Saya tertarik dengan komentar Penulis Politik terkenal tanahair Yahaya Ismail mengenai ulasannya tentang propaganda Anwar Ibrahim yang sedang membuat janji2 politiknya untuk menurunkan harga minyak petrol di negara ini kalau sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini. Dakwaan itu, bagi saya, adalah ibarat seorang kekasih yang berjanji kosong untuk memetik bintang-bintang di langit untuk menjadi rantai leher kekasihnya itu, sedangkan perkara itu adalah mustahil..!!!
Saya petikkan tulisan Yahaya Ismail itu untuk tatapan pengunjung Laman Blog saya ini kerana ia mempunyai erti dan makna tersendiri, dengan ihsan Utusan On Line –Pengarang.
KONONNYA Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan di era UMNO, punya pengetahuan ekonomi super hebat. Malangnya amanah yang diberikan Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di waktu itu kepada Anwar untuk merancang kewangan negara berkecai di tengah jalan.
Anwar boleh berkepak dan berkokok bahawa dia dapat menyelamatkan negara jika dipilih menjadi bakal perdana menteri bersemayam di Putrajaya kalau Allah dan rakyat merestuinya. Tapi Allah telah menguji taraf kemampuannya untuk mengatasi ekonomi negara pada tahun 1997-98 bilamana penyangak mata wang, George Soros, memporakperandakan ekonomi berbagai negara di Asia.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Tiga hari lepas saya dan isteri hadiri rumah terbuka seorang rakan sepengajian di Universiti Malaya dulu di Sungai Tua, Selayang..ramai teman-teman se UM yg berada dalam perkhidmatan PTD hadir...kami berbual mesra bercakap kesah dulu dan yang terkini masing-masing...kata mengata, perli memerli sambil makan-makan riuh rendah dengan ketawa..
Saya amat terkejut bila dibisikkan ke telinga bahawa ada 40 orang di kalangan pegawai PTD yang kebanyakannya penyandang Jusa C, B, A dan Pegawai Turus, kini telah berpaling kepada Pembangkang dan besar kemungkinan akan bertanding dalam pilihanraya ke 13 ini atas tiket Pembangkang dipelbagai tempat.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Bukan senang mengusung para petugas media untuk membuat liputan di luar negara khasnya bila mengunjungi negara yang dalam keadaan bergolak dan bermasaalah.
Bagaimanapun kecelakaan sebagaimana yang berlaku kepada Jurukamera Bernama Tv kita itu boleh dielakkan kalau kita ikut peraturan yang telah ditetapkan secara amalan biasa, iaitu mana-mana pihak yang mahu para petugas media berada di negara-negara yang bermasaalah, seperti peperangan, rusuhan kaum, atau berdepan dengan sesuatu tragedi yang dikira merbahaya, hendaklah terlebih dahulu melapurkan diri dengan pihak Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa atau International Commitee Of Red Cross (ICRC) sebaik saja memasuki negara tersebut.
Pihak ICRC nanti akan memberikan taklimat keselamatan kepada pihak Media atrau Press mengenai kawasan berisiko tinggi, kawasan yang selamat dan sesuai dimasuki untuk menbuat liputan, dan ICRC juga ada menyediakan Jeket kalis peluru bila difikirkan perlu untuk media memakainya. Jeket ini mempunyai pengenalan khusus dimana pihak yang bertelagah tidak boleh menembak atau menghalang mereka dari melakukan tugas.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Dua hari lalu Mat Sabu, seperti yang telah saya jangkakan, akan membuat kenyataan seperti itu, sebab itulah syarat yang DAP bagi kepadanya untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. DAP tidak mahu orang yang ada pendidikan agama, Mat Sabu adalah orang yg paling sesuai memenuhi hasrat dan kehendak DAP. Itulah janji Mat Sabu pada DAP untuk menurut semua kehendak DAP sekiranya nama beliau dicadangkan kepada PAS untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. Segala kehendak DAP akan disalurkan melalui mulut Mat Sabu dan ini terbukti apabila DAP berjaya mempengaruhi Mat Sabu untuk menyatakan bahawa hero sebenar Bukit Kepong adalah komunis. Dan sebenarnya semangat dan perjuangan komunis memang sudah lama bertapak dalam DAP. Mat Sabu kini menjadi kuda tunggangan baru DAP apabila Anwar sudah semakin berhadapan dengan masalah moral.
|
|
|
"Mengapa MAS tidak jualkan sahamnya kepada GLC yang kayaraya iaitu
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji (LTH)?"
demikian persoalan yang diajukan oleh seorang teman rapat saya sebagai
reaksi beliau terhadap penjualan saham MAS kepada Air Asia kelmarin.
"MAS adalah sebuah Government Link Company (GLC) yang mewakili
kepentingan rakyat yang dikuasai Kerajaan, tetapi kenapa MAS jualkannya
kepada sebuah syarikat Individu yang pada hal MAS banyak pilihan lain
untuk tidak jatuh ke tangan individu yang langsung tak ada kaitan dengan
kepentingan rakyat negara ini? " kata seorang lagi teman saya , seorang
ahli perniagaan di ibunegara ini.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Kekalahan Malaysia di tangan Singapura untuk melangkah kepusingan ketiga
kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Bukit Jalil kelmarin merupakan
peristiwa "Selamat Tinggal Rajagobal" dari menjadi Ketua Jurulatih
Pasukan Kebangsaan Harimau Malaya.
Rajagobal sudah beroleh 'kemenangan besar' dari segi 'ego' nya yang
tetap mempertahankan keputusan ceteknya, tidak mahu mendengar sebarang
nasihat daripada orang lain, agar Pemain Pertahanan pasukan itu
digantikan dengan para pemain yang lebih mantap, lebih muda dan lebih
bertenaga dari pasukan 'Harimau Muda' negara.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
RAKYAT MELAYSIA MULAI KENAL SIAPA PEMIMPIN PAS
Tidak hairanlah Haji Hadi sebagai YDP/Presiden Pas membuat kesilapan demi kesilapan tentang pendirian partinya dan pendirian peribadi beliau sendiri. Pendirian yang terkini ialah beliau mempertahankan keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang di ketuai oleh Ustaz Azizan, bersetuju dengan desakan DAP agar kerajaan negeri itu menggugurkan keputusannya yang melarang pusat-pusat hiburan negeri itu dari beroperasi di bulan puasa ini.Ini mencerminkan pendirian politik Haji Hadi dan pendirian peribadinya yang sebenar iaitu seperti 'lalang' yang sentiasa terpengaruh dengan tiupan angin. Pendirian peribadi beliau sendiri terpancar melalui ceramahnya dan segala tulisannya dalam buletin parti itu iaitu Harakah dan Risalah.
Sebelum ini pun, kerap beliau tergelincir dari paksi seorang pemimpin Islam, atau seorang yang beriman apabila mengatakan Datuk kepada Baginda Rasulullah SAW Abdul Muttalib, adalah seorang 'Kafir' begitu juga bapa saudara Rasulullah SAW Abu Talib, yang berasaskan pembacaan beliau yang berat sebelah dan berasaskan tulisan beberapa penulis kitab yang memihak kepada Muawiyah dan keturunannya, (yang menentang anak cucu Rasulullah SAW) yang lahir lebih dua ratus tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW.
|
|
Baca lagi...
|
|
Alhamdulillah pagi ini saya makan nasi belauk di Wakaf Tuan Fara P.Puteh cukup berselera. Lebih indah suasana makan pagi itu apabila orang-orang Pasir Puteh masih bercakap mengenai kesan kedatangan Perdana Menteri ke P.Puteh pada 2hb Julai lalu. Dato' Seri Najib disebut-sebut kerana sanggup masuk ke pasar P.Puteh untuk menemui para peniaga,ini adalah peristiwa bersejarah bagi peniaga dalam pasar kerana dilawati oleh pemimpin tertinggi negara.
Selain itu para pemandu teksi juga tak putus-putus berterima kasih kepada PM yang sanggup masuk ke bangsal persatuan mereka yang daif itu dan bersalam dengan semua pemandu teksi P.Puteh serta mendengar masalah yg dihadapi mereka selama ini. Sangat menyentuh hati ialah apabila PM sanggup bertemu dgn setiap bekas pemimpin UMNO P.Puteh yang datang semata-mata untuk menemui PM walaupun ada yang dipapah serta menaiki kerusi roda,tentulah pujian itu pergi kepada Ketua Bahagian UMNO P.Puteh (Cikgu Zawawi Othman) yang telah berjaya mengumpulkan lebih 30 ribu rakyat P.Puteh berkumpul menyambut PM.
Walaupun begitu ada ura-ura pihak pembangkang yang cuba membawa pengkhianat negara yang menganjurkan BERSIH yang amat kotor di KL baru-baru ini untuk mengotorkan P.Puteh ini.
Kononnya untuk membasuh segala kesan baik dari lawatan PM.
Mereka ini ibarat lalat langau yang sering mencari kotoran tak henti-henti.tetapi saya yakin rakyat di P.Puteh lebih matang dari mereka,yang pastinya tidak akan menyokong perbuatan jahat mereka.
Pihak Polis Kelantan hendaklah juga awasi pergerakan yang bakal dicetuskan ini dan mungkin ini boleh mencetuskan keadaan yang boleh mengganggu ketenteraman rakyat di P.Puteh.
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 6 - 13 dari 222 |