A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 33 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini146
mod_vvisit_counterBulan Ini4270
mod_vvisit_counterJumlah496728
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Komentar Isu arrow KEKALAHAN BN DI KUALA TERENGGANU PELAJARAN AMAT PENTING
KEKALAHAN BN DI KUALA TERENGGANU PELAJARAN AMAT PENTING PDF Cetak Emel
wan_farid.jpg 
 W.Farid dan isteri mengundi 

 

Kekalahan calon BN ditangan PAS dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Kuala Trengganu malam tadi 17 Januari 2009 , adalah merupakan pelajaran yang amat penting buat para pemimpin UMNO untuk dijadikan iktibar, bahawa seseorang calon yang hendak diletakkan bertanding disatu-satu kawasan pilihanraya itu hendaklah terdiri dari calon yang disukai oleh majoriti penduduk kawasan berkenaan.

Adalah menjadi kesilapan besar memaksa para pengundi untuk memilih calon pilihan parti yang tidak diterima oleh majoriti penduduk setempat , kerana pengundi sekarang amat jauh berbeza dari pengundi tahun 60an, 70an dan 80an, di mana calon yang dipilih oleh parti untuk bertanding ‘terpaksa’ dipangkah oleh para pengundi walaupun bertentangan dengan naluri mereka , kerana tidak ada pilihan lain yang menasabah.

Para pemimpin UMNO atau BN Negeri dan Pusat memang sudah maklum bahawa Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh bukanlah  calon yang digemari ramai di kawasan pilihanraya berkenaan kerana banyak faktor (didedahkan dengan meluas dalam media serta cakap-cakap ahli parti), tetapi malangnya, kita memaksa juga penduduk kawasan berkenaan untuk mengundi beliau , lalu para pengundi menzahirkan tentangan mereka itu melalui kertas undi yang dipangkah semalam.

Kita semua akui bahawa dari segi ‘literalnya’ kawan saya Wan Farid itu layak untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu serta sangat layak untuk memenangi pilihanraya tersebut, apalagi untuk memegang jawatan di peringkat pusat sebagaimana janji Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak kepada pengundi , (bahawa Wan Farid akan dilantik menjadi Timbalan Menteri semula jika menang pilihanraya ini), dengan latarbelakang pendidikan beliau yang baik dan  pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan.

Tetapi situasi dan kondisi pengundi hari ini, terutama pengundi muda,  jauh berbeza dari era lama, di mana ibarat memilih makanan, seseorang itu tidak akan menyentuh makanan yang mereka tidak ada selera, kerana di hadapan mereka banyak pilihan lain yang sesuai dengan selera masing-masing. Berbeza dengan era lama, di mana seseorang itu terpaksa memilih dan menelan sahaja makanan yang dihidang , samada sedap atau tidak sedap, atau samada mempunyai selera atau tidak terhadap makanan tersebut,  kerana tidak ada pilihan lain !

Dalam apa keadaanpun , berada di pihak yang membangkang memanglah satu kelebihan, kerana ia mudah untuk membangkang dan merncari kesilapan pihak yang mencadang , padahal pihak yang membangkang itu belum tentu mampu melakukan perkara betul kalau mereka berada di pihak pencadang.

Begitu jugalah apa yang berlaku semasa tempoh berkempen dalam pilihanraya kecil kawasan parlimen Kuala Trengganu , di mana pihak parti pembangkang menggunakan 1001 alasan mengapa Calon BN perlu ditolak oleh pengundi kawasan itu , dan sebanyak itu pula alasan diberikan mengapa calon mereka perlu diberikan peluang untuk memenangi pilihanraya lecil itu.

Antara alasan yang dimainkan oleh pihak pembangkang yang sukar ditolak oleh pihak BN ialah persoalan  yang kononnya Wan Farid ini bersifat ‘tamak’ kerana sekarang ini beliau sudahpun dilantik oleh pucuk pimpinan negara menjadi Ahli Dewan Negara atau Senator , dan dari seorang Senator beliau telah dilantik pula menjadi Timbalan Menteri di peringkar pusat. Jadi, apa perlunya Wan Farid bertanding lagi dalam pilihanraya itu , sedangkan pada masa yang sama ramai lagi calon BN dari Trengganu yang berkelayakan untuk masuk Parlimen , dan meramaikan lagi jumlah Ahli Parlimen dari Terengganu .

Memang amat sukar bagi para penceramah BN , apalagi para perayu undi BN untuk menangkis isu pihak pembangkang yang menggunakan modal ‘ Calon BN Tamak’  yang dimainkan tanpa henti dalam kempen pilihanraya kecil  di Kuala Terengganu ini.

Jika diteliti dengan halus dan tenang, beberapa faktor penting yang menyebabkan calon BN ditolak oleh para pengundi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini , perlu dijadikan garis panduan oleh pihak pimpinan UMNO dalam memilih calon untuk bertanding dalam satu-satu pilihanraya pada masa akan datang.

Selain itu, ‘Gerak Hati’ di kalangan majoriti Ahli UMNO setempat terhadap gerakgeri dan tingkahlaku seseorang bakal calon juga perlu diambil kira , samada seseorang calon itu benar-benar layak diletakkan di situ, harus dijadikan panduan utama .  Kerana gerak hati merupakan faktor psikologi yang paling utama yang menentukan samada seseorang itu berkempen untuk kemenangan seseorang calon itu secara ikhlas atau hanya sekadar melepaskan ‘Batok Ditangga’ atau sekadar menjaga hati pihak tertentu , khususnya pucuk pimpinan parti.

Walaubagaimanapun sekalung ‘TAHNIAH’ perlu diberikan kepada Dato’ Sri Najib yang telah berkampung di Kuala Terengganu begitu lama sepanjang kempen pilihanraya itu berlangsung dari hari Penamaan Calon sampai ke Hari Mengundi . Sebahagian besar saham dalam jumlah kira-kira 30,000 pengundi yang mengundi BN itu boleh dikatakan datang dari Dato’ Sri Najib . Begitu juga Pardana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Badawi yang telah dua kali datang ke Kuala Terengganu ini untuk turut memberi sokongan terhadap calon BN yang merupakan bekas Setiausaha Politik beliau sendiri.

Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh juga perlu diberikan penghargaan tinggi, kerana telah bertungkus-lumus bersama-sama Menteri Besar baru Terengganu Dato’ Ahmad Said, yang tidak kenal penat lelah menemui rakyat tempatan di kawasan pilihanraya berkenaan menjelaskan isu dan menjawab segala tuduhan pihak lawan .

Melihat kepada jumlah undi yang diperolehi oleh BN, dengan sendirinya menolak semua dakyah pihak pembangkang yang kononnya rakyat Trengganu telah menolak UMNO dan BN. Dengan perbezaan 2000 undi itu di mana BN masih mendapat 30,000 undi, jelas sekali penyokong BN tidak lari dan begitu juga penyokong PAS juga bertahan . Cuma undi dari pihak ‘Atas Pagar’ dan pengundi baru yang menentukan kemenangan pilihanraya kecil tersebut.

Pengundi baru dan pengundi atas pagar ini boleh berubah mengikut cuaca dan iklim setempat pada setiap kali pilihanraya . Oleh itu sekiranya para pemimpin UMNO tempatan meneruskan khidmat kepada rakyat, walaupun kalah kali ini, namun peluang untuk memenangi semula kawasan berkenaan pada masa akan datang tetap ada !
Marilah sama-sama kita jadikan iktibar apa yang telah berlaku ini, Insya Allah berfaedah serta besar manfaatnya . Saya yakin kekalahan BN kali ini ada hikmah disebaliknya .
           

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack