A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 30 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini189
mod_vvisit_counterBulan Ini3107
mod_vvisit_counterJumlah495564
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
MOHON MAAF KERANA ABAIKAN ISU KEBIADABAN KARPAL SINGH DAN PERISTIWA SEMASA LAIN PDF Cetak Emel

 

 hospitalampang.jpg
 HOSPITAL AMPANG YANG SERBA CANGGIH

Saya menyusun jari sepuluh memohon maaf buat pembaca laman www.yazidothman.com kerana agak lama tidak menulis. Bukan disengajakan, tetapi oleh sebab  masa saya banyak dihabiskan membantu isteri saya yang baru sahaja menjalani pembedahan besar (fibroid) pada 3hb. Mac 2009 yang lalu, sebaik saja beliau selesai beberapa jam menjalani kursus mengendalikan stesyen minyak di Pusat Latihan Petronas Shah Alam untuk tempoh lebih sebulan, yang menjadi kejutan buat saya serta anak-anak.

Isteri saya banyak membantu saya menerbitkan setiap  artikel yang saya tulis dalam laman blog saya semasa berada di rumah sama ada memilih gambar, rekaletak,  mahupun size font artikel itu. Jadi bila dia tak ada, saya jadi kekok untuk menulis. Walaupun saya menulis juga bila kelapangan di pejabat dengan dibantu pula oleh pembantu, tetapi kerana keuzuran isteri saya itu saya juga tidak ke pejabat.

Dia memerlukan perhatian  khusus dari saya secara peribadi kata doktor, bagi menguatkan semangatnya agar cepat sembuh, pulih seperti biasa. Dan saya tidak jemu, bahkan rasa terhibur berada disampingnya , membantu untuk dia mengereng ke kiri dan ke kanan, menghirup air di cawan, menyuap nasi bubur , membaca berita terkini dalam akhbar ketelinganya dan menyikat dan menocang rambutnya.

Saya tahu kerja itu tidak perlu saya buat, jururawat dan pembantu rumah saya kerap meminta untuk melakukannya, tetapi saya memilih untuk lakukan sendiri , mengambil peluang untuk memanjakan isteri saya yang selama ini terlalu banyak memberi sumbangan membantu saya dalam mencapai cita-cita peribadi, kekeluargaan, organisasi sosial, dan perniagaan.

Selain itu, sebenarnya saya bersyukur isteri saya selamat, sedangkan sehari sebelum pembedahan , saya menerima kejutan besar apabila Ketua Pasukan Pakar Bedah Hospital Ampang yang dikenali dengan panggilan Dr. Murali dan seorang pakar bedah wanita yang menjadi pembantunya dalam pembedahan ini dikenali sebagai Dr. Ho Mee Ling, memanggil saya untuk menerangkan kemungkinan pembedahan ini kurang berjaya, kerana kedudukan objek yang hendak dibuang itu agak besar dan terlalu rapat dengan organ tertentu yang begitu sensitive dengan laluan mata pisaubedah yang boleh mengakibatkan kelukaan  dan menimbulkan kerumitan kepada isteri saya. 

Kata Dr. Murali, yang disokong pendapatnya oleh Dr.Ho berkata, dia terpaksa berterus-terang bahawa, walaupun kebarangkalian gagal masa pembedahan penyakit jenis ini hanya 1% sahaja, tetapi yang satu persen itu mungkin berrlaku kepada isteri saya, memandangkan kedudukan penyakitnya yang berada di tempat yang sangat merbahaya dalam perut isteri saya itu. Kalau tidak dibedah segera , katanya, objek penyakit yang ada  itu besar kemungkinan akan bertukar menjadi kanser yang jauh lebih berbahaya lagi.

Isteri saya yang selama ini memang cekal serta amat positif fikirannya dan berani dalam menghadapi cabaran serta lasak dan cergas , pemain pasukan Netball Pasukan Wartawan Kumpulan Utusan Melayu, mendaki gunung , menaiki motorboat merentasi laut bergelora di Laut China Selatan dari Mersing ke Pulau Tioman, namun bila tiba di rumah , saya nampak mukanya yang sebelum ini kemerahan warnanya, telah bertukar menjadi putih dan pucat yang amat sangat. Dia kelihatan tidak bermaya.

Lebih mendebar sampai ke tulang sum- sum bila beliau menyatakan lintasan fikirannya,  kemungkinan sudah sampai ajalnya akan pergi menemui Allah. Beliau berhasrat  agar anak sulung kami yang sedang berkerja di London sekarang, agar dipanggil balik segera menggantikan tempatnya menguruskan Stesyen Minyak kami di Shah Alam, manakala anak kedua kami yang ada di Indonesia sekarang, sesuai dipindahkan ke aliran agama di Jordan, kerana ramai pelajar Malaysia belajar di Jordan, tentulah ia baik.

Akhir sekali beliau menyatakan gembira, kerana selama sebulan beliau memasuki kursus intensif pengendalian stesyen minyak kami, saya menjadi lebih rapat dengan anak bongsu kami yang berumur tujuh lebih tahun itu , kerana sering saya bawa ke tempat kerja, sebab tidak mahu duduk dengan pembantu rumah. 


Beliau kelihatan lebih ceria sedikit apabila para jemaah Masjid Besar Seri Gombak yang diketuai oleh Imam Satunya datang ke rumah kami untuk bersama-sama melakukan Solat Sunat Hajat sehari sebelum dimasukkan ke hospital. Isteri saya mengukir senyum manis dibelakang para jemaah bila Imam tersebut menyebutkan dengan jelas berulang-ulang dalam doanya agar Allah selamatkan beliau dalam pembedahan itu.   

Bagaimanapun selepas lima jam menunggu dengan penuh debar oleh saudara mara dan sahabat handai, Dr.Murali diikuti oleh Dr.Ho keluar dari bilik bedah menyampaikan berita dengan berkata ;

“ Allah telah selamatkan Datin ! ia sungguh ajaib , saya pun tak sangka ada keajaiban berlaku pada Datin ! tak sangka semua kerumitan dapat diatasi satu demi satu semasa pembedahan berjalan ! Allah yang selamatkan Datin !..” demikian telinga saya didendangkan kata-kata penuh dengan kebesaran Allah disebutkan oleh Dr.Murali , dan saya hanya mampu mengungkapkan ‘Alhandulillah’ .

Terima kasih Dr. Murali, Dr.Ho dan para doktor terlibat, para jururawat, teristimewa Matron Jamilah Musa dan kawan-kawannya serta semua doktor serta jururawat Wad 4C yang sangat dedikasi termasuk para anggota Sekuriti yang sanggup bersabar dan bertolak ansur dengan anggota keluarga kami dan sahabat handai yang datang melawat tanpa mengira waktu selama isteri saya berada di hospital berkenaan.  
  

Saya bernasib baik mendapat kakitangan yang berdedikasi menjalankan kerja di pejabat tanpa bos mereka. Bagaimanapun urusan pejabat yang darurat dapat diuruskan melalui bilik perpustakaan di rumah yang dilengkapi dengan komputer dan internet. Ini adalah antara nikmat kemerdekaan negara kita ! Seaidainya kita masih dijajah, tentulah ia tidak semaju yang ada sekarang .

Lantaran peristiwa di atas, Saya terlepas untuk mengulas isu-isu penting semasa yang menyentuh maruah bangsa kita dan raja kita ekoran dari sikap biadab Karpal Singh serta para pemimpin yang bersekongkol dengannya. Mujurlah kegilaan akal Karpal Singh cepat reda lantaran ia tidak disokong oleh orang kuat DAP iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan sekutu rapatnya Dato’ Abdul Hadi Awang Presiden PAS.


Bagaimanapun pimpinan PAS Kelantan kerap menyokong kenyataan-kenyataan tak bermoral para pemimpin DAP dan Pemimpin Pakatan Rakyat berhubung dengan cara dan pendirian  Paduka Sultan Perak, dalam isu perlantikan Menteri Besar Perak yang baru menggantikan Ir Mohd Nizar,  kerana ia boleh ditafsirkan sebagai sindiran atau bak kata pepatah Pukul Anak Sindir Menantu,  kepada Baginda Al Sultan Kelantan, manalah tau kot-kot tersalah cara dan tersilap lidah , Menteri Besar pula boleh bertukar !.  

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack