A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 28 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini82
mod_vvisit_counterBulan Ini3000
mod_vvisit_counterJumlah495458
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow ABHISIT VEJJAJIVA HARAPAN BARU SIAM
ABHISIT VEJJAJIVA HARAPAN BARU SIAM PDF Cetak Emel
abhisit-b.jpg
      ABHISIT VEJJAJIVA
Pemimpin Demokrat Abhisit Vejjajiva 15 Disember lalu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-27 Thailand oleh penggubal undang-undang negara berkenaan, membawa harapan baru bagi negara Gajah Puteh itu dalam menghadapi kemelesetan ekonomi dunia hari ini , sekaligus mengakhiri  tunjuk perasaan jalanan dan keadaan huru hara selama berbulan-bulan di  kota Bangkok itu.
Abhisit  mendapat 235 undi bagi mengatasi bekas Ketua Polis dan pemimpin Puea Pandin, Pracha Phromnok yang meraih 198 undi dalam pemilihan yang berjalan lancar tanpa sebarang gangguan besar, berbeza dengan sesi terdahulu yang menyaksikan pertelagahan  antara  penunjuk perasaan anti kerajaan dengan pihak polis Thai.
Abhisit  Vejjajiva  anak jati Siam tetapi dilahirkan di Britain, akan menggantikan Somchai Wongsawat yang dilucutkan jawatannya oleh Mahkamah Perlembagaan awal bulan ini apabila parti yang memerintah Parti Kuasa Rakyat (PPP) dibubarkan oleh Mahkamah tersebut  kerana melakukan penipuan dalam pilihan raya baru lalu. Parti Demokrat berkuasa kembali selepas tujuh tahun, setelah sekumpulan kecil bekas anggota PPP yang bersekutu dengan bekas Menteri, Newin Chidchob meninggalkan parti itu, selain beberapa parti yang merupakan sebahagian daripada kerajaan gabungan enam parti sebelum ini pimpinan  Somchai Wongsawat .
Perdana Menteri baru Siam ini berkelulusan Oxford University, berjaya memenangi pilihanraya bagi sebuah Kerusi Parlimen di Bangkok ketika berusia 27 tahun, dan kini di usia 44 tahun, tentulah beliau sudah masak dengan politik Thailand  dan mengetahui setiap penjuru di Kota Bangkok  itu , bagaimana ombak tunjuk perasaan bermula dan beliau lebih arif bagaiaman cara memadamkan api penunjuk perasaan .
Lebih penting dari itu beliau mendapat sokongan padu dari pihak Pasukan Polis dan Pasukan Tentera yang jolong kali didokong secara terbuka oleh para penggubal undang-undang di Kota Bangkok itu sendiri , yang membawa kepada sokongan para hakim negara tersebut.
Segala sokongan padu yang didapati oleh Abhisit ini adalah berpunca dari  kesilapan yang terlalu banyak dibuat oleh bekas pemimpin besar Thai, Thaksin Shinawatra serta keluarganya , yang secara terang-terangan mengambil kesempatan  menggunakan pengaruhnya untuk mengaut kekayaan negara menjadi milik mereka.
Walaupun Thaksin cuba bersendiwara untuk kembali berkuasa dengan para pengikut setianya di kawasan ceruk rantau pendalaman Siam, termsuk kawasan penduduk Islam di Empat Wilayah di selatan negara itu, namun pengaruh Thaksin  mula terhakis dengan taktik dan teknik politik Abhisit, yang berjaya memukau seluruh rakyat Thai, dengan isu-isu  asas yang gagal diatasi oleh Perdana Meneteri Somchai Wongsawat , apabila isu-isu mula ditelan oleh pihak polis dan tentera , yang akhirnya ditelan pula para penggubal undang-undang , membawa kepada penerimaan oleh para hakim negara Siam itu.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada teman rapat saya  Kom Manik Somchit, seorang pemimpin organisasi wartawan Thailand yang ulung yang mengasas dan memimpin Confederation Of Thai Journalists (CTJ)  yang sama-sama bertungkus-lumus berjuang di belakang tabir  di Thailand, bagi menjayakan hasrat Abhisit Vejjajiva itu . Kom Manik adalah orang yang berkerjasama rapat dengan kami semasa saya menjawat Presiden NUJ Malaysia ( National Union of Journalists ) pada tahun 1984-88, dan Kom Manik masa itu menjawat Presiden CTJ di mana kami sama-sama menjayakan program-program  CAJ (Confederation Of Asean Journalists)  di negara-negara ASEAN. Kom Manik memain peranan penting untuk mendapatkan kerjasama khusus dari  kerajaan Thai bagi mengatasi pembunuhan wartawan yang membuat penyiasatan mengenai ladang dadah di Segi Tiga Emas ( Golden Traingle ) iaitu di utara Thailand , khususnya semasa saya memegang jawatan Presiden CAJ  pada tahun 1985 -88 , dan kini kami sama-sama dilantik menjadi Penasihat CAJ yang beribupejabat di Jakarta.  
Fajar baru mula menyingsing di Negara Gajah Puteh itu . kita ucapkan Sawaddi kap ! semoga berjaya, aman sejahtera dan Dirgahayu Raja Bhumipol Adulyadej  dan Perdana Menteri barunya Abhisit Vejjajiva !      
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack