A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 28 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini102
mod_vvisit_counterBulan Ini3020
mod_vvisit_counterJumlah495478
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
PAS DIAMBANG KEHANCURAN, GOLONGAN ULAMA DIKETEPIKAN PDF Cetak Emel
Dalam tulisan saya setengah purnama yang lalu yang bermaksud PAS berada dipersimpangan, samada menuju kehancuran atau menjadi lebih mantap dalam pemilihan kepimpinan mereka kali ini, kini ternyata para perwakilan parti itu telah memilih jalan yang amat bahaya itu , iaitu memberikan kemenangan kepada Mohamad Sabu (Mat Sabu) sebagai Timbalannya .
Oleh kerana jawatan Presidennya tidak dipertandingkan, maka tumpuan ialah jawatan Timbalan Presiden yang dikatakan amat penting, kerana apapun yang akan berlaku kepada Presiden, maka Timbalan lah yang akan tampil memimpin parti itu.
Baca lagi...
 
JAMUAN TEH DIRAJA DI ISTANA NEGARA PDF Cetak Emel
Alhamdulillah..petang tadi saya dan isteri memenuhi jemputan Bhgn Protokol JPM menghadiri Jamuan Teh Diraja di Istana Negara sempena sambutan Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agung ..jemputan kedua dari JPM yang saya hadiri sejak pulih dari cuti sakit ekoran kemalangan jalanraya akhir Mac lalu.
Ramai juga teman-teman dan kenalan dikalangan penerima Pingat dan Darjah Kebesaran Persekutuan menyatakan simpati dan ada yang bertanya soal kemalangan jalanraya yang saya hadapi di sempadan Pahang/Kelantan itu...sungguh payah saya untuk mengingati dan mengulangi cerita yang amat menggerunkan itu..


Baca lagi...
 
DAP PERLU UBAH PENDIRIANNYA SEJAJAR DENGAN PAP SINGAPURA PDF Cetak Emel
Pilihanraya umum Singapura beberapa minggu lalu jelas menunjukkan rakyat Singapura mula bosan dengan dasar 'DIKTATOR' parti PAP dengan memberikan isyarat jelas di mana puluhan ribu, malah ratusan ribu pengundi telah mengundi pembangkang ...sekali gus mengejutkan Lee Kuan Yew iaitu bapa kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kerana tiba-tiba rakyat negara pulau itu secara terang-terangan menentang dasar diktatornya selama ini.
Sebelum ini , iaitu semasa pemerintahan Lee Kuan Yew, tiada sesiapapun yang berani menyuarakan penentangannya terhadap dasar pemerintah di pulau itu, kerana sebarang kritikan yang dibuat walaupun secara jujur untuk kepentingan umum, namun Lee Kuan Yew berpendapat orang yang mengkritik itu adalah musuh kerajaan dan rakyat Singapura...lebih dari itu pengkritik itu dianggap 'pengkhianat' !!

Baca lagi...
 
PAS BERADA DIPERSIMPANGAN ; HIDUP ATAU MATI PDF Cetak Emel
Awal bulan depan Pas akan adakan pemilihan pemimpin. Enam calon bertanding jawatan Timbalan Presiden terdiri daripada penyandang yang ada Nasharuddin Mat Isa, dilawankan dengan Mat Sabu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Ustaz Azizan), Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

 
Baca lagi...
 
1MALAYSIA: PENGERTIANNYA DIPESONGKAN PDF Cetak Emel

Saya nampak para pemimpin tinggi UMNO kita kena terangkan hakikat sebenarnya erti disebalik 1Malaysia kepada kaum keturunan pendatang ke negara ini, kerana saya sendiri banyak kali terdengar cakap-cakap di Kedai Kopi, kononnya pemimpin UMNO takut dengan kempen2 DAP  dimana dihadapan orang Melayu mengatakan 1Malaysia adalah hak mereka dan bila berjumpa kaum bukan Melayu, 1Malaysia ini hak bersama sebagaimana yang dituntut oleh kaum bukan Melayu.

Saya  yakin dan percaya Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak sangat berwibawa terutama dikalangan bangsa Melayu dan mudah menerangkan, agar mereka tidak salah faham kononnya pucuk pimpinan UMNO sekarang telah terima 'Konsep Malaysian Malaysia'  yang dijaja oleh DAP yang berasal dari Lee Kuan Yew (yang menyebabkan Perdana Memteri masa itu, Tunku Abdul Rahman Putera keluarkan Singapura dari Persekutuan Malaysia) .

 Dibawah komsep ini, Lee Kuan Yew menuntut samarata kepada semua kaum yang tinggal di negara ini, tidak ada beza antara hak-hak asasi penduduk asal negeri ini, Bangsa Melayu/Bumiputera dengan kaum keturunan pendatang di negara ini; selagi ini tidak jelas, kita akan hilang sokongan bangsa Melayu sendiri terhadap UMNO/BN...sedangkan kaum bukan Melayu amat jarang sekali mengundi calon BN .

Sebab itu kita nampak dikawasan majoriti kaum bukan Melayu calon BN akan kalah, walaupun calon itu diletak dari kalangan kaum mereka sendiri...sebaliknya dikawasan majoriti pengundi bangsa melayu, calon BN dari kaum bukan melayu, boleh menang...!
 

Nah...disini siapakah yang mengamalkan perkauman??? Bahkan DAP dengan bangganya telah bercakap dan berceramah dimana-mana, termasuk dalam pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini , bahawa Malaysia kini telah mengamalkan Konsep Malaysian Malaysia...tetapi belum cukup baik lagi kerana masih ada Raja-Raja Melayu atau Sultan, khususnya SPB Yang Dipertuan Agung.
 DAP,PKR dan PAS memang sering memutarbelitkan konon tuntutan mereka Malaysian Malaysia (ajaran Lee Kuan Yew) agar sesiapa yang layak dia dapat, dalam semua bidang, seperti pelajaran, peluang perniagaan peluang jadi Menteri dan Perdana Menteri..
 

Tetapi kita hairan mengapa anak Melayu yang pintar di Singapura tak dapat tempat dalam kerajaan Singapura? Berapa orang ada menteri Melayu di Singapura? adake ? ..kalau adapun kerani rendah, pembantu pejabat, buruh am, posman , prebet polis , prebet tentera ;tak pernah ada yang berpangkat tinggi walaupun ada kelayakan pelajaran setinggi manapun..DIMANAKAH DASAR MERITOKRASI Lee Kuan Yew yang dituntut semasa dalam malaysia dulu...dan mengapa tidak diamalkan di Singapura bila awak memerintah sendiri?
 

Hati-hati Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng murid bimbingan Lee Kuan yew (Saya ada sumber maklumat dan bukti Lim Guan Eng berulang alek ke Singapura setiap hujung minggu ) akan melaksanakan bagaimana melenyapkan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang buat selama-lamanya..!
 Hati-hatilah para pengundi bangsaku, andainya tersalah tangan memangkah seumur hidup negeri Melayu Temasik itu terlepas dari tangan kita..dan lihatlah pula Pulau Mutiara juga amat sulit untuk diambil balik dari tangan mereka ke tangan kita semula..!

 
PENULIS FB & PASANGAN DATANG ZIARAH: RIBUAN TERIMA KASIH PDF Cetak Emel

Terimakasih Sdri Fadliza Mn dan suami yang sudi datang ke kediaman kami di Puncak Seri Gombak petang hari ini dengan membawa buah tangan berupa produk perniagaannya 'Kopi KABA' iaitu biji kopi asli dicampurkan dengan pokok herba yang berkhasiat tinggi Kancing Baju, yang lazat ...Rasanya sungguh lega kesakitan saya yang berbaki ini, bila meminum kopi ini panas-panas..!

Fadliza MN ini adalah anak perempuan Encik Mohammad Nor Tendung Pasir Mas , yang dikenali dengan panggilan 'Abe Nor',seorang pakar herba yang tidak ada pelajaran tinggi, tetapi kerap menjadi Pensyarah Undangan di Pusat-Pusat Pengajian tinggi dalam bidang pokok-pokok hutan dan tanaman herba.

Baca lagi...
 
"MELAYU MEMANG BABI" : GANTUNG SAMPAI MATI PUN MASIH RINGAN LAGI PENULIS JAHAT INI PDF Cetak Emel

Saya amat kesal dengan Kenyataan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Assisten Komisioner Zulkifli Alias mengenai laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, mengenai laman sosial facebook menggunakan "Melayu Memang Babi" , kerana ia HANYA SEKADAR akan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Saya tidak setuju ia disiasat dibawah seksyen 500 kanun keseksaan kerana memfitnah, sedangkan ia 100 kali ganda lebih jelas berniat jahat dari memfitnah, tetapi menghina Raja-Raja Melayu serta seluruh bangsa Melayu serta membakar semangat perkauman dan saya nampak semacam penyiasat ini tidak ada perasaan bertanggungjawab.

Baca lagi...
 
AIMI JAR DALAM KENANGAN PDF Cetak Emel

Kira-kira 30 minit lalu isteri  menalefon saya dari mahkamah Shah Alam. Saya menjadi ‘mamai’ kata orang utara, kerana telefon berdering di sebelah katil .Saya baru saja mengambil ubat tahan bengkak dan tahan sakit baru nak melelapkan mata selepas melakukan senaman ringan dengan menggunting dahan-dahan anggur, hempedu bumi, misai kucing dan beberapa pokok herba lagi yang kami tanam disekeliling pagar rumah …itu arahan doktor agar peluh keluar setiap hari.

“Aimi Jar dah meninggal bang” kata isteri saya pendek. “inna-lilla-hi wa-inna ilaihi ra-ji-un” kawabku. Fikiran saya segera melayang ke akhir tahun 70an dimana saya mula direkrutkan oleh Kumpulan Akhbar Utusan Melayu menjadi ‘Wartawan Kedet’ . Di Jabatan Pengarang Utusan di Chan Sow Lin masa itu, Aimi Jar adalah antara ‘ orang lama’  yang bergaya dalam semua hal; pakaian, gaya rambutnya yang menutup separuh dahi, cara bercakap dengan pelat Singapuranya, kata teman-teman Utusan, dia  sangat berbangga dengan diri sendiri, tetapi hanya kelihatan saja begitu, manakala kelebihannya pula ialah, dia tidak cepat tersinggung atau marah jika diperli atau diusik oleh teman-teman sebayanya, seperti Zahari Affandi, Ahmad Idris (ABI) Maimunah Yusoff, Rosminah Ahmad (sekadar contoh dua tiga nama) dll. Dia senang ketawa.-.terutama bila diperli sering menjadi ‘pelakon pak pacak’ dalam filem-filem P.Ramli..!

Nama sebenarnya Omar Bin Puteh (kata orang nama samaran Aimi Jarr itu diberikan oleh P.Ramli sendiri) berasal dari Terengganu, tetapi saya fikir dia tinggal di Singapura dari sejak kecil lagi , kerana cakap pelat Terengganunya langsung tak ada. Aimi jar terkenal dengan jolokan ‘kawan P.Ramli’ memang dia bergaul rapat bukan saja dengan P.Ramli dan Saloma, tetapi semua bintang filem di Jalan Ampas Singapura. Oleh itu Aimi Jarlah orang yang sering mendapat cerita-cerita terbaru mengenai kegiatan perfileman P.Ramli untuk ditulis kerana beliau adalah seorang wartawan.

Apabila Studio filem di Jalan Ampas Singapura ditutup (kalau tak silap awal 70an) ramai para seniman khususnya bintang-bintang filem terkenal menurut jejak P.Ramli berpindah balik ke Kuala Lumpur, dan Aimi Jarr tidak ketinggalan  juga. Saya masih ingat turut meraikan persaraannya dari Utusan lebih kurang  20 tahun dulu, dengan beberapa teman rapat beliau.
Di Kuala Lumpur, Aimi Jar pernah menulis buku mengenai P.Ramli. Malahan sesiapa juga yang hendak menulis apa saja tulisan yang bersangkutan dengan P.Ramli, mereka jadikan Aimi Jarr sebagai rujukan.Tulisan ringkas saya ini mengharapkan tokok tambah dari teman-teman yang rapat dengan Aimi Jar sendiri.

Sejak akhir-akhir ini saya jarang berjumpa Aimi Jar, Cuma yang sering saya nampak beliau banyak muncul memegang watak –watak yang sesuai dengannya dalam filem-filem Datuk Yusoff Haslam dan lain-lain……Alfatihah.
 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 31 - 38 dari 222
 
Joomla Templates by Joomlashack