A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 29 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini152
mod_vvisit_counterBulan Ini4276
mod_vvisit_counterJumlah496734
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Komentar Isu arrow KENYATAAN MEDIA PWM MENGENAI SATU SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KENYATAAN MEDIA PWM MENGENAI SATU SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN PDF Cetak Emel

         
Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM) menyokong penuh cadangan Datuk Mukriz Mahathir untuk melaksanakan Satu Sistem Pendidikan Kebangsaan di negara ini.

PWM berpendapat cara ini sahaja yang boleh menyemaikan benih perpaduan kaum dan Intergrasi Nasional yang tulin untuk jangka panjang. Persatuan ini menggesa pucuk pimpinan khususnya Menteri Pelajaran hendaklah segera merangka korikulum dan perlaksanaan  Satu Sistem Pendidikan Kebangsaan ini tanpa bertangguh.

PWM menyeru pihak berkuasa khususnya Menteri Pelajaran supaya bertegas dan jangan menghiraukan segala suara negatif yang dikeluarkan oleh pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan, NGO-NGO dan ahli politik yang berbaur perkauman dari kaum Cina dan India atau sebagainya.

PWM berpendapat agenda ini adalah agenda kita rakyat Malaysia bersama tanpa mengira kaum dan ia harus dilaksanakan segera dengan penuh keberanian dan kebijaksanaan.

Kami berpendapat mereka yang menentang cadangan Satu Sistem Pendidikan Kebangsanaan ini terdiri daripada orang-orang yang sama yang menentang apa saja kebaikan yang tidak menitik beratkan kepada semangat perkauman sempit mereka. Melayan meraka samalah dengan membiarkan negara kita hancur.

PWM bertanggungjawab diatas kenyataan ini dan sedia berdepan untuk berbahas dan berbincang dengan mana-mana sahaja pihak pada bila-bila masa sahaja, bagi mempertahankan cadangan perlaksanaan Satu Sistem Pendidikan Kebangsaan sahaja.

Yang benar,
B/p PWM

DATUK YAZID OTHMAN PJN,KMN,PJK,PB.
Presiden
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack