PAS yang kehilangan arah sejak bergabung dengan DAP telah menjadi buta dan teraba-raba ke kiri,ke kanan dan kini telah tiba di jalan mati.
Dato’ Seri Haji Hadi Awang telah melepaskan kepimpinannya kepada orang nombor duanya Mat Sabu buat keputusan berhubung isu perhimpunan Haram[BERSIH].
Mat Sabu hari ini 3Julai 2011 telah isytiharkan akan sertai BERSIH.
Inilah agenda terakhir PAS setelah terperangkap dengan DAP dalam Pakatan Pembangkang.
Hj Hadi tahu bila PAS membuang perkataan ISLAM pada nama partinya,PAS akan hilang arah dan dibenci oleh para penyokongnya.
Hj Hadi membuat perjudian terakhir dengan memilih Mat Sabu menjadi timbalannya,ibarat 'untung sabut timbul,untung batu tenggelam' iaitu mengajak rakyat di negara ini membuat huru-hara dan Mat Sabu menjadi kepalanya.
Inilah senjata terakhir PAS.Kalau rakyat menyambut ajakan ini PAS hidup dan kalau tidak ada maka PAS akan mati.
Hari ini Mat Sabu isytihar PAS sertai BERSIH dan mengarahkan rakyat menyertainya.
Jalan sudah mati bagi PAS.Selamat Tinggal PAS.!Modal Mat Sabu dan harapan terakhirnya agar beliau ditangkap untuk mencipta nama sebagai 'Hero Rakyat' kononnya.
Terjawab sudah insan yang jahil [sprti Mat Sabu] dipilih menjadi pemimpim utama PAS,rupanya PAS mahu Mat Sabu cetuskan huru-hara yang dijangka boleh menarik minat orang terhadap PAS yg sudah sesat dihujung jalan sekarang
|
|
|
Kepada mereka yang tidak berbangga dengan bangsa sendiri kerana kepentingan-kepentingan tertentu dengan bangsa lain, maka di sini saya perturunkan pendapat tokoh berwibawa di negara ini , Prof. Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid , mengenai kebanggaannya menjadi Orang Melayu, kerana sejarah Bangsa Melayu itu sendiri amat tinggi nilainya – Pengarang.
BARU-BARU ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membukukan kertas kerja siri Syarahan Raja Ali Haji bertajuk Pantun dan Kebijaksanaan Akan Budi Melayu tulisan Profesor Diraja Ungku Aziz. Buku 58 halaman itu menyingkapkan tentang pantun Melayu mengenai tema “pedagang”.
Ungku Aziz kini telah mengumpul lebih 16,000 pantun Melayu lama pelbagai tema dan akan diterbitkan pada awal tahun depan. Uniknya ahli ekonomi dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini kerana mempunyai minat mendalam dalam seni dan budaya.
Di ruang tamu kediamannya di Petaling Jaya, banyak lukisan pelukis terkenal tempatan, ada yang digantung dan banyak juga yang disusun di lantar.
Ungku Aziz menganggap sastera rakyat iaitu pantun mempunyai keunikan dan lebih 500 tahun lebih awal daripada karya William Shakespeare. Kebijaksanaan dan pemikiran Melayu dipancarkan dalam pantun. Beliau menemui kehebatan orang Melayu berdagang sebelum kedatangan penjajah daripada pantun-pantun yang dikumpul.
Dalam wawancara kali ini Ungku Aziz bercakap mengenai hubungan pantun dengan sikap serta kecemerlangan orang Melayu dulu serta membandingkan dengan sesetengah kalangan Melayu masa kini yang lebih memburu kebendaan.
“Bagi saya pantun menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti orang Melayu ketika itu. Ini membuktikan keupayaan orang Melayu jauh lebih baik dari sekarang,” kata Ungku Aziz ketika diwawancara wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID di kediamannya Rabu lalu.
|
|
Baca lagi...
|
|
PANGGIL KURSUS DALAMAN..KENAKAN BAYARAN !
Para peniaga stesyen minyak Petronas, terutama yang mengenali saya,
menghubungi saya sejak beberapa hari lepas hingga kehari ini, meluahkan
rasa kesal mereka, bahawa kini musim Petronas memanggil para peniaga
stesyen minyak mereka untuk berkursus sehari secara bergilir-gilir
mengikut kawasan, utara, tengah, selatan, Sabah dan Sarawak.
Kursus sehari itu adalah untuk memberikan taklimat mengenai keselamatan
di stesyan-stesyen minyak oleh pihak polis, dan mengenai peraturan
penggunaan biodiesel yang kandungannya adalah 5% dari minyak Kelapa
Sawit yang mesra alam, yang akan dikuatkuasakan berperingkat-peringkat
dinegara ini.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
SEGALA MAKLUMAT PERIBADI TIDAK LAGI RAHSIA
Mudahnya buat duit...baca halaman iklan dalam pelbagai akhbar setiap
hari di ruangan tuntutan hutang oleh pihak syarikat pemberi hutang
kepada si yang berhutang, baca pula keputusan mahkamah memufliskan
(membankrapkan) seseorang atas tuntutan bank-bank perdagangan,
pemaju-pemaju perumahan dan syarikat-syarikat kewangan, gunting
iklan-iklan tersebut, kumpul banyak-banyak, masukkan segala data dalam
komputer mereka dan jualkan dengan harga yang lumayan kepada pelanggan
yang menunggu termasuk bank-bank perdagangan, institusi-institusi
kewangan dan lain-lain...!
Kumpulan yang pandai buat duit ini menggunakan sebuah Syarikat
Sendirian Berhad, yang berrdaftar dengan Pendaftar Syarikat, di bawah
Kementerian Koperasi, Kepenggunaan & Perdagangan Dalam Negeri
(KKPDN) beroperasi di Ibunegara Kuala Lumpur, tidak jauh dari Menara
Kembar Petronas kebanggaan rakyat Malaysia itu, iaitu menara kembar yang
tertinggi di dunia . Segala iklan yang keluar di akhbar-akhbar itu siap
diberikan semua maklumat peribadi si yang berhutang, termasuk alamat
penuh dan nombor Kad Pengenalan ; maka mudahlah para pengumpul iklan itu
untuk menjualkan maklumat tersebut kepada bank-bank perdagangan kerana
maklumatnya lengkap !
|
|
Baca lagi...
|
|
|
SAYA TAK FIKIR ADA PERBUATAN RASUAH.......
Saya menerima pertanyaan bertalu-talu oleh rakan dan kenalan serta
teman-teman rapat saya meminta buat ulasan kekalahan Kelantan dalam
Piala FA di Bukit Jalil Sabtu lalu, samada melalui FB atau Laman Blog
saya .
Ada yang mengatakan " Datuk, kerana Tan Sri Anwar Musa itu saudara u
kah u tak ulas kekalahan Kelantan.." , ada pula yang berkata " DY, Bos
Kelantan memang kaki judi ..tak hairan pemain-pemain handalan Kelantan
tak sumbat gol Terengganu…kenapa tak komen? " (saya tak dapat agak siapa
bos Kelantan yang dimaksudkan itu, dari Kafa kah, Jurulatih kah, atau
Ketua Pasukan kah, atau siapa kah) .
Ada pula seorang wanita dari bekas tempat kerja lama saya, yang juga
dari keturunan 'Syed' dari Utara berkata " Datuk, saya dah agak dah
Kelantan akan kalah...kerana memang sudah diatur, selepas Kelantan
menang 3-0 dengan Terengganu sebelum itu.." dan macam-macam lagi.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
RUSUHAN : CEGAH SEBELUM PARAH
Tarikh 5 Jun 2011 lalu saya menulis dengan tajuk " HUBAYA-HUBAYA
PERTANDA BURUK DALAM PAS" dan kini telah mula zahir tanda-tanda buruk
itu. Pada 9 Julai 2011 ini pihak pembangkang menyeru rakyat untuk keluar
berhimpun di jalanan di ibukota Kuala Lumpur menunjukkan bantahan
terhadap pihak berkuasa. Pihak yang menyokong Kerajaan pula akan keluar
menunjukkan sokongan kepada pihak berkuasa...maka akan bertembung dan
berlakulah huruhara..!
Dikesempatan inilah segala hirukpikuk akan dibuat...tayar kenderaan
akan dibakar…polis akan di baling...bangunan akan dilontar dengan bom
minyak dan pelbagai lagi yang boleh menggambarkan Malaysia sudah
huruhara macam di Mesir dan Libya....media asing khasnya CNN,BBC,SNBC
dan lain-lain akan segera membuat laporan ke seluruh dunia...pemimpin
pembangkang akan ditemuramah...yang cukup membuktikan bahawa Malaysia
sudah huruhara rakyat merusuh mendesak kerajaan yang ada meletak
jawatan...!
|
|
Baca lagi...
|
|
|
TANDATANYA PILIHAN HAJI HADI TERJAWAB
Sebelum ini saya puas mencari punca dan sabab musabbab mengapa Presiden
Pas Dato' Abdul Hadi Awang (Haji Hadi) begitu gembira bila Mat Sabu
memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas Pusat dalam muktamar agung parti
itu minggu lalu.
Rupa-rupanya ada segolongan penyokong Pas telah membuat provokasi
kononnya Haji Hadi akan jadi Perdana Menteri, jika pembangkang menang
dalam pilihanraya umum akan datang (PRU 13) . Selain dari segolongan
ahli Pas yang membuat provokasi itu, tentulah Lim Kit Siang yang sering
kelihatan amat rapat dan mesra dengan Haji Hadi itu telah membisikkan
sesuatu kepada Presiden Pas itu , bahawa sekiranya pembangkang menang,
beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri...!
Hal ini berkebetulan pula, Penasihat PAP (parti yang memerintah
Singapura) Lee Kuan Yew telah berjaya mempengaruhi Murshidul Am Pas yang
juga Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang
kelihatan berpeluk mesra antara satu sama lain dalam kunjungan Lee Kuan
Yew ke Kota Bharu baru-baru ini.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
PARTI KEBAJIKAN SEMALAYSIA (PAKES)
Sempena pengguguran perkataan 'Islam' dalam perjuangan PAS oleh
Presidennya Dato' Abdul Hadi Awang dalam mukatamar agung parti itu
minggu lalu, dan digantikan dengan perkataan 'Kebajikan' demi mengambil
hati rakan seperjuangannya DAP, maka eloklah parti itu menukar perkataan
PAS dengan PAKES iaitu Parti Kebajikan Semalaysia.
Abdul Hadi dengan terang-terang menjelaskan pendiriannya dalam muktamar
agung parti itu, (yang dihadiri oleh pemimpin utama DAP Lim Kit Siang)
bermaksud, perjuangan menegakkan Islam, menubuhkan Negara Islam,
mengamalkan carahidup Islam sudahpun diganti dengan perkataan
'Kebajikan'.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 21 - 28 dari 222 |