|
Menteri Besar DAP,PKR PAS Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,secara terang-terang mengenepikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak daalam
keghairannya menggunakan kuasa untuk memerintah negeri itu, dengan
memerintahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry
Sury bertukar serta merta dalam tempoh 24 jam.
DYMM Sultan Perak
|
Alasan yang diberikan, sangat dangkal, iaitu katanya, “ Menteri Besar
Perak BN dulu bila mula masuk pejabat saja terus tukar SUK.” Soalnya
yang ditukarkan Menteri Besar BN itu bukan Pengarah Jabatan Agama
Islam Perak yang dibawah kekuasaan langsung DYMM Sultan Perak dimana
pengerusinya sendiri dipegang oleh YTM Raja Dr. Nazrin, Raja Muda
Perak.
Ia menjadi bahan ketawa kerana berita itu menjadi tajuk utama media
arus perdana Negara ini pada 30 April semalam. Inilah yang dikatakan
dalam pepatah Melayu “orang Muda Berjolong Keris” ertinya seorang
kanak-kanak yang meningkat dewasa yang baru dapat keris ditangannya,
lalu ditikam keris itu terhadap sesesiapa saja yang melintas
dihadapannya , yakni dia kemaruk bertikam. Kalau tidak ada siapa-siapa
lalu dihadapannya, dia akan cari batang pisang atau batang kelapa,
untuk ditikam semahu-mahunya , tanpa memikirkan akibat kepada orang
lain dan juga dirinya !
Mengikut kabarnya yang sampai kepada anakbuah saya, bahawa Datuk Jamry
ini memang kurang senang hati dengan Projek Ternakan Ladang Babi yang
diisytiharkan oleh Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Oleh kerana
kerajaan negeri Perak juga juga diperintah oleh pakatan pembangkang
DAP,PKR dan PAS macam kerajaan negeri Selangor juga, ada kemungkinan
Datuk Jamri Pengarah JAIP ini ada menyatakan pendapat pribadinya yang
tidak setuju dengan projek seperti itu, jika hendak dibawa ke negeri
Perak kelak.
Perkara seperti ini menjadi sensitive bagi MB perak dari parti PAS ini, yang tengah nak jaga hati rakan kongsinya yang baru yang diibaratkan sedang berbulan madu dengan PKR dan DAP dua parti bukan Melayu yang bergabung dengan PAS membentuk kerajaan campuran di negeri Perak.
.Perkara seperti ini tentunya menggores perasaan orang Melayu khususnya yang berada di negeri Perak Darul Ridzuan . Harap hal ini diperbetulkan sertamerta oleh pihak yang bertanggungjawab..
|