A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 28 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini143
mod_vvisit_counterBulan Ini3061
mod_vvisit_counterJumlah495519
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Berita arrow RINGKASAN BERITA DALAM SEMINGGU SERTA ULASAN
RINGKASAN BERITA DALAM SEMINGGU SERTA ULASAN PDF Cetak Emel
logo_blog_ulasan.jpg
 RINGKASAN ULASAN SEMINGGU

 

BELUM MASA UiTM  DIBUKA KEPADA BUKAN BUMIPUTERA

Petaling Jaya 13 Nov;- Masanya belum tiba untuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera kerana sasaran 30% penyertaan Bumiputera dalam bidang industri di peringkat professional dan sepada professional masih belum tercapai, kata pengarah pertama institut itu, Tan Sri Dr. Arshad Ayob.

Beliau berkata pihak yang menggesa agar kuota pelajar UiTM  dibuka kepada bukan Bumiputera , perlu menghayati terlebih dahulu tujuan asal penubuhan institut itu yang berlandaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Beliau berkata demikian selepas pelancaran autobiografinya berjudul A Second Chance Life and Mission of Arshad Ayob di UEM Leadership Centre di sini hari ini.

ULASAN:
arshad_ayub.jpg
 ARSHAD AYOB
Pengumuman Arshad Ayob ini seharusnya hanya ditujukan kepada pihak pembangkang serta pihak yang kurang mengerti sejarah sahaja, tetapi jangan sekali-kali hal  ini didengar atau diketahui oleh segelintir bekas pemimpin negara ini dan segelintir pemimpin UMNO yang ada hari ini, kerana jika mereka tahu, tentunya mereka ini akan membuat kenyataan untuk bertolak ansur dengan pihak lain kerana ingin mengambil hati mereka.
Politik mengambil hati pihak lain dengan menggadai hak bangsa sendiri adalah satu pengkhianatan kepada bangsa kita sendiri yang tak mampu kita maafkan di dunia dan di akhirat.  

KHUTBAH :  JAIP SIASAT IMAM
Kuantan 15 Nov ;- Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan menyiasat tindakan seorang imam yang dikatakan menyalahgunakan khutbah Jumaat untuk menghentam kerajaan di Masjid Kerratong 4 Rompin, semalam.

Pengarah JAIP Dato’ Abdul Manan Abdul Rahman berkata, Jawatankuasa Masjid itu  boleh dikenakan tindakan jika didapati memberi kebenaran kepada ‘orang luar’ membaca khutbah tanpa menggunakan teks yang telah disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri.

ULASAN:
jarjis_inside.jpg
 JAMALUDIN JARJIS
Tahniah Pengarah JAIP dan syabas diucapakan kepada ahli parlimen Rompin Dato’ Seri Jamaludin Jarjis yang menimbulkan perkara ini , yang memang sewajarnya dibuat tindakan tegas dan tidak boleh dibiarkan para khatib seperti itu memecahbelahkan masyarakat kita ,kerana keinginan  khatib berkenaan  untuk  mengembangkan pengaruh parti dokongannya kepada  penduduk tempatan disekitar masjid berkenaan . Khatib ini  sekaligus mengeluarkan ayat-ayat Quran serta Hadfis-hadis Nabi (SAW) yang dengan sengaja memutarbelitkan pengertiannya  menghentam UMNO dan Kerajaan dalam semua aspek.

Sebenarnya perkara ini berlaku setiap kali khutbah Jumaat dibacakan di Negeri Kelantan, sejak puluhan tahun dahulu lagi. Tetapi syukurlah orang-orang UMNO tidak pernah menyuarakan perkara ini . Mereka bersabar dan bersabar. Tahap kesabaran mereka amat tinggi, ibarat kata pepatah Kelantan  ‘ibarat nasi makan, air minum’ .

Hal itu terjadi demikian kerana tidak ada Pengarah Jabatan Agama Islam yang akan mengambil tindakan seperti  Pengarah JAIP itu , dan tidak ada pihak UMNO ataupun Ahli Parlimen seperti Jamaludin Jarjis itu yang mengambil inisiatif mendedahkan kepada khalayak ramai atau kepada pihak media. Ini mungkin disebabkan tidak ada pihak yang peduli walaupun didedahkan kerana pihak Jabatan Agama mungkin dua kali lima sahaja dengan para khatib itu !

    
GANTUNG KEPALA BABI : ALI GESA SIASAT
 ali_rustam1.jpg
 ALI ROSTAM
Melaka 15 Nov;- Kerajaan Negeri  ini pimpinan Datuk Seri Ali Rostam mengarahkan pihak polis dan Exco MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo menyiasat kejadian pihak tertentu menggantungkan kepala Babi di atas pagar sebuah rumah pesara guru khamis lalu.

“ Saya berharap Gan dan polis dapat mencari orang yang melakukan kerja itu kemuka pengadilan , kerana ia jelas boleh mencetuskan ketegangan  kaum di negeri ini ”  kata Ali di Bandar Hilir hari ini .


ULASAN  :
Sejarah membuktikan, walau di mana saja UMNO atau Barisan Nasional menang disatu-satu kawasan berkenaan , orang-orang Bukan Melayu akan terselamat dibawahnya. Soalnya di Mel;aka , walaupun BN masih memerintah, tetapi orang-orang yang menentang kerajaan negeri itu,  sudah mendapat inspirasi dari pemimpin mereka yang berasal dari Melaka ini, sekarang  menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mereka juga telah mendapat ilham dari sekutu mereka yang memerintah Selangor, di mana Kerajaan Negeri itu telah mengisytiharkan projek mega ternakan babi terbesar di negara ini,  dengan perbelanjaan RM100 juta. Kini di Selangor begitu bebas ternak babi, mengapa tidak di Melaka, oh ..malang sekali …Jadi lepaslah geram dengan cara yang biadab itu !

BERIBU-RIBU PEKERJA MALAYSIA DITIPU DI SINGAPURA
 noraini_ahmad.jpg
 NORAINI AHMAD
Miri 15 Nov;- Dalam tempoh setahun sehingga September lalu, 2,066 aduan daripada pekerja Malaysia telah ditipu oleh majikan tempat mereka berkerja atau agensi pekerjaan yang mengambil mereka bekerja di negara itu.

Penipuan itu termasuk aspek gaji , kontrak pekerjaan tidak selaras, tempat tinggal dan makanan yang tidak sesuai , kata Timbalan Menteri Sumber Manausia Dato’ Noraini Ahmad  di program Hari Bertemu Pelanggan  kementeriannya di Stadium Tertutup Miri, hari ini.

ULASAN:
Hai…Singapura kan makmur, upah pekerja tinggi, pembangunan amat pesat, apalagi berlarilah pekerja kita ke sana..tup-tup kena tipu pulak ! . Gaji, makan minum yang tak sesuai dan sebagainya kini telah terbongkar.

Lain kali jangan senang percaya dengan pelbagai janji manis di seberang Tambak Johor itu , banyak bahananya ! Dua hari lalu seorang rakyat Malaysia Nordin Montong 32, telah maut dibaham Harimau Puteh di Zoo Singapura.

Malangnya , iklan yang menggamit rakyat kita ke sana tetap disiarkan oleh  pihak media di negara kita ini, seolah-olah semua pihak terutama media kita sendiri memberikan galakan untuk rakyat kita berkerja di sana.   




 

  

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack