A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 32 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini181
mod_vvisit_counterBulan Ini4305
mod_vvisit_counterJumlah496763
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow SELAMAT TAHUN BARU BUAT PELAWAT LAMAN INI
SELAMAT TAHUN BARU BUAT PELAWAT LAMAN INI PDF Cetak Emel

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada para pelawat Laman saya, dan saya  mendoakan semuga Allah melimpahkan rahmat dan nikmat, dipanjangkan umur dan murahkan rezeki anda semua, semoga anda dan keluarga diberikan kebahagiaan dan perlindungan yang berpanjangan oleh Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saya sangat gembira sekiranya para pelawat yang sering singgah di Laman saya www.yazidothman.com dapat menurunkan sebarang cadangan untuk saya meningkatkan lagi usaha mengisi laman ini supaya lebih bermutu dan berfaedah buat kita bersama.

Sempena tahun baru ini saya bercadang untuk mengadakan beberapa ruangan tetap dengan logo masing-masing yang antaranya termasuk ruangan untuk para petani dan nelayan dan juga ruangan pengguna , yang saya fikir boleh memunafaatkan semua pihak yang terlibat. 

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta berterima kasih kepada para pelawat laman saya yang telah membuat komentar , kritikan dan tak kurang juga pujian di atas tulisan-tulisan yang saya taburkan dilaman ini kira-kira 10 purnama yang lalu. Kesemuanya saya simpan dengan baik dan saya bercadang untuk memuatkannya di halaman khusus bila tiba masanya insya Allah , agar lebih senang ditatap oleh para pengunjung laman ini.

Akhir kata, saya dengan rendah hati ingin membariskan ucapan penghargaan dan terima kasih yang banyak terhadap Saudara Sallehudin bin Mad Yusuf yang membantu saya mewujudkan Laman ini serta daminya yang menarik ini,serta menjadi pakar rujuk teknikal saya dalam hal-hal tertentu  . Tak lupa penghargaan yang sama terhadap isteri saya Norbaya Musa yang membantu saya membuat reka letak gambar-gambar dan logo-logo yang berkaitan,  dan  menerbitkannya di laman saya sebaik saja saya habis menulis ketika berada di rumah .

Saya juga ingin membariskan penghargaan yang sama juga kepada Pembantu saya dipejabat, Ruzaini Rosli  ( di pejabat NGO) dan Syahanez Roza Arif ( di pejabat perniagaan), yang melakukan kerja-kerja di atas semasa saya menulis di laman ini pada waktu pejabat. Tenaga-tenaga mereka inilah yang menjadikan laman saya ini begitu bermakna buat saya, dan doa saya di atas juga buat mereka semua.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack