A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 27 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini90
mod_vvisit_counterBulan Ini3008
mod_vvisit_counterJumlah495466
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Komentar Isu arrow RINGKASAN BERITA DALAM SEMINGGU SERTA ULASAN
RINGKASAN BERITA DALAM SEMINGGU SERTA ULASAN PDF Cetak Emel

 

 

logo_wartawan.png

 

 ULASAN BERITA DLM SEMINGGU

 

PAK LAH HARAP POLITK WANG SELESAI CEPAT

pak_lah_copy_copy_copy_copy.jpg
 Pak Lah

 PUTRAJAYA 27 Nov. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap siasatan Lembaga Disiplin UMNO berhubung politik wang dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti Mac depan agar mereka yang bersalah boleh digugurkan daripada bertanding.
Perdana Menteri berkata, langkah itu boleh memastikan pentadbiran parti berjalan lancar.
“Sekiranya seseorang yang sudah dipilih untuk memegang sesuatu jawatan dan selepas itu baru didapati bersalah dan jawatan itu terpaksa dikosongkan, ia akan merugikan parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
ULASAN:

Pak Lah, kalau benar-benar Pak Lah nak membentras politk wang arahlah BPR agar benar-benar berfungsi sebab apa yang orang ramai tahu  BPR hanya ‘memekakkan telinga’ dan ‘membutakan mata’ terhadap politik wang atau rasuah politik yang berlaku dalam pemilihan UMNO yang lalu. 

Pak Lah panggilkan jawatankuasa disiplin UMNO dan arahkan mereka untuk berhenti daripada bermain sendiwara dan berdolak dalik . Buatlah tindakan tegas, janganlah berselindung di sebalik kata-kata TIDAK ADA BUKTI atau BERIKANLAH LAPORAN, pada hal mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Mengapa tindakan tegas tidak diambil semasa pencalonan jawatan di peringkat Bahagian baru-baru ini? Mengapa istilah politik wang hanya nampak pada pemilihan peringkat pusat sahaja? Kalau Pak Lah mahu, seluruh rakyat Malaysia angkat kopiah . Arahlah BPR dan Jawatankuasa Disiplin UMNO untuk pejam mata dan tarik nafas panjang-panjang dan ambillah tindakan tegas dengan habis-habisan.

KHALID NORDIN TAKUT MAHATIR DEDAH NAMA

khaled_nordin.jpg
 Khaled Nordin

 JOHOR BAHRU 23 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dirayu agar memikirkan semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tindakan tersebut bakal memberi implikasi negatif yang besar kepada parti.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pelajar di Luar Universiti Johor anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kementeriannya di Pasir Gudang di sini hari ini.
ULASAN:
Buat apa Khalid Nordin nak rayu Tun Mahathir jangan dedah nama orang yang mengamalkan politik wang. Kita semua tahu bila sampai waktunya Tun Mahathir akan buat apa yang dia suka. Dia tidak boleh dipaksa dan begitu juga dia tidak boleh dilarang. Janganlah buang masa Khalid!
Dalam ketegasan Mahathir menentang politik wang, tup tup Mukriz layak bertanding Ketua Pemuda UMNO. Mengikut pepetah orang UMNO sekarang, “Kalau Tak Ada Wang Jangan Main Parti”. Ertinya kalau Mukriz boleh dapat pencalonan begitu tinggi, faham- faham sahajalah, masakan tak ada wang terlibat Tun!

PRESIDEN MCA MULA MAIN POLITIK

ong-tee-keat.jpg
 Ong Tee Keat

 JOHOR BAHRU 29 Nov. _ Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee

insidepixchua.jpg
 Chua Soi Lek

Keat berkata, kenyataan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung ketuanan Melayu tidak menggambarkan pendirian parti itu yang mewakili masyarakat Cina.
Tegas Tee Keat, sebarang kenyataan mengenai isu tersebut akan dibuat oleh jurucakap parti di peringkat kebangsaan dan negeri di bawah biro penerangan.
Justeru, pendirian peribadi tidak boleh dianggap sebagai pendirian parti, kata Menteri Pengangkutan itu selepas mempengerusikan Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor di bangunan MCA negeri di Jalan Segget di sini hari ini
ULASAN:
Politk apakah Ong Tee Keat mainkan ini! Kan Malaysia ni kecil sahaja. Ibarat dalam satu cawan kopi, siapa bercakap atau buat kenyataan beberapa saat  kemudian satu Malaysia tahu. Walaupun mungkin akhbar Cina lain akhbar Melayu lain, tapi isi beritanya semua orang faham sebab orang Melayu ada penterjemah Cina dan orang Cina ada penterjemah Melayu.
Jadi, dalam akhbar Cina Ong Tee Kiat dan Chua Soi Lek dilihat sehaluan, tidak ada pencanggahan mengenai isu hak keisitmewaan orang Melayu. Tup Tup apabila kenyataan Soi Lek bocor atau terlepas ke tangan media berbahasa Melayu dan menjadi kemarahan seluruh pemimpin UMNO lalu  Tee Kiat menyelar Soi Lek kononnya pendapat Timbalannya itu adalah pandangan peribadi, tidak sama pandangan beliau sebagai Presiden MCA kononnya macam lain.
Hishammuddin berang kepada Chua Soi Lek
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara.
Beliau berkata, dengan menidakkan sejarah termasuk konsep ketuanan Melayu, mereka hanya meletakkan diri dalam wajah yang sama dengan pembangkang iaitu berpolitik pada landasan kaum serta agama dan sebab itu lebih baik untuk mereka berada bersama pembangkang.
Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu sebaliknya hanya mengakui konsep kepimpinan Melayu.
ULASAN:
Hai! Baru sekarang Datuk Seri Hishammudin nampak yang pemimpin MCA begitu biadap terhadap orang-orang Melayu dan UMNO? Kan dah lama pemimpin MCA begitu sifatnya lantaran par a pemimpin UMNO khususnya pemimpin Pemuda UMNO seperti Hishammudin  ini memberi muka kepada mereka yang menyebabkan lemak mereka menjadi tebal seperti sekarang!
Lihat sahajalah Hishammudin cium keris di Perhimpunan UMNO dan besoknya pemimpin MCA buat bising. Hishammudin juga yang minta maaf dari mereka, tak cukup sekali dua kali dan tak cukup itu pemimpin lain pulak minta maaf bagi pihak Hishammudin. Macamana pemimpin MCA tidak naik lemak!
Sebab itu, lain kalin kalau tersalah terkeluar cakap untuk membela maruah Melayu di mana-mana majlis dan bila berjumpa dengan ahli-ahli MCA janganlah cepat nak mengambil hati dengan meminta maaf, jangan cepat rasa bersalah, jangan nak bodek MCA atau pemimpin-pemimpin komponen BN yang lain!

NIK AZIZ TAK SABAR NAK BERHENTI? 

nik-aziz52.jpg
 Nik Aziz

 KOTA BHARU 25 Nov. — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau “tidak sabar” untuk melepaskan jawatan itu jika Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Pas memintanya berbuat demikian.
“Kalau orang Pas suruh saya berhenti, saya berhenti petang ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan “pada masa gemilang beliau” dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui kerajaan Kelantan.
Malahan, menurut laporan Mingguan Watan itu, golongan berkenaan mahu Nik Aziz yang dianggap sudah berumur dan mengalami masalah kesihatan, menyediakan pelan peralihan kuasa segera kerana kerap berlaku mesyuarat penting membabitkan keputusan segera kerajaan negeri terpaksa ditangguh kerana beliau berada di hospital.
ULASAN:

Jika begitu pendapat Dato’ Nik Aziz Nik Mat, alamatnya beliau berhasrat untuk menjadi Menteri Besar seumur hidup. Kerana barang pasti tidak ada orang yang akan meminta beliau berhenti atas sebab-sebab kepentingan diri para wakil rakyat Pas berkenaan.

Golongan muda yang menguasai Pas Kelantan kini terdiri daripada golongan sekular yang tidak ada kewibawaan serta tidak ada kepercayaan rakyat kepada mereka dari segi agama.

Saya mendapat pandangan dari dalam Pas bahawa pernah Hussam Musa mencuba untuk mengenepikan Nik Aziz dalam pilihanraya dahulu dengan harapan untuk menjadi Menteri Besar Kelantan untuk menggantikan Nik Aziz. Tetapi di saat-saat akhir beliau memujuk Nik Aziz untuk bertanding semula kerana mendapat maklumat balas dari rakyat akar umbi bahawa tanpa Nik Aziz, Pas Kelantan akan tumbang dengan mudah di tangan UMNO.

Ertinya, para wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu mengekalkan kelangsungan menikmati kemudahan-kemudahan dan kekayaan dari hasil balak kayu yang berterusan hanya dengan satu cara sahaja iaitu,  mengekalkan Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan habis bicara.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack