A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 33 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini192
mod_vvisit_counterBulan Ini4316
mod_vvisit_counterJumlah496774
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow ULASAN BERITA DALAM SEMINGGU
ULASAN BERITA DALAM SEMINGGU PDF Cetak Emel
 logo_wartawan.png
 ULASAN BERITA DLM SEMINGGU

Mulai hari ini saya akan memasukkan ke laman ini berita-berita ringkas , ulasan-ulasan ringkas mengenai peristiwa yang berlaku seminggu yang lalu, samada dalam negara ataupun di luar negara yang difikirkan dapat memanfaatkan para ‘pelayar’ laman ini untuk pengetahuan am , bahan untuk berbincang mengenai isu semasa, renungan dan berfikir dan cabaran minda untuk lakukan sesuatu yang nmendatangkan faedah demi kemajuan agama, bangsa dan negara kita.


ABDUL RAZAK BAGINDA BEBAS

 

abdul_razak_baginda.jpg 
    Abdul Razak Baginda

Semua akhbar harian semalam 1 November 2008, termasuk Utusan Malaysia (UM) , melaporkan satu berita besar bahawa  Mahkamah Tinggi Shah Alam , semalam membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan bersubahat membunuh wanita Monggolia Altantuya Shaariibuu selepas perbicaraan berlangsung selama 151 hari.

Hakim yang membicarakan kes tersebut, Dato’ Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan membebaskan Abdul Razak, 48, setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Beliau juga menerima kandungan affidavit  yang diikrarkan oleh Abdul Razak , yang telah dikemukakan sebagai bukti pada perbicaraan.. Bagaimanapun Hakim tersebut memerintahkan dua tertuduh utama , Cif Inspektor Azilah Hadri 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya.


Ulasan:
Ramai pihak terkejut dengan berita ini. Sepanjang perbicaraan selama lima bulan itu , kita difahamkan ,  bahawa Abdul Razak Baginda inilah yang kenal Altantuya , di mana kedatangannya ke negara ini adalah untuk menemui beliau . Tup-tup Abdul Razak sudah dibebaskan. Jadi, siapa yang membunuhnya? .

Seorang sahabat saya yang berasal dari Perkampungan Arab, Wadihana di Johor Bharu , ketika bertemu di sebuah restoran  beriani di Ibu Negara berkata; “ Sekali imbas ana pelik juga , siapa lagi yang kenal Altantuya, kalau Razak memang tak bersalah ..bagaimanapun apa nak dihairankan kehendak Allah semua boleh jadi beb..” katanya.

Oleh kerana isu ini dan kes yang berkaitan dengan hal ini sedang dibicarakan di mahkamah, maka ia tidak bolehlah diulas dan diolah secara terbuka terhadap perkara yang belum diputuskan lagi, kerana dilarang oleh undang-undang  dan peraturan serta perjalanan perbicaraan yang sedang berlangsung dimahkamah sekarang .

Harap maaf.


KETUANAN MELAYU  SATU KONSEP GAGAL KATA ZAID IBRAHIM

 

zaid-ibrahim.jpg 
     Zaid Ibrahim

UM melaporkan  semalam , bahawa bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Dato’ Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa itu sendiri di negara ini.

Belaiau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

“ Ia menyebabkan kita hilang pertimbangan berkaitan kesamarataan dan keadilan….” katanya ketika berucap pada persidangan Law Asia 2008 di ibunegara 31 Oktober lalu.

Beliau merujuk kepada protes dari orang Melayu terhadap perlantikan pegawai berbangsa Cina ke jawatan tinggi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sebelum ini  (semasa pemerintahan Kerajaan BN) , hanya orang Melayu saja dilantik ke jawatan tinggi dalam agensi kerajaan di negeri itu.

Ulasan:
Saya bersimpati dengan Zaid Ibrahim yang begitu cetek pemikirannya , sehingga tidak tahu membezakan antara SEJARAH dengan KONSEP. Oleh itu lain kali , hati-hatilah memilih perkataan untuk bercakap, kerana percakapan itu menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya.

Ketuanan Melayu bukan sekali-kali satu konsep atau cadangan atau projek atau teori dan sebagainya, tetapi yang dinamakan ketuanan Melayu itu ialah sejarah negara ini yang penduduk asal, atau yang menjadi tuan kepada negeri ini ialah bangsa Melayu !

Sejarah tidak pernah gagal sama sekali. Sekiranya ada orang yang membuat kenyataan kononnya sejarah itu gagal, yang sebenarnya orang itulah yang gagal memahami sejarah. Tidak ada siapa yang mengaturkan agar orang Melayu berada di negara ini. Secara semulajadi manusia Melayu ini ada di Alam Melayu sejak beribu tahun dahulu lagi. Siapakah yang berani menafikan ini?

Cuma kedatangan bangsa pendatang yang terdiri dari rakyat negeri China dan India itu memang diatur oleh penjajah Inggeris semasa menjajah negara ini dulu, demi memudahakan penjajah “ Mat Saleh” itu menjadikan orang-orang China itu sebagai buruh di lombong bijih timah dan orang-orang India sebagai buruh di ladang-ladang getah sertta buruh jalan keretapi.

Misalnya,  Zaid Ibrahim berjanji untuk mewujudkan konsep pembangunan semula yang lebih dinamik bagi Bandar Kota Bharu serta penduduknya ,  sekiranya menang dalam pilihanraya umum 2004 dulu, tetapi gagal dilaksanakan walaupun beliau menang. Atau pun beliau gagal melaksanakannya kerana tidak ada kerjasama dari Kerajaan Negeri.


 Nah, ini yang dikatakan satu konsep yang gagal . Bagaimanapun mungkin Zaid ada sebab yang wajar atas kegagalan ini, tetapi soalnya istilah ‘konsep’ itu betul.

Tetapi hendak dikatakan ketuanan Melayu satu konsep yang gagal tidak betul. Kerana ketuanan Melayu itu bukan satu konsep, tetapi ketuanan Melayu itu adalah hakikat sejarah negara ini dimiliki oleh orang Melayu, bukan pendatang yang didatangkan dari negara luar !.     

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack