A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 27 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini103
mod_vvisit_counterBulan Ini3021
mod_vvisit_counterJumlah495478
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
UCAP SELAMAT HARI LAHIR YANG MENGHARUKAN PDF Cetak Emel

Alhamdulillah..syukur kepada Allah saya masih sihat dan dipanjangkan umur,  diberikan rezki oleh Nya untuk meneruskan perjuangan memenuhi  tanggungjawab sebagai seorang hamba  Allah terhadap Yang Maha Kuasa yang menjadikan kita sekalian daripada tanah dan akan kembali menjadi  tanah semula.

Saya  ingin mengucapkan terima kasih serta mendoakan semoga Allah merahmati  insan berikut ini, kerana saya sangat terharu dan tersentuh sekali menerima ucapan selamat harilahir yang bertalu-talu untuk saya hari ini 12 Januari, dari mereka  yang terdiri dari kawan dan pengunjung  FB dan Laman Blog (www.yazidothman.com), anggota keluarga,  warga Kumpulan Selecta , warga PSS 18 Shah Alam,  teman-teman  seperjuangan samada dari kalangan kaum wartawan, ahli perniagaan , ahli politik dan teman seiring jalan semasa di Kampus Nilam Puri, UM, Kolej/Maktab,  sekolah menengah dan sekolah rendah, kenalan dan jiran di taman-taman perumahan yang pernah  tinggal bersama dan berjiran di Selangor, Johor, Pulau Pinang , Pahang dan Kelantan.

Baca lagi...
 
SYIAH : WAJARKAH PENGIKUT MAZHAB INI DIFITNAH DAN DIPERANGI ? PDF Cetak Emel

Beberapa minggu lalu, media melaporkan,  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggempur Markas Syiah di Gombak, menggeledah  dan menangkap  mereka yang berada disitu.  Media arus perdana mncatatkan kenyataan pihak JAIS melabelkan  mereka itu sebagai  ‘sesat’ dan antara alasan kesesatan mereka itu ialah,  salah seorang dari mereka mempunyai ‘Tatoo’ bertulis ‘Allah’ dilengan mereka.

Bukti kesesatan lain antaranya ajaran Syiah ini ialah:
a-    Terlalu menyanjung Ali Bin Abi Talib (RA),
b-    Tidak mengiktiraf Khulafaurrashidin,

c-    Tidak menghormati  isteri Nabi Muhammad (SAW),
d-    Tidak mengiktiraf sebahagian Hadith Nabi (SAW)

       yang diriwayatkan oleh perawi tertentu
e-    Dan lain-lain lagi seumpamanya.

Baca lagi...
 
HANYA SATU TALIAN HAYAT BUAT ANWAR : KEMBALI KEPADA UMNO PDF Cetak Emel
Hakikatnya kini Anwar Ibrahim sudah terkepung dari segenap penjuru…impiannya yang dibina kira-kira 13 tahun yang lalu untuk menjadi  pemimpin politik tertinggi negara ini telah hancur berkecai, ibarat kaca terhempas ke batu. Harapan yang dibina setinggi gunung itu, kini telah ranap.   Perancangannya untuk terus dijunjung dan disanjung sebagai tokoh utama bagi Pakatan Pembangkang yang memperjuangkan kebebasan dan keadilan,  juga mulai kendur, malap dan tidak  bermaya.

Ini adalah  lantaran sikap angkuhnya yang tidak pernah mahu mengubah kecanduan dan perlakuan nafsu negatifnya, yang  membuatkannya semakin terbelit dan terikat dengan masalah peribadi  yang berpanjangan dan  tidak terselesaikan.
Baca lagi...
 
PAS PERLU SEGERA SERTAI BN KALAU NAK LAKSANAKAN ISLAM PDF Cetak Emel
Pembebasan Tokoh Demokrasi Myanmar atau Burma, Aung San Suu Kyi semalam (yang dikenakan tahanan dalam rumah selama tujuh setengah tahun), menandakan iklim politik  di rantau ASEAN akan berubah ke arah yang lebih positif; kerana lambat laung Aung San Suu Kyi akan memimpin negara Myanmar  ke arah demokrasi sepenuhnya tak lama lagi.

Tentulah usaha pembebasan Suu Kyi itu banyak memakan keringat Malaysia terutamanya peranan yang dimainkan oleh Tan Sri Razali Ismail, bekas Presiden Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah diberikan mandat khas oleh badan dunia itu untuk memainkan peranan ke arah pemulihan demokrasi di Myanmar  secara amnya  dan  dalam usaha pembebasan Suu Kyi khususnya.
Baca lagi...
 
GALAS : PINTU UTAMA BN KUASAI KELANTAN PADA PRU 13 PDF Cetak Emel

 

 razalegh.jpg
 Tengku Razaleigh

 

Berita terakhir  Tv 3 ‘Nightline’ jam 12:00 tengahmalam 1 Oktober 2010 sebentar tadi menyiarkan kenyataan PM Dato’ Sri Najib Tun Razak bahawa Ahli Parlimen Gua Musang ,Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li),  telah menerima dengan gembira perlantikannya, untuk menjadi Pengarah Pilihanraya BN bagi pilihanraya kecil kawasan DUN Galas, berikutan dari kematian Wakil rakyat PAS di kawasan berkenaan, iaitu satu dari tiga DUN di bawah kawasan Parlimen Gua Musang .

“Terpulang kepada beliau samada hendak menamakan orang lain sebagai calon di situ atau beliau sendiri” Tegas PM lagi.

 

 

 

 

 


Baca lagi...
 
PENIAGA MELAYU DIHALAU DARI ALAMANDA ??? PDF Cetak Emel
Alamanda, sebuah kompleks perniagaan terbesar di Bandaraya Pentadbiran
 alamanda.jpg
 Alamanda Putrajaya
Kerajaan Malaysia Putrajaya, diasaskan dan dibina oleh Putrajaya Holdings Bhd (PJHB)  bersama-sama dengan pembinaan bandaraya Putrajaya tersebut . Semasa PJHB mentadbir Alamanda dulu ia banyak sekali memberikan peluang kepada para peniaga Melayu, khususnya pengusaha yang berwibawa.
Bagaimanapun, menurut sumber yang boleh dipercayai menyatakan, sejak dua tahun lepas PJHB telah menyerahkan pentadbiran Alamanda kepada pihak pengurusan Suria KLCC, di mana urutan peristiwa yang menyusahkan mula dilakukan satu demi satu .
Baca lagi...
 
MCA-DAP BERSATU : BATALKAN KERAKYATAN JUS SOLI PDF Cetak Emel
chua.jpg
Dr.Chua Soi Lek 
Hari ini tercipta sejarah baru bagi Kaum Pendatang Cina di Malaysia , sempena 7 Ramadhan , bersamaan 17 Ogos 2010, selepas 7 hari penganut Islam berpuasa,
guan_eng.jpg
Lim Guan Eng  
dengan kebesaran Allah telah menzahirkan hipokrasi dan pembohongan kaum Cina di negara ini, yg selama ini kononnya berpegang kepada  pantang menyentuh atau pantang menyinggung  sensitiviti  dan  perasaan Org Melayu (sebagai tuan di Tanah Melayu ini) sejak  mereka tiba di negara ini sebelum merdeka di bawa masuk oleh Britsh, sejak  Tanah Melayu  (yang diperbesarkan lagi menjadi Malaysia atau Melayu Raya) menjadi  tempat mereka  mencari  makan, rupa-rupanya terbukti kini , mereka tidak lagi boleh berselindung , dengan sengaja mereka mendedahkan  siapa sebenarnya kaum Cina yang ada di bumi Tanah Melayu ini…!!!
Baca lagi...
 
FINAS SEDANG MENGHANCUR & MEMUSNAHKAN PENGUSAHA FILEM MELAYU PDF Cetak Emel
 ln-rais-yatim4.jpg

Dato' Seri Dr. Rais yatim

Berikutan dari penutupan   Studio Jalan Ampas Singapura  pada akhir tahun-tahun 1960an, yang selama ini memenuhi keperluan dua gergasi  filem, Shaw Brothers dan Cathay Kris , para pelakon mereka yang hampir  100% terdiri dari pelakon Melayu telah berpindah ke Kuala Lumpur.  Para pelakon ini terdiri dari Bintang Filem ternama P.Ramlee, Saloma, Jins Shamsuddin,  Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad Mahmood,  A.R.Tompel, Ibrahim Din, Mustafa Maarof, Kuswadi Nata, Aziz Sattar , Ahmad Daud , Saadiah dan ramai lagi.

Berikutan itu terbentuklah Studio Merdeka  di Ulu Kelang . P.Ramlee dan rakan-rakannya mula mengeluarkan filem dari Studio Ulu Kelang ini , bagi menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh Shaw Brothers di Singapura itu. Seperti yang semua orang tahu, mengeluarkan filem bukanlah murah harganya .. .kita (orang-orang yang segenerasi dengan P.Ramli dan rakan-rakan) tahu dan dengar rintihan P.Ramli dan rakan-rakannya ketika itu…memerlukan bantuan modal…modal…modal…

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 41 - 48 dari 222
 
Joomla Templates by Joomlashack