|
RUSUHAN : CEGAH SEBELUM PARAH
Tarikh 5 Jun 2011 lalu saya menulis dengan tajuk " HUBAYA-HUBAYA
PERTANDA BURUK DALAM PAS" dan kini telah mula zahir tanda-tanda buruk
itu. Pada 9 Julai 2011 ini pihak pembangkang menyeru rakyat untuk keluar
berhimpun di jalanan di ibukota Kuala Lumpur menunjukkan bantahan
terhadap pihak berkuasa. Pihak yang menyokong Kerajaan pula akan keluar
menunjukkan sokongan kepada pihak berkuasa...maka akan bertembung dan
berlakulah huruhara..!
Dikesempatan inilah segala hirukpikuk akan dibuat...tayar kenderaan
akan dibakar…polis akan di baling...bangunan akan dilontar dengan bom
minyak dan pelbagai lagi yang boleh menggambarkan Malaysia sudah
huruhara macam di Mesir dan Libya....media asing khasnya CNN,BBC,SNBC
dan lain-lain akan segera membuat laporan ke seluruh dunia...pemimpin
pembangkang akan ditemuramah...yang cukup membuktikan bahawa Malaysia
sudah huruhara rakyat merusuh mendesak kerajaan yang ada meletak
jawatan...!
|
|
Baca lagi...
|
|
|
TANDATANYA PILIHAN HAJI HADI TERJAWAB
Sebelum ini saya puas mencari punca dan sabab musabbab mengapa Presiden
Pas Dato' Abdul Hadi Awang (Haji Hadi) begitu gembira bila Mat Sabu
memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas Pusat dalam muktamar agung parti
itu minggu lalu.
Rupa-rupanya ada segolongan penyokong Pas telah membuat provokasi
kononnya Haji Hadi akan jadi Perdana Menteri, jika pembangkang menang
dalam pilihanraya umum akan datang (PRU 13) . Selain dari segolongan
ahli Pas yang membuat provokasi itu, tentulah Lim Kit Siang yang sering
kelihatan amat rapat dan mesra dengan Haji Hadi itu telah membisikkan
sesuatu kepada Presiden Pas itu , bahawa sekiranya pembangkang menang,
beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri...!
Hal ini berkebetulan pula, Penasihat PAP (parti yang memerintah
Singapura) Lee Kuan Yew telah berjaya mempengaruhi Murshidul Am Pas yang
juga Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang
kelihatan berpeluk mesra antara satu sama lain dalam kunjungan Lee Kuan
Yew ke Kota Bharu baru-baru ini.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
PARTI KEBAJIKAN SEMALAYSIA (PAKES)
Sempena pengguguran perkataan 'Islam' dalam perjuangan PAS oleh
Presidennya Dato' Abdul Hadi Awang dalam mukatamar agung parti itu
minggu lalu, dan digantikan dengan perkataan 'Kebajikan' demi mengambil
hati rakan seperjuangannya DAP, maka eloklah parti itu menukar perkataan
PAS dengan PAKES iaitu Parti Kebajikan Semalaysia.
Abdul Hadi dengan terang-terang menjelaskan pendiriannya dalam muktamar
agung parti itu, (yang dihadiri oleh pemimpin utama DAP Lim Kit Siang)
bermaksud, perjuangan menegakkan Islam, menubuhkan Negara Islam,
mengamalkan carahidup Islam sudahpun diganti dengan perkataan
'Kebajikan'.
|
|
Baca lagi...
|
|
KUALA LUMPUR 5 Jun – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyelar lidah rasmi parti itu, Harakah, kerana didakwa cuba melagakan beliau dengan Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang.
Azizan bertindak demikian kerana berang dengan laporan Harakah kononnya beliau tidak menghormati Abdul Hadi dalam isu tindakan tatatertib ke atas pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin), di Kedah.
Kontroversi itu mula timbul apabila kenyataan beliau yang juga Menteri Besar Kedah bahawa Abdul Hadi tiada locus standi untuk campur tangan dalam isu Kuin ditafsirkan sebagai biadab oleh Harakah.
“Wartawan Harakah yang tulis itu faham tak apa itu locus standi? Wakil Perlis (perwakilan Perlis yang bangkitkan isu itu) pun faham ke tidak maksud locus standi.
“Locus standi ini maksudnya keupayaan untuk bertindak dalam konteks undang-undang dan dalam kes Kuin ini hanya pengurusan kolej sahaja yang ada locus standi.
“Bukan pihak lain termasuk tuan guru (Abdul Hadi),” katanya semasa diberi slot khas untuk menjelaskan kontroversi tersebut semasa Muktamar Tahunan Pas Ke-57, di sini hari ini.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
FAIL-FAIL HUTANG DI BANK TELAH DIJUAL ?
Berita yang sangat menyayat hati diterima dari teman lama saya di Utusan
Melayu menyatakan, ada sebuah bank tempatan sekarang ini telah
menjualkan fail-fail hutang pelanggannya kepada satu syarikat lain
supaya bank tersebut kelihatan bersih tanpa dibebani banyak hutang bagi
mengelakkan kadar NPL ( hutang pinjaman yang tertonggak) nya menjadi
tinggi dimata Bank Negara.
Akibatnya syarikat yang membeli fail-fail hutang itu bertindak sesuka
hati terhadap pelanggan lama bank tersebut. Ada yang melelong rumah
banglo besar dengan harga jauh lebih rendah dari harga pasaran, dan
bakinya dituntut dari peminjam dengan secara tidak berperikemanusiaan,
termasuk membengkrapkan mereka dengan begitu mudah...
|
|
Baca lagi...
|
|
Dalam tulisan saya setengah purnama yang lalu yang bermaksud PAS berada
dipersimpangan, samada menuju kehancuran atau menjadi lebih mantap dalam
pemilihan kepimpinan mereka kali ini, kini ternyata para perwakilan
parti itu telah memilih jalan yang amat bahaya itu , iaitu memberikan
kemenangan kepada Mohamad Sabu (Mat Sabu) sebagai Timbalannya .
Oleh kerana jawatan Presidennya tidak dipertandingkan, maka tumpuan
ialah jawatan Timbalan Presiden yang dikatakan amat penting, kerana
apapun yang akan berlaku kepada Presiden, maka Timbalan lah yang akan
tampil memimpin parti itu.
|
|
Baca lagi...
|
|
Alhamdulillah..petang tadi saya dan isteri memenuhi jemputan Bhgn Protokol JPM menghadiri Jamuan Teh Diraja di Istana Negara sempena sambutan Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agung ..jemputan kedua dari JPM yang saya hadiri sejak pulih dari cuti sakit ekoran kemalangan jalanraya akhir Mac lalu.
Ramai juga teman-teman dan kenalan dikalangan penerima Pingat dan Darjah
Kebesaran Persekutuan menyatakan simpati dan ada yang bertanya soal
kemalangan jalanraya yang saya hadapi di sempadan Pahang/Kelantan
itu...sungguh payah saya untuk mengingati dan mengulangi cerita yang
amat menggerunkan itu..
|
|
Baca lagi...
|
|
Pilihanraya umum Singapura beberapa minggu lalu jelas menunjukkan rakyat Singapura mula bosan dengan dasar 'DIKTATOR' parti PAP dengan memberikan isyarat jelas di mana puluhan ribu, malah ratusan ribu pengundi telah mengundi pembangkang ...sekali gus mengejutkan Lee Kuan Yew iaitu bapa kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kerana tiba-tiba rakyat negara pulau itu secara terang-terangan menentang dasar diktatornya selama ini.
Sebelum ini , iaitu semasa pemerintahan Lee Kuan Yew, tiada sesiapapun yang berani menyuarakan penentangannya terhadap dasar pemerintah di pulau itu, kerana sebarang kritikan yang dibuat walaupun secara jujur untuk kepentingan umum, namun Lee Kuan Yew berpendapat orang yang mengkritik itu adalah musuh kerajaan dan rakyat Singapura...lebih dari itu pengkritik itu dianggap 'pengkhianat' !!
|
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 26 - 33 dari 222 |