A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 24 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini134
mod_vvisit_counterBulan Ini4258
mod_vvisit_counterJumlah496716
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow `ORANG DALAM' BANTU LULUS PORJEK TANAH TINGGI
`ORANG DALAM' BANTU LULUS PORJEK TANAH TINGGI PDF Cetak Emel

TERLEBIH dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada penghuni 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa yang ranap dalam kejadian awal pagi 6 Disember 2008.

Diharap kaum keluarga yang terlibat bersabar dan reda dengan kejadian ini. Tidak lupa juga kepada kaum keluarga 48 orang mangsa Highland Towers yang berlaku genap 15 tahun hari ini.

Setiap hari paparan akhbar memaparkan berita-berita kejadian tanah runtuh di Hulu Klang. Persoalan yang timbul sekarang adalah, siapa yang harus bertanggungjawab? Siapa yang harus dipersalahkan?

Situasi sekarang ini, pihak penduduk terus menerus menuding jari kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini kerana PBT yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan meluluskan sesuatu projek pembinaan dalam kawasan tertentu.

Pada pendapat saya, mungkin PBT telah pun menjalankan tugas mereka dengan baik tetapi terdapat segelintir individu yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan pelan-pelan pembangunan yang sepatutnya dijalankan.

Saya adalah seorang draughtsman (pelukis pelan) di sebuah firma arkitek di pinggir ibu negara. Saya ingin menceritakan pengalaman yang saya alami sendiri ketika berurusan dengan seorang pemilik banglo di Bukit Bandaraya.

Ternyata pihak DBKL telah menolak pelan asal sebuah banglo lima tingkat di lereng bukit yang saya kendali. Ini kerana pihak DBKL hanya membenarkan sesebuah banglo yang hendak dibina mesti kurang dari tiga tingkat.

Seterusnya saya difahamkan untuk mengubah dari segi reka bentuk supaya banglo lima tingkat itu kelihatan seperti tiga tingkat, pemilik banglo itu akan mendapatkan bantuan 'orang dalam' untuk meluluskan projek berkenaan.

Jika situasi seperti ini berterusan, tidak hairanlah lebih banyak lagi kejadian tanah runtuh yang lebih dahsyat daripada kejadian di Bukit Antarabangsa akan berlaku.

Peristiwa ini bukan pertama kali berlaku. Tetapi manusia tidak mahu mengambil kejadian lalu untuk dijadikan iktibar.

"Hentikan segera sebarang pembinaan di lereng bukit!", "Pembinaan di lereng bukit harus dikaji dengan teliti", "Pembinaan di lereng bukit amat berbahaya.''

Ungkapan-ungkapan seperti ini akan sering kedengaran setiap kali berlaku kejadian tanah runtuh. Akhirnya, ibarat mencurah air ke daun keladi, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pembinaan akan dijalankan juga selepas beberapa ketika.

Saya menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri yang mengarahkan supaya semua pembinaan di kawasan tanah tinggi dihentikan serta-merta bagi mengelakkan kejadian yang lebih teruk berlaku.

LUQMAN BEN-YAHYA

Kg. Kerinchi
( Ihsan dari Utusan Malayisa )

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack