A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 13 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini130
mod_vvisit_counterBulan Ini4254
mod_vvisit_counterJumlah496711
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
WAJARKAH PEGUAM NEGARA MEMIHAK SECARA EMOSI DALAM KES KEMATIAN A.KUGEN ? PDF Cetak Emel

 

gani_patail21.jpg 
    Abdul Ghani Patail

Kini satu malapetaka sedang berlaku dalam bidang perundangan negara ini ,  apabila Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membuat kenyataan kepada seorang Timbalan Menteri  (sekiranya benar) semalam  (23 Januari  2009) , mengklasifikasikan kematian A. Kugen, 22, yang sebelum ini disahkan mati semasa dalam tahanan polis Selasa  lalu (20 januari  2009) , sebagai kes bunuh !

Wajarkah Abdul Gani Patail sebagai seorang Peguam Negara , kelihatanya  begitu emosi, dan  tanpa usul periksa , apalagi langsung tidak meminta kenyataan rasmi dari pihak polis di mana A.Kugen ditahan , terus menyebarkan kes kematian ini kepada orangramai khasnya orang politik , melalui panggilan telefon ? Apakah Peguam Negara kita itu mahu dengan berkelakuan demikian ? Mahu menjadi wira ? tetapi untuk kumpulan mana?

Padahal pihak polis sedang berhempas pulas meneliti kes itu secara menyeluruh kerana A.Kugen adalah seorang penjenayah yang dikehendaki polis , untuk disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana menceroboh untuk melakukan jenayah dan Seksyen 506 kerana membuat ugutan terhadap kakitangan awam. Beliau adalah suspek ahli kumpulan curi kereta mewah , direman sejak 15 Januari lalu bagi membantu siasatan.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Selangor , Dato’ Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan , bahawa bedahsiasat Hospital Serdang mengesahkan bahawa kecederaan di badan A.Kugen (yang berkemungkinan berlaku semasa bergelut dengan polis ketika  menangkapnya) , tidak boleh membawa maut , tetapi dia disahkan mati kerana Jangkitan Paru-paru dan Paru-paru Berair .

 

 t_murugiah.jpg
           T. MURUGIAH

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah mendedahkan perbuatan Abdul Ghani Patail ini kepada pihak media semalam dengan membuat pengakuan bahawa  beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Abdul Gani sendiri menerusi panggilan telefon pagi 22 Januari lalu.

“ Peguam Negara telah memaklumkan kepada saya , bahawa kejadian yang menimpa Kugen diklasifikasikan sebagai kes bunuh ”  Kata T.Murugiah.
Nah dengan kenyataan T.Murugiah itu, sekarang terang lagi bersuluh bahawa Peguam Negara yang melakukan perbuatan menghubungi orang awam mengenai kes tersebut, sedangkan ia dalam siasatan polis. Mungkin Peguam Negara tidak terfikir langsung bahawa perbuatannya itu boleh menimbulkan perkara yang tidak harmoni kepada pihak polis .

Untuk lebih jelas lagi perhatikan saja kenyataan Ketua Polis Negara semasa berada di Kuching, 

devamany.jpg 
      S.K DEVAMANY

Sarawak , terhadap perkara yang timbul dari panggilan telefon peguam negara terhadap Timbalan Menteri berkenaan dan tindakan agresif timbalan menteri itu berikutnya :  

KUCHING 23 Jan. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan tindakan sekumpulan orang awam yang menceroboh bilik mayat Hospital Serdang, Selasa lalu, merupakan satu jenayah kerana mengganggu bahan bukti polis.
Katanya, bila seseorang itu meninggal dunia, si mati telah menjadi barang kes polis sehingga siasatan selesai dijalankan.

''Tindakan menyerbu bilik mayat dan 'mengacau-ngacau' mayat tersebut selama dua jam tidak sepatutnya berlaku.
''Ia adalah satu jenayah kerana mengganggu bahan bukti dan kita akan siasat kes ini kerana telah menerima laporan polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selasa lalu, sekumpulan orang awam termasuk dua timbalan menteri menceroboh Hospital Serdang untuk memeriksa mayat Kugen Ananthan, 22, yang didakwa didera polis.
Musa berkata, polis tetap akan meneruskan kes kematian Kugen meskipun disahkan oleh pihak hospital ia berpunca daripada jangkitan paru-paru berair. ''Kami akan siasat," tegas beliau bila ditanya mengenai perkembangan kes tersebut. Demikian laporan Utusan Malaysia  semalam.
Sekumpulan orang awam itu di ketuai oleh dua orang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ialah Dato’ S.K.Devamany dan Senator T.Murugiah , yang kedua-duanya keturunan India. 

 

Sebenarnya saya tidak tahu samada Abdul Ghani Patail ada darah keturunan yang sama atau pun tidak, tetapi kebetulan dua orang Timbalan Menteri dan pengikut mereka yang menyerbu Hospital Serdang itu adalah kesemuanya dari keturunan India, mengapa? Sedangkan orang yang kelihatan dibela begitu hebat itu bukanlah orang yang berjasa kepada masyarakat dan negara tetapi sebaliknya, adalah seorang yang ditahan reman kerana disyaki terlibat dalam kecurian kereta mewah, menceroboh kerana ingin melakukan jenayah dan membuat ugutan ke atas kakitangan awam. Perkara pokok pada perbuatan dua orang Timbalan Menteri dan pengikutnya itu tidak lain daripada perasaan perkauman. Mengapakah perasaan perkauman itu begitu kuat mengatasi kedudukan mereka sebagai Timbalan Menteri dan sebagainya. Nampaknya kedua-dua Timbalan Menteri ini begitu bersimpati dan amat tinggi emosinya menceroboh untuk memeriksa mayat A.Kugen  itu  , semata-mata hendak membela seorang yang disyaki penjenayah yang merbahaya.

Tetapi anehnya , hari ini (24 Januari) pula , Senator T. Murugiah membuat kenyataan akan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan seolah-olah dirinya sebagai `gengster' dalam kejadian menyerbu dan menceroboh mayat di Hospital Serdang pada 20 Januari lalu.
Kata beliau, kenyataan yang disebut oleh Khalid itu telah menjejaskan imejnya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
``Sepatutnya pihak polis berterima kasih kepada saya kerana berjaya meleraikan keluarga si mati (A. Kugen yang mati kerana didakwa didera oleh polis).
``(Namun) kenyataan Ketua Polis Selangor itu menggambarkan seolah-olah saya ini gengster dan sekali gus menjejaskan imej saya. Saya bekerja untuk rakyat dan hanya menjalankan tugas,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ponggal anjuran Persatuan Malindian Putrajaya/Cyberjaya di Dewan Serbaguna Presint 8 di sini hari ini.

Demikianlah ragam dan reaksi ahli politik  ! Itulah kata orang, tahi kambing pun kalau diberikan kepada orang politik bercakap mengenai kebaikannya, akan ditelan orang yang mendengarnya  dengan alasan ia menjadi ubat dan penawar yang mujarab !

Kalau Ketua Polis Negara  mengklasifikasikan tindakan dua Timbalan Menteri dan pengikut mereka menceroboh masuk ke tempat mayat A.Kugen untuk memeriksa badannya selama dua jam itu sebagai kes jenayah, ertinya dari punca manakah tindakan jenayah dua orang Timbalan Menteri dan pengikutnya itu , tidakkah puncanya dari panggilan telefon dari Peguam Negara sendiri ? 

Sebenarnya apakah tugas sebenar Peguam Negara, serta Jabatan Peguam Negara (JPN) itu ?  apakah objektif , fungsi Pguam Negara secara rasminya ? disini saya peturunkan  perkara berkaitan dengan Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara sendiri :
 

Objektif
 
Memberi perkhidmatan dan perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama.

 

 Fungsi-fungsi
 
• Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang undang-undang antarabangsa dan syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
• Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
• Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.
• Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.
• Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.
• Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang

Logo
 
Secara amnya, logo jabatan menggambarkan neraca yang seimbang, melambangkan tugas-tugas dan tanggungjawab Jabatan Peguam Negara yang dijalankan dengan cekap, adil dan saksama.
Neraca tersebut dipangku oleh bentuk seakan manusia yang melambangkan setiap kakitangan Jabatan yang diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab masing-masing dengan amanah, telus dan efisyen.

Bentuk bulat mencerminkan Jabatan sebagai sebuah organisasi yang mantap, kukuh dan berupaya menghadapi sebarang cabaran dalam menjalankan tugas-tugasnya.

Neraca tersebut bersandarkan lima garisan di bawahnya yang melambangkan bagaimana Jabatan menjalankan tugas-tugasnya berlandaskan lima prinsip Rukun Negara.

Warna biru digunakan menandakan perpaduan erat di kalangan warga Jabatan manakala warna putih pula melambangkan ketelusan dan keikhlasan dalam memberi perkhidmatan kepada semua pelanggannya.

 

Bila diteliti segala  catatan rasmi hal  bersangkutan tugas , visi misi dan fungsi serta erti logo Jabatan Paguam Negara, tidak ada berpatutan langsung Abdul Gani  boleh melakukan panggilan talifon kepada orang awam , khususnya seorang Timbalan Menteri untuk bercakap perkara yang sedang dalam siasatan polis . Kecualilah Timbalan Menteri itu memang berbohong terhadap apa yang didakwanya itu,  sesungguhnya beliau melakukan perkara yang amat serius dan perlukan tindakan sertamerta dari pihak yang berkuasa. 

Pihak berkuasa tidak ada pilihan lain, selain dari bertindak tegas segera agar semua pihak kembali melakukan tugas yang hakiki seperti yang sewajarnya dilakukan . Cegahlah dengan segera unsur-unsur malapetaka dalam bidang perundangan kita  dengan cara berkesan . Orang yang berada di jawatan Peguam Negara hendaklah orang yang kuat pendirian, tidak mudah goyah diugut berwibawa dan tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur emosi mengikut cuaca dan suasana di sekelilingnya. Dia harus tahu hala tuju bangsa dan negara ini dari mana ia bermula dan ke mana matlamat yang dituju seperti yang diamanahkan kepadanya oleh bangsa dan negara ini. Letakkanlah keamanan negara serta kesejahteraan rakyat di tempat yang menjadi keutamaan , bukan mencari kemasyhuran diri sendiri, janganlah ingin menjadi wira kepada pihak tertentu , dengan mengabaikan undang-undang dan keselamatan serta keharmonian tanah air kita  .

Kepada pihak yang begitu agresif mencerohoh Hospital Serdang, ingin saya peringatkan tidak ada faedahnya menjadi wira secara murahan, sedangkan akibat perbuatan kita menyusahkan orangramai dan memecahkan peraturan dan undang-undang negara yang kita semua patut daulatkan !.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack