|
 |
|
BERITA DAN ULASAN
|
 |
| PERDANA MENTERI DAN TIM. PM |
DUBAI 24 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, UMNO tidak akan berkompromi dan bertolak ansur terhadap ahli serta pemimpinnya yang didapati bersalah melakukan politik wang.
Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan ahli-ahli UMNO agar menjauhi perbuatan tersebut terutama ketika berkempen untuk pemilihan jawatan parti pada Mac ini.
''Ini satu mesej kepada ahli-ahli UMNO. Kita tidak akan bertolak ansur dan berkompromi dengan perbuatan atau amalan politik wang dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah melakukannya," tegasnya yang juga Presiden UMNO.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan ke tiga negara Teluk bermula Bahrain, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Hotel Atlantis, Palm Jumeirah di sini semalam.
Abdullah mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahan dan menyoal siasat beberapa ahli dan pemimpin UMNO yang didakwa mengamalkan politik wang sejak beberapa hari lalu.
Kelmarin, tiga pemimpin UMNO telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah pada pemilihan peringkat bahagian parti itu tahun lalu.
Menurut Perdana Menteri, SPRM telah menjalankan peranan dan tugasnya dengan baik seperti yang diharapkan kerajaan.
''Tindakan yang mereka ambil baru-baru ini ke atas beberapa ahli UMNO, jelas membuktikan ia sebuah suruhanjaya yang bebas dan bertindak secara telus," ujar beliau. Bernama.
ULASAN :
Setelah beberapa kali Perdana Menteri membuat pernyataan menentang amalan Politik wang, memang jelas beliau begitu ikhlas ingin membenteras politik wang yang akan dilaksanakan oleh SPRM , yang dahulunya dikenali sebagai BPR ! .
Kita mahu melihat Agensi SPRM , dalam usaha pembenterasannya, tidak sekali-kali akan berlaku ‘Pilihkasih’ atau ‘Pilih Bulu’ atau hanya ‘Ikan Kacil’ bukan ‘Ikan Jerung’ , ia harus dikenakan kepada sesiapa saja hatta kepada rakan karib atau orang kanan PM dan anggota keluarganya sendiri . Demikianlah gambaran sebenar semangat dan hasrat PM.
Yang dibimbangkan, walaupun jelas dan nyata memang Perdana Menteri begitu tinggi hasratnya untuk membenteras politikwang, tetapi agensi perlaksana tugas itu pula yang ada perasaan ‘nak ambil hati’ big boss , sehingga terjadilah ‘Gajah di bibir mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak’ , dan ‘Ikan bilis dapat tangkap ikan besar terlepas’ !
Memang jelas dari sudut hati nurani PM , beliau mahu semua pihak dalam SPRM menjalankan tugas dengan tegas, tetapi pihak tertentu yang melaksanakan tugas itu pula yang buat kan PM sendiri dipersendakan oleh banyak pihak ; kerana orangramai menyedari bahawa terdapat orang-orang tertentu yang ada berhampiran pusat kuasa tidak disiasat malah tidak diusik langsung oleh pihak badan pencegah rasuah itu .
Selepas BPR bertukar nama kepada SPRM, orang ramai tertunggu-tunggu dan mempunyai harapan tinggi semuga orang-orang yang ada di sekeliling pusat kuasa UMNO, samada di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat akan diambil tindakan.
Alih-alih, hanya sekadar ikan bilis sahaja yang kelihatan satu demi satu dikenakan tindakan pendakwaan oleh agensi berkenaan. Bagaimanapun , mungkin itu adalah permulaan, kemungkinan ia akan naik dari tangga ke tangga yang lebih tinggi, siapa tau ?
MAHU PERUBAHAN APA TAN SRI MUHYIDDIN?
|
| MUHYIDDIN YASSIN |
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Barisan Nasional (BN) kini melalui ujian paling getir dan jika tidak ada tindakan drastik diambil untuk menangani kemerosotan sokongan maka gagasan pemerintahan itu mungkin menghadapi kemusnahan.
Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata walaupun BN merangkumi 13 parti komponen khususnya UMNO cuba memperbaiki imej parti untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan lebih banyak usaha perlu dilakukan dengan segera.
" Kita tidak bekerjasama dalam usaha kita. Oleh kerana kita lambat melakukan perubahan, ramai berpendapat UMNO tidak akan berubah. Jika ambil masa terlalu lama untuk berubah maka orang tidak akan menunggu untuk kita.
"Situasi kekalahan dua pertiga majoriti BN di Parlimen selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas masih tidak berubah.
"Kita perlu lebih berkesan dan melaksanakan perkara luar biasa pada masa luar biasa," katanya pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin di Mines Golf and Beach Resort di sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata UMNO bukan sahaja tulang belakang BN yang perlu berubah tetapi juga parti komponen lain sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.
"Situasi akan bertambah teruk jika kita menunggu lama untuk melaksanakan perubahan. UMNO mesti memimpin dalam melakukan perubahan drastik. Kita khuatir dengan situasi ini," jelasnya.
Beliau berkata, terdapat banyak program yang perlu dilaksanakan dan pemimpin akar umbi perlu bekerjasama dengan pemimpin atasan untuk melaksanakan perubahan tersebut.
Bernama.
ULASAN :
Nampaknya Tan Sri Muhyiddin Yassin, begitu lantang mahukan perubahan dalam BN . Syabas Tan Sri , negara ini perlukan orang yang agresif untuk melakukan perubahan! Tetapi apakah yang hendak diubah secara drastic itu tidak diberitahu secara jelas oleh beliau .
Sejauh pemerhatian saya , bahawa antara perubahan ‘drastik’ yang dituntut oleh seluruh ahli UMNO kini ialah agar unsur-unsur atau punca politik wang dalam parti itu dibenteras secara menyeluruh dari serendah-rendah, sampai ke setinggi-tinggi peringkat.
Setahu saya,anggota komponan BN kini mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap UMNO, samada berjayakah atau tidak ia membenteras politik wang . Kalau UMNO berjaya maka parti pimpinan utama BN itu akan dihormati oleh seluruh orang Melayu dan mereka akan memberikan sokongan padu tanpa ragu lagi kepada UMNO yang amat besar jasanya itu, lalu MCA, MIC dan komponan BN lain akan mengambil pendekatan serupa dengan yang UMNO lakukan untuk membenteras politik wang dalam parti mereka .
Inilah hakikat yang berlaku dalam BN atau dahulunya PERIKATAN sejak ia ditubuhkan oleh pimpinan terawal yang diketuai oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj. Ertinya UMNO mestilah memulakan sesuatu terlebih dahulu, kemudian ia menjadi ikutan secara automatik oleh komponan Perikatan atau BN yang lain.
Oleh itu Muhyiddin perlulah sama-sama berganding tangan dengan PM membenteras politik wang ini dahulu, dan setelah berjaya, barulah Muhyiddin boleh bercakap fasal mengubah BN secara drastic pula . Saya nampak beliau bercakap dengan nada begitu tinggi untuk berlakunya perubahan drastik dalam UMNO, tetapi tidak dinyatakan apakah benda yang perlu diubah secara drastik itu. Kalau perubahan secara drastik itu hanya pertukaran jawatan PM dari Paklah kepada Dato’ Najib, tanpa mengubah perkara dasar atau pokok yang dihadapi, maka perubahan drastik seperti itu tidak membawa implikasi besar seperti yang dikehendaki oleh jutaan ahli UMNO ,bahkan seluruh rakyat negara ini, lebih-lebih lagi ahli komponan BN .
Sekiranya usaha membasmi politik wang sevara drastic ini berjaya, siapa saja kelak yang mengambilalih pucuk pimpinan parti atau pucuk pimpinan negara , akan dipandang tinggi dan dihormati ! .
SAYA BUKAN LOBI JADI DUTA KATA ZAM
|
| ZAINUDDIN MAIDIN |
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin meminta supaya khabar angin kononnya beliau melobi Wisma Putra untuk dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia dihentikan segera.
Malah, jika namanya ada dalam senarai calon, beliau mahu kerajaan menggugurkannya.
“Saya tak mahu jika berlaku pelantikan ini, ia menutup peluang pegawai diplomatik yang lebih layak kerana di sana memerlukan diplomat berpengalaman.
“Dengan ini saya harap cerita mengenai saya sebagai bakal Duta Malaysia ke Indonesia ditamatkan dan (nama saya) digugurkan daripada pencalonan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar bahawa terdapat dua bekas menteri sedang melobi untuk menyandang jawatan itu.
Sepanjang hidupnya, tegas Zainuddin, beliau tidak pernah melobi bagi mendapatkan sesuatu jawatan iaitu daripada Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu sehinggalah dilantik sebagai menteri.
“Apabila saya dilantik menjadi Senator atas jasa baik Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya fikir setakat itu saja tetapi saya pegang jawatan hingga jadi menteri dan ia kejayaan di luar imaginasi saya.
“Saya amat berpuas hati dengan keadaan kehidupan sehingga saat ini dan tidak wajar jika saya orang yang dimaksudkan sebagai seseorang yang melobi untuk menjadi Duta Malaysia ke Indonesia,” katanya.
Beliau mengakui perkara tersebut pernah dibincangkan sekali antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim tetapi tidak lebih daripada itu.
ULASAN :
Pagi semalam saya dihubungi oleh seorang kawan lama, bekas wartawan sebuah organisasi media yang berasal dari Utara, meminta saya perturunkan komennya terhadap sebuah berita yang disiarkan Utusan Malaysia Sabtu lalu tentang Dato’ Seri Zainudin Maidin (nama samarannya Zam) yang membuat kenyataan menafikan yang beliau dikatakan sekarang ini sedang melobi untuk menjadi Duta di Indonesia . Beliau meminta komentarnya dimuatkan dalam laman blog saya ! Oleh kerana tak mahu menghampakannya, saya akur dan berikut adalah apa yang dicakapkan itu :
“Jangan dok ambik hati Zam, biakpilah depa nak kata apapun. Sayapun ada juga dengak depa dok kata bukan saja hang dok lobi nak jadi Duta di Indonesia , tetapi pilihan utama hang ialah menjadi Duta di New Zealand dimana negeri yang paling hang selalu dok pi bercuti disana ! .
“Lobi-melobi tupun kalu betui, depa kata , masa Tun Mahadiak ada dulu bolehla, dia terus angkat saja mana-mana orang yang dia nak balaih budi, walaupun tak ada kelulusan apa-apapun tak apa ! dia teruih lantik saja… tapi la ni, depa kata, zaman Paklah susah sikit kot, kerana hang dikatakan orang kegemaran Tun, kerana hang banyak dok besembang dengan dia di kelinik Maha di Alok Stak masa Tunku buang dia dari parti dulu !
“Apapun Zam, hang katalah kat depa, kalu hang dok nak macamana sekalipun jawatan tu, terpulang pada rezki juga, kalu ada rezki kalu adalah, kalu dah tak ada rezki tu, biak bersembok ayak liok pun melobi tak dapat juga, inikan pula hang tak melobi apapun awat hang nak risau ? tak apa..hang relekla jangan dok marah lagutu !” Tambahnya lagi.
SPRM KUMPUL BUKTI POLITIK WANG
|
| SPRM DULU DIKENALI DGN BPR |
KUANTAN 24 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang masih mengumpul bukti terhadap siasatan kes politik wang membabitkan seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Pesuruhjaya SPRM Pahang, Sutinah Sutan berkata, kes tersebut melibatkan banyak saksi dan memerlukan masa untuk menyelesaikan siasatan kes tersebut.
"Sehingga kini, kita masih mengumpul bukti dan tiada sebarang perkembangan diperoleh kerana siasatan sedang dijalankan. Kes ini melibatkan banyak saksi. SPRM perlukan masa untuk menyiasat kerana setiap aspek perlu diteliti satu persatu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria dan 35 individu dipanggil ke pejabat SPRM Temerloh untuk memberi keterangan membantu siasatan membabitkan politik wang. Kesemua individu yang berumur antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan di sekitar Maran dan Temerloh.
Semalam, seorang ahli perniagaan berusia lewat 40-an yang juga ketua cawangan dalam UMNO Bahagian Temerloh dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kuantan berhubung pembabitannya dalam kes sama. Sutinah memberitahu, setakat ini tiada sebarangan penahanan dibuat terhadap individu yang disiasat dalam kes berkenaan.
ULASAN :
Sebagai cadangan tambahan kepada SPRM, jangan sekali-kali lupa, bahawa sumber maklumat yang mahu seseorang itu disiasat atas tuduhan terlibat dengan amalan politik wang, ada kemungkinan diatur oleh plot lawan si tertuduh, dan jika ini berlaku , ia adalah satu penganiayaan kepada si tertuduh.
Pihak SPRM harus dapat membezakan antara konspirasi menjatuhkan seseorang dengan memperalatkan SPRM, dengan maklumat orangramai yang ikhlas untuk membenteraskan politik wang !
|