A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 29 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini176
mod_vvisit_counterBulan Ini4300
mod_vvisit_counterJumlah496757
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PEMIMPIN MELAYU HULUR TITIAN MCA MENITI, DAP TERSENYUM
PEMIMPIN MELAYU HULUR TITIAN MCA MENITI, DAP TERSENYUM PDF Cetak Emel
najib_tun_razak.jpg
    Najib Tun Razak

Semalam, (28 Okt 2008)  Dato’ Liow Tiong Lai seorang Naib Presiden Persatuan China Malaysia (MCA) yang juga Menteri Kesihatan Malaysia , membuat kenyataan yang cukup menghiris hati Orang Melayu apabila beliau meminta Kerajaan Pusat memansuhkan ekuiti Bumiputera serta syarat pemilikan 30% dalam syarikat awam dihapuskan.

Beliau membuat kenyataan yang mendengungkan telinga itu di Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di ibunegara semalam.

Bagaimanapun , Liow Tiong Lai membuat kenyataan begitu

 liow_tiong_lai.jpg
            Liow Tiong Lai

atas peluang yang  dibuka untuk kritikan seperti itu oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sendiri yang juga Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak , dalam satu wawancara dengan wartawan penyiar Haslinda Amin, melalui program Bloomberg Voices terbitan  Tv Bloomberg yang disiarkan secara rakaman di ibunegara 24 Oktober lalu.

Pada muka dua sebuah akhbar arus perdana Utusan Malaysia pada 24 Oktober melaporkan, bahawa  Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Seri Najib Tun Razak yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN), pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur .

Utusan Malaysia memetik Najib sebagai berkata : “ saya sedang berusaha ke arah melaksanakan libralisasi  (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila Bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik ” .

“ Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat perlu diberi perhatian, ”  katanya dalam program 30 minit itu.

Ramai teman yang menghubungi saya menyatakan, sekiranya pemimpin Melayu tidak memulakan percakapan mengenai cadangan menghapuskan unsur-unsur DEB ini, pemimpin MCA tidak akan berani membuka mulut untuk mengeluarkan kata-kata yang menghiris jantung orang Melayu ini.

“ Kita hulurkan titian, mereka tentulah akan meniti ! ” , kata seorang pensyarah dari Universiti Malaya , yang menghubungi saya tentang isu teraebut.

“ Saya yakin dan percaya, Najib berkata demikian , kerana tidak menjangkakan stesyen Tv Bloomberg  dari Amerika Syarikat itu ditonton oleh orang di negara kita  ini ” , kata seorang Ahli Umno di Seri Gombak.

Biasanya isu begini para pemimpin DAP yang menimbulkannya, iaitu ilham dari PAP di Singapura, tetapi kini MCA sudah mula berani berbuat demikian. DAP tentulah tersenyum lebar kegembiraan kerana MCA sudah mengambil alih peranannya !.

Bagaimanapun para pemimpin UMNO tidak harus bercakap perkara yang sebegini, kerana ia seolah-olah memberi dorongan  kepada pihak-pihak yang kurang senang dengan dasar kerajaan untuk melindungi kaum Bumiputera, yang sentiasa menunggu-nunggu  peluang untuk melepaskan kritikan terhadap Kerajaan BN.

Ini ialah kerana , masih terlalu ramai kaum Bumiputera yang berada dalam keadaan miskin tegar dan belum terbela !.

Sehubungan dengan itu saya mendapat berita terbaru, hari ini, di mana Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub telah dengan lantangnya bersuara menyanggah kenyataan Naib Presiden MCA itu dengan mengeluarkan pendiriannya yang tegas , tidak mahu perkara-perkara yang melindungi kaum Bumiputera itu diusik dan dirombak.

Kita bersyukur , Pemuda PAS  telah menunjukkan tanda-tanda ada persamaan antara UMNO dan Pas dalam perkara membela Islam dan Orang Melayu . Kematangan seperti ini telah mengatasi perbedaan pegangan politik  antara kedua-dua pihak . Persamaan fikrah dan prinsip asas ini merupakan fajar baru dalam iklim politik Malaysia, yang diharapkan akan memandu serta mencorakkan  perkembangan baru dalam siasah tanahair kita.             

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack