|
KES ELIZABETH WONG
Anwar Tuduh BN Terlibat
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penyebaran gambar bogel anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong sebagai konspirasi baru Barisan Nasional terhadap
 |
| Datuk Seri Anwar Ibrahim |
pembangkang.Ketua Pembangkang itu mendakwa selepas kehilangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mejar (B) Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi, kini mereka diserang sekali lagi dengan isu moral.
"Ini merupakan satu permainan politik yang menyerang peribadi dan sangat jahat. Ada satu corak serangan yang melanda wakil rakyat pembangkang di Perak, Kedah dan Selangor," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen di sini hari ini.
Noh Nafi Tuduhan Anwar
 |
Datuk Noh Omar
|
PUTRAJAYA 17 Feb. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar hari ini
meminta pakatan pembangkang supaya tidak mengaitkan Barisan Nasional
(BN) dengan isu penyebaran gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata,
sudah ada dakwaan yang cuba disebarkan oleh pakatan pembangkang bahawa
apa yang berlaku itu ialah satu perancangan daripada BN.
''Saya ingin menegaskan bahawa apa juga yang berlaku dalam parti pembangkang bukannya ada kaitan dengan BN.
''Bukannya BN yang suruh dia telanjang dan bukan BN yang ambil gambar
dia. Jadi, apa kena mengena dengan BN," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Program Pengiklanan Usahawan 2009 di sini hari ini.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang memberitahu, ia adalah cara
propaganda pembangkang yang mempamerkan bahawa mereka sahaja yang betul
dalam semua aspek.
''Kita harap rakyat sedar bahawa ini satu taktik dan penipuan serta
manipulasi politik yang cukup hebat oleh parti pembangkang," katanya.
|