 |
|
Najib menermui mangsa tanah
runtuh di Taman Bukit A/Bangsa
|
Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak semalam 6 Diisember, berkata, kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa kira-kira pukul 4 pagi semalam , yang mengorbankan empat nyawa dipercayai berpunca daripada aliran air bawah tanah di kawasan berkenaan .
Beliau berkata, melalui siasatan awal, aliran air itu adalah serupa dengan punca tragedi tanah runtuh di pangsapuri Highland Towers yang berlaku 15 tahun lalu."Ini yang paling berbahaya sekali kerana kita tidak tahu sebenarnya tanah di kawasan itu terancam. Walaupun kawasan itu nampak seolah-olah selamat tetapi sebenarnya tidak dan kita mesti lebih berhati-hati dalam meluluskan sebarang projek pembangunan di kawasan sebegini," katanya pada sidang akhbar selepas melawat lokasi kejadian di sini hari ini.
Justeru itu , katanya, kerajaan mengambil pendirian tegas untuk tidak lagi meluluskan sebarang permohonan pembangunan di kawasan-kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi. Beliau berharap para pemaju dapat mematuhi arahan itu dan tidak melobi untuk mendapatkan kelulusan bagi projek pembangunan di kawasan-kawasan sedemikian pada masa hadapan.
Sebelum ini Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam lawatan ketempat yang sama bagi menemui para penghuni yang menjadi mangsa dalam tregedi di Bukit Antarabangsa itu, telah membuat kenyataan tegas ,bahawa tidak akan ada lagi kebenaran diberikan bagi mendirikan rumah kediaman dikawasan seperti itu di negara ini.
Soalnya, sudah menjadi amalan biasa dinegara ini , setakat ingatan pihak pemimpin atau kerajaan sekalipun, tidak akan ada yang mematuhi dengan begitu sahaja tanpa pihak penguatkuasa yang melaksanakan tanggungjawab memantaunya dari semasa ke semasa dengan tegas .
Lihat saja kempen keselamatan jalanraya , pantang alpa sedikit dari penguatkuasaan pihak polis trafik, pelbagai lumba haram berlaku atas jalanraya. Begitu juga kenaikan harga barang , tanpa penguatkuasaan tegas yang berterusan dari pihak Kementerian Hal Ehwal pengguna, para peniaga meletakkan harga barang sewenang-wenangnya tanpa segan silu kepada pihak pemerintah yang telah berulangkali mengingatkan tentang kesalahan perbuatan itu.
Selepas runtuhnya Highlang Towers 15 tahun lalu, Kerajaan sudahpun melarang pihak pemaju mendirikan rumah dikawasan bercerun tinggi dan dilereng-lereng bukit. Tetapi mengapa amaran kerajaan itu tenggelam begitu sahaja dan para pemaju terus menerus mendirikan rumah-rumah mewah ditempat yang berbahaya itu? Tidak ada siapa pun yang datang menegah atau menghalang pembinaan ditempat-tempat berkenaan. Maka jadilah amaran pihak pemimpin negara itu ibarat ‘Menyiram Air Kedaun Keladi’ atau bak kata pepatah ‘Masuk Telinga Kanan Keluar Telinga Kiri’; hanya sia-sia sahaja !
Salah siapa jika pemaju tidak mematuhi arahan kerajaan ini? Kalau salah pemaju mengapa mereka tidak dihalang, atau kalau berdegil dakwa dan penjarakan saja agar para pemaju ini tidak membunuh bakal pembeli atau anggota keluarga bakal pembeli rumah-rumah mewah yang hendak didirikan ditempat merbahaya itu !
Bagi saya kesalahan tetap berada diatas bahu pihak berkuasa. Kerana kelalaian pihak penguatkuasalah berlakunya kemalangan akibat keruntuhan tanah bukit dan rumah- rumah dikawasan tersebut.
Tindakan yang sangat tegas perlu diambil tanpa bertolak ansur terhadap para pegawai PBT atau Penguatkuasa atau sebagainya lagi yang dikenalpasti menjadi punca kepada kegagalan untuk menghalang pihak pemaju dari memajukan dan mendirikan rumah-rumah dikawasan tragedi ini.
Lebih malang lagi bila ada pihak swasta yang BERJAYA melobi orang-orang tertentu dalam PBT atau di kalangan pegawai Kerajaan Pusat yang ada kaitan dengan satu-satu . projek tertentu DI KAWASAN TERLARANG itu. Lagi sekali kita berdepan dengan soal ‘RASUAH’. Apakah ada perkataan lain yang sesuai diperkatakan selain dari perkataan rasuah yang berlaku apabila sesauatu yang dilarang, tiba-tiba apabila berlaku lobi melobi, ia diluluskan, tidak ada lagi larangan seperti yang sebelumnya !
Kita mahu perkara ini disiasat sampai ke akar umbi, cari bukti dan bertindak tanpa memilih bulu.
“ Kami mendoakan agar negara kita Malaysia sentiasa aman makmur dan pemimpinnya mampu melindungi agama,bansa dan tanair ” kata seorang teman yang menalifon saya malam tadi dari Makkatul Mukarramah, yang menyatakan perasaan sedihnya terhadap apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu. Hargailah doa rakyat Malaysia yang berada di Tanah Suci itu.
Selain itu, teman saya itu juga menyatakan bahawa para jemaah Haji dari Maslaysia malam tadi bersembahyang hajat beramai-ramai mendoakan semoga Allah S.W.T. memberikan rahmatNya serta melindungi anggota keluarga yang terlibat , dan semoga mereka dapat bersabar menerima takdir ini.
Semuga hasrat Perdana Menteri danTPM kita itu diambil perhatian serius oleh pihak yang bertanggungjawab, kerana kita tak mampu lagi melihat berulangnya peristiwa dari kerana yang sama lagi pada masa hadapan .
|