A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 33 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini146
mod_vvisit_counterBulan Ini4270
mod_vvisit_counterJumlah496728
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow RINGKASAN BERITA DALAM SEMINGGU SERTA ULASAN
RINGKASAN BERITA DALAM SEMINGGU SERTA ULASAN PDF Cetak Emel
 logo_blog_ulasan.jpg
 RINGKASAN ULASAN SEMINGGU

ANTI BAHASA MENULAR KE PERAK 

IPOH 8 Dis. – UMNO Bahagian Ipoh Timur menentang sekeras-kerasnya cadangan untuk menggantikan papan tanda jalan yang sedia ada dengan papan tanda pelbagai bahasa di Taman Cempaka di sini, yang jika dilaksanakan menjadi yang pertama seumpamanya di negeri ini.
Ketuanya, Datuk Azian Osman menegaskan, tindakan itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia jelas menghina bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub di dalam Perlembagaan negara.
Beliau juga menyifatkan langkah itu hanya bermotifkan politik pembangkang yang kononnya memperjuangkan hak semua kaum.

Ulasan :

Memperjuangkan hak semua kaum tu bolah broder! tapi kan kita rakyat Malaysia ada perlembagaan dan kenalah patuh kepada peraturan negara ini Satu Bahasa Satu Negara.
Bahasa rasmi negara ini ialah Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) dan kalau tak suka dengan peratuaran dalam negara ini Faham-Fahamlah pergi dan carilah negara lain yang guna bahasa yang broder suka itu dan tinggallah di sana!

HATI-HATI PERANGKAP MUSUH 

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Malaysia munkin kekurangan generasi pelapis yang diperlukan ekoran kecenderungan pasangan suami isteri mempunyai hanya seorang atau dua anak, menurut seorang pakar pembangunan keluarga.
“Wanita dan lelaki yang mempunyai kerjaya berkahwin lewat atau langsung tidak berkahwin, menyebabkan anak tidak ramai. Kalau hendak gantikan jumlah penduduk, mestilah mempunyai dua atau lebih anak.” kata Datin Paduka Prof Dr. Jamilah Ariffin, perunding Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik bagi penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCAP).
Katanya, aliran yang mula menular di banyak negara Asia itu bakal meningkatkan warga emas.

Ulasan :

Awas, jangan terpikat dengan hasutan halus supaya rakyat Malaysia menyahut fahaman sedikitkan anak. Fahaman ini berasal dari pandangan para pemikir Yahudi antarabangsa agar negara besar seperti Amerika, Britain, Russia dan lain-lain yang mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara Islam khususnya negara-negara Arab, dengan menggesa mereka untuk menggurangkan bilangan anak.

Melalui hungan baik ini, negara besar berkenaan diminta mempengaruhi negara-negara Arab atau Islam itu, agar meletakkan syarat-syarat untuk dapatkan tenaga pakar dan sebagainya dengan cara mengamalkan amalan untuk mengurangkan anak serta mengamalkan perancang keluarga. Kerana para pemimpin Yahudi takut penduduk Islam yang ramai itu boleh mengancam keselamatan Israil masa depan. Pada masa yang sama orang-orang Yahudi pula digalakkan untuk meramaikan anak.
Fikir-fikirkanlah, di Malaysia ini yang menentukan kuasa ialah undi. Kalau kurang undi orang kita, apa akan jadi?

DUA LAGI LOKASI KRITIKAL

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Taman Hill View dan Highland Towers merupakan dua kawasan paling kritikal yang boleh berlaku kejadian tanah runtuh ketika ini jika hujan berterusan.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pencegahan Bencana Antarabangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin berkata, tahap boleh runtuh di dua lokasi tersebut adalah kritikal, manakala di Bukit Antarabangsa pada tahap tinggi.
“Tanah runtuh akan berlaku di lokasi-lokasi berkenaan jika jumlah hujan turun paling minimum 20 milimeter dalam tempoh seminggu.
“Hujan kerap kali turun pada bulan Mac, November dan Disember. Ia akan mengakibatkan pergerakan tanah sehingga berlakunya kejadian tanah runtuh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ulasan :

Pihak PBT khususnya yang ada kaitan dengan tempat-tempat diatas hendaklah mengambil langkah-langkah DARURAT bagi menyelamatkan keadaan berbahaya ini.

MENUDING JARI BERMULA 

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Semua kuasa untuk meluluskan projek pembangunan dan perumahan termasuk di kawasan tanah tinggi yang berisiko adalah di bawah kerajaan negeri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, kementeriannya tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana itu hak kerajaan negeri iaitu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Ini termasuklah projek-projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun berisiko tinggi. Kami tidak ada hak untuk meluluskannya walaupun ia terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ulasan :

Betul broder Kementerian Perumahan tak ada hak, tapi banyak undang-undang dan peraturan pusat yang boleh dikenakan kepada PBT untuk kuatkuasakan larangan membina rumah di kawasan berbahaya.
Jawatan Timbalan Menteri, tentulah tak banyak tugas macam Menteri. Mesyuarat Kabinet pun broder tak masuk kerana bukan Menteri penuh. Oleh itu broder tengoklah, bacalah, selidiklah mana-mana peraturan dimana broder boleh bagi amaran serta tindakan segera kepada PBT yang gagal laksanakan tanggungjawab sehingga ramai terkorban di Bukit Antarabangsa itu!

MPAJ NAK KAWAL TEBANG POKOK BESAR

AMPANG JAYA Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menguatkuasakan pemeliharaan pokok-pokok besar bagi mengekalkan keseimbangan alam.
Yang Dipertua MPAJ, Datuk Mohamad Yacob berkata, penguatkuasaan itu dilaksanakan sejajar dengan dasar kerajaan yang mahukan alam sekitar dipelihara.
Katanya, kebenaran MAPJ perlu diperoleh untuk menebang pokok bersaz diameter 0.8 meter.
“Dalam Akta Pemeliharaan Pokok di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), pokok-pokok bersaiz diameter 0.8 adalh di bawah tanggungjawab PBT untuk menjaganya.
“Penebangan yang dilakukan secara tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini di pejabatnya.

Ulasan :

Hai baru nak kuatkuasa broder? Broder baru bangun tidur ke?
Faham ke apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu adalah kerana broder tidak pernah tegas dalam menguatkuasakan pemeliharaan pokok-pokok besar bagi mengekalkan keseimbangan alam !!!
 

NASEC KESAL AMARAN AWAL TIDAK DIENDAH

SHAH ALAM 8 Dis. – Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) Universiti Teknologi Mara (UiTM) kesal kerana amaran awal pihaknya mengenai kemungkinan berlaku tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang tidak diendahkan.

Pengarahnya, Profesor Dr. Roslan Zainal Abidin (gambar) berkata, pihaknya sebelum ini pernah melaporkan bahawa hujan sekurang-kurang tiga hari berturut-turut serta ketibaan musim peralihan monsun akan menjadi antara penyumbang utama risiko tanah runtuh di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan kajian ke atas sampel tanah berhampiran pangsapuri Highland Towers dan Bukit Antarabangsa yang pernah runtuh sebelum ini, para penyelidik mendapati berlaku pergerakan air bawah tanah di kedua-dua kawasan itu selepas hujan turun selama tiga hari berturut-turut.

Ulasan :

Ulasan Pro. Dr. Roslan diatas sudah cukup jelas bahawa negara kita ini mempunyai pihak berkuasa PBT yang ‘Bangang dan Tongong’!!!

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack