMNO pada awal bulan April nanti,'' katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan pemilihan UMNO di sini malam ini.
Kata Shahrir, keputusan itu adalah selari dengan konvensyen parti.

ULASAN :

Syabas To’ itulah sikap seorang yang berwibawa dan bermaruah ! berapa keratkah pemimpin negara ini yang ada kelas serupa macam Shahrir ?

 

 

 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack