|
KELEMAHAN POLIS BERFUNGSI PUNCA PERUSUH BERHIMPUN
Polis sepatutnya tidak membenarkan langsung para perusuh itu berhimpun lebih dari lima orang . Polis sepatutnya tidak membenarkan mana-mana kenderaan masuk ke Pusat Bandaraya kecuali mereka yang mempunyai bukti tinggal dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur.
Saya banyak kali menyuarakan perkara ini dalam tulisan-tulisan yang lalu. Para pemimpin pengganas ini perlu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah serta merta semasa mereka sedang membuat kerahan sebelum ini. Para petugas cawangan khas kita pasti tahu pergerakan mereka, tetapi tidak ada tindakan diambil.
Saya tidak nampak apakah motif pihak Keselamatan dan Ketenteraman Awam pasukan Polis tidak memandang perkara ini penting dihalang sedari awal lagi..Tidakkah bila api telah marak menyala amat sukar nak dipadamkan…jangan pandang ringan kepada pengkhianat…mereka telah diberikan cukup upah !!!
|
|
Baca lagi...
|
|
|
JANGAN BIARKAN ORANG BUKAN MELAYU BERCAKAP SOAL GLC
Orang Melayu sudah tunjukkan perpaduan mempertahankan Kerajaan Persekutuan dalam isu perhimpunan haram yang dirancangkan oleh pengkhianat negara Ambiga dan pembantu-pembantunya Mat Sabu dan Pemimpin DAP dan PKR ; dengan keseluruhannya membuat bantahan cadangan tersebut secara menyeluruh, yang akhirnya kelihatan mereka dah mula berlembut.
Tetapi kerajaan pada masa yang sama janganlah cuba menyakiti hati orang Melayu dengan kenyataan-kenyataan yang menghiris perasaan mereka..!
Belum lagi soal kerahan demonstrasi jalanan anjuran pengkhianat-pengkhianat di atas dapat diatasi sepenuhnya, seorang Menteri Pusat, Dato Seri Idris Jalal mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan pegangan kerajaan ke atas syarikat-syarikat GLC . Semua orang tahu melalui syarikat GLC inilah peluang kerajaan menolong orang-orang Melayu mendapat bantuan kerajaan khususnya dalam bidang perniagaan,setelah Kementerian Pembangunan Usahawan yang membantu orang-orang Melayu berniaga sebelum ini dihapuskan.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Ketua Pengkhianat Negara AMBIGA dan sekutu-sekutunya MAT SABU dan SUA DAP telah menukar taktik mengadakan perhimpunan dalam stadium, ekoran tekanan dari pihak rakyat jelata negara ini dan SPB Yang Dipertuan Agung...jangan lupa taktik ini hanya buat sementara kerana mereka terperangkap..!
Pihak polis mestilah segera menyiasat kerja-kerja pengkhianatan mereka sampai ke akar umbi; seperti siapa dalang yang memberikan bantuan dan batu api untuk mengadakan keadaan huruhara dalam negara ini dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini.
Janganlah pihak berkuasa percayakan mereka..jangan sekali-kali seribu kali jangan ! ibarat harimau yang terperangkap mencari jalan untuk melepaskan diri, yang kelihatan ia takut kepada orang-orang kelilingnya dan ia berlari berputar-putar dengan keadaan takut dalam sangkar perangkapnya…tetapi bila saja ia terlepas dari perangkap itu dan kembali ke hutan...ia akan menerkam dan membunuh satu demi satu sasarannya tanpa kasihan belas.
Bawa segera mereka ke mahkamah bagi mengadili jumlah kejahatan penderhakaan mereka kepada bangsa, Raja dan Negara ini...nilailah berapa banyak sudah kesan perbuatan mereka dan kuman atau virus yang disemaikan kepada rakyat negara ini untuk bangun menentang kerajaan secara rusuhan rakyat...!
Seandainya pihak berkuasa alpa dan lalai, kemusnahanlah jawapannya kepada negara ini kerana mereka ini tidak akan berdiam diri…mereka merasa seronok nama mereka disebut-sebut oleh sesiapapun juga, malah inilah cara para pengkhianat membina nama...peristiwa mengadakan demonstrasi dalam stadium juga satu kemenangan bagi mereka setelah diperkenan oleh SPB Yang Dipertuan Agung menerima mereka mengadap...padahal tiada logiknya pengkhianat negara dibenarkan mengadap Raja yang begitu mulia.
Saya tidak tahu pihak protokol Istana Negara asaskan atas sebab apakah sehingga membenarkan mereka mengadap...dimana mereka hanya layak menemui dan memberikan penjelasan kepada pihak Keselamatan Dalam Negeri dan berikan penjelasan secara lanjut apakah tujuan sebenar mereka dan apakah yang mereka akan lakukan selanjutnya untuk tidak menimbulkan kegelisahan lagi dalam negara ini pada masa depan..!
|
|
|
MENGAPA PIHAK KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM SUKAR FAHAM?
----------------------------------------------------------------------------------------------
Ketua Pencetus Huruhara negara ini ANWAR IBRAHIM, AMBIGA, MAT SABU dan PEMIMPIN DAP semakin hari semakin galak mengerahkan rakyat negara ini menyertai perhimpunan haram menentang Kerajaan Demokrasi yang dipilih oleh rakyat negara ini pada tahun 2008 lalu, dengan bertopengkan isu tuntutan pilihanraya 'Bersih'.
Anwar Ibrahim dan DAP menggunakan teknik 'Baling Batu Sembunyi Tangan' , manakala Ambiga dan Mat Sabu secara lantang melakukan kerahan untuk rakyat bangun memberontak yang telah lama dimulakan.
Semalam DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Raja dan pemerintah tertinggi negara Malaysia telah bertitah dengan nada dukacita terhadap para pengkhianat negara, yang mencuba menghuruharakan negara ini supaya tidak berbuat demikian...dan sebelum itu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ,Perdana Menteri Malaysia telah berkali-kali menyatakan dukacita terhadap perbuatan para pengkhianat tersebut yang cuba mencetuskan huruhara dalam negara ini.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
LEBIH MURAH TANGKAP PENGKHIANAT DARIPADA MEMBAIKI KEMUSNAHAN
Adalah lebih murah pihak berkuasa mengeluarkan belanja untuk menangkap Pengkhianat Negara AMBIGA, SUA DAP dan MAT SABU serta merta sekarang, daripada Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang amat besar membaiki kemusnahan harta benda akibat daripada rusuhan yang bakal ditimbulkan oleh para pengikut pengkhianat-pengkhianat diatas...!!!
Tidak ada alasan lain lagi bagi pihak berkuasa Keselamatan Negara untuk berrlengah dari bertindak...lebih lama ditunggu lebih banyak kemusnahan pemikiran rakyat negara ini berlaku dan lebih banyak imej negara dimata dunia akan rosak...
Bolehkah kita tunggu dan lihat begitu sahaja bila melihat api kebakaran mula marak menyala dalam rumah kita ? bagi saya adalah bodoh kalau kita hanya berdiam diri melihat api membakar satu demi satu peralatan dalam rumah kita padahal ditangan kita ada air yang cukup, ada pemadam yang cukup, untuk memadamkan api tersebut ..!
|
|
PAS yang kehilangan arah sejak bergabung dengan DAP telah menjadi buta dan teraba-raba ke kiri,ke kanan dan kini telah tiba di jalan mati.
Dato’ Seri Haji Hadi Awang telah melepaskan kepimpinannya kepada orang nombor duanya Mat Sabu buat keputusan berhubung isu perhimpunan Haram[BERSIH].
Mat Sabu hari ini 3Julai 2011 telah isytiharkan akan sertai BERSIH.
Inilah agenda terakhir PAS setelah terperangkap dengan DAP dalam Pakatan Pembangkang.
Hj Hadi tahu bila PAS membuang perkataan ISLAM pada nama partinya,PAS akan hilang arah dan dibenci oleh para penyokongnya.
Hj Hadi membuat perjudian terakhir dengan memilih Mat Sabu menjadi timbalannya,ibarat 'untung sabut timbul,untung batu tenggelam' iaitu mengajak rakyat di negara ini membuat huru-hara dan Mat Sabu menjadi kepalanya.
Inilah senjata terakhir PAS.Kalau rakyat menyambut ajakan ini PAS hidup dan kalau tidak ada maka PAS akan mati.
Hari ini Mat Sabu isytihar PAS sertai BERSIH dan mengarahkan rakyat menyertainya.
Jalan sudah mati bagi PAS.Selamat Tinggal PAS.!Modal Mat Sabu dan harapan terakhirnya agar beliau ditangkap untuk mencipta nama sebagai 'Hero Rakyat' kononnya.
Terjawab sudah insan yang jahil [sprti Mat Sabu] dipilih menjadi pemimpim utama PAS,rupanya PAS mahu Mat Sabu cetuskan huru-hara yang dijangka boleh menarik minat orang terhadap PAS yg sudah sesat dihujung jalan sekarang
|
|
|
Kepada mereka yang tidak berbangga dengan bangsa sendiri kerana kepentingan-kepentingan tertentu dengan bangsa lain, maka di sini saya perturunkan pendapat tokoh berwibawa di negara ini , Prof. Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid , mengenai kebanggaannya menjadi Orang Melayu, kerana sejarah Bangsa Melayu itu sendiri amat tinggi nilainya – Pengarang.
BARU-BARU ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membukukan kertas kerja siri Syarahan Raja Ali Haji bertajuk Pantun dan Kebijaksanaan Akan Budi Melayu tulisan Profesor Diraja Ungku Aziz. Buku 58 halaman itu menyingkapkan tentang pantun Melayu mengenai tema “pedagang”.
Ungku Aziz kini telah mengumpul lebih 16,000 pantun Melayu lama pelbagai tema dan akan diterbitkan pada awal tahun depan. Uniknya ahli ekonomi dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini kerana mempunyai minat mendalam dalam seni dan budaya.
Di ruang tamu kediamannya di Petaling Jaya, banyak lukisan pelukis terkenal tempatan, ada yang digantung dan banyak juga yang disusun di lantar.
Ungku Aziz menganggap sastera rakyat iaitu pantun mempunyai keunikan dan lebih 500 tahun lebih awal daripada karya William Shakespeare. Kebijaksanaan dan pemikiran Melayu dipancarkan dalam pantun. Beliau menemui kehebatan orang Melayu berdagang sebelum kedatangan penjajah daripada pantun-pantun yang dikumpul.
Dalam wawancara kali ini Ungku Aziz bercakap mengenai hubungan pantun dengan sikap serta kecemerlangan orang Melayu dulu serta membandingkan dengan sesetengah kalangan Melayu masa kini yang lebih memburu kebendaan.
“Bagi saya pantun menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti orang Melayu ketika itu. Ini membuktikan keupayaan orang Melayu jauh lebih baik dari sekarang,” kata Ungku Aziz ketika diwawancara wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID di kediamannya Rabu lalu.
|
|
Baca lagi...
|
|
PANGGIL KURSUS DALAMAN..KENAKAN BAYARAN !
Para peniaga stesyen minyak Petronas, terutama yang mengenali saya,
menghubungi saya sejak beberapa hari lepas hingga kehari ini, meluahkan
rasa kesal mereka, bahawa kini musim Petronas memanggil para peniaga
stesyen minyak mereka untuk berkursus sehari secara bergilir-gilir
mengikut kawasan, utara, tengah, selatan, Sabah dan Sarawak.
Kursus sehari itu adalah untuk memberikan taklimat mengenai keselamatan
di stesyan-stesyen minyak oleh pihak polis, dan mengenai peraturan
penggunaan biodiesel yang kandungannya adalah 5% dari minyak Kelapa
Sawit yang mesra alam, yang akan dikuatkuasakan berperingkat-peringkat
dinegara ini.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 16 - 23 dari 222 |