A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 30 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini167
mod_vvisit_counterBulan Ini4291
mod_vvisit_counterJumlah496749
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow TRAGEDI HIGHLAND TOWERS BERULANG DI BUKIT ANTARABANGSA
TRAGEDI HIGHLAND TOWERS BERULANG DI BUKIT ANTARABANGSA PDF Cetak Emel
gambar_runtuhan.jpg 
 Lokasi tanah runtuhan

Selepas 15 tahun perisitiwa Highland Towers berlalu, pagi 6 Disember 2008 negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah,  Bukit Antarabangsa Hulu Klang  yang mengorbankan 4 nyawa dan meranapkan 14 buah banglo. Highland Towers yang sejauh 1.5 kilometer dari lokasi kejadian telah mengorbankan 48 nyawa pada 11 Disember 1993.  

Kejadian jam 4 pagi Sabatu lalu  menyebabkan 23 orang  termasuk seorang kanak-kanak cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semantara 3,000 hingga 5,000 penduduk sekitar terputus hubungan apabila satu-satunya jalan masuk ke perumahan mereka ditimbus runtuhan tanah membabitkan kawasan seluas lebih empat hektar. Semua mereka dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara selepas beberapa runtuhan susulan dikesan

Difahamkan ketika kejadian sebahagian penduduk nyenyak tidur dan dikejutkan bunyi seperti letupan, diikuti gegaran dan pergerakan tanah yang meranapkan 14 rumah terbabit.
Manusia sering lupa dan cepat sungguh lupa dengan tragedi. Kerakusan pihak pemaju yang membangunkan kawasan lereng bukit konon atas nama `kemewahan’ dan `eksklusif’ untuk golongan berduit . Walaupun kejadian Highland Towers menyebabkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan satu garis panduan ketat kepada pembangunan tanah lereng bukit namun kelulusan demi kelulusan dikeluarkan oleh pihak PBT untuk membina rumah mewah di lereng dan kaki bukit.
Ketidakseriusan pihak PBT menguatkuasakan peraturan, maka inilah AKIBAT YANG KITA TERPAKSA BAYAR!!!

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack