A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 3 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini189
mod_vvisit_counterBulan Ini15434
mod_vvisit_counterJumlah490601
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
KUOTA SUBSIDI MINYAK MASAK PATUT BERADA DI BAWAH KPDNKK PDF Cetak Emel
Kira-kira  jam 3.00 petang tarikh 17hb Jan 2012 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa semua koperasi yang ditubuhkan terutama di kampong-kampong di seluruh negara akan dibimbing melalui agensi kerajaan yang terkaya di negara ini iaitu Felda melalui anak syarikatnya Felda Trading.

Ini adalah berita baik bagi masyarakat anak bangsa saya untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang terancang dan dibimbing, cuma berbekalkan azam serta kerja keras anda tidak akan jatuh lagi kerana tongkatnya berada di sekeliling anda..!

Tubuhlah KOPERASI ditempat anda masing-masing dengan kelompok yang anda senangi dan mempunyai kepercayaan untuk sama-sama berniaga…tak payah langsung…anda akan dilatih dari awal sampai berjaya..!

Menteri berkenaan telah menyampaikan surat perlantikan kepada 15 koperasi yang telah buktikan kejayaan mereka untuk menjadi Sub-DC iaitu membekalkan dan mengedarkan barang-barang keperluan kepada kedai-kedai  runcit di sekitar lokasi mereka masing-masing atas jenama COOP 1 Malaysia. Harga barangan Coop jauh murah daripada jemana yang sedia ada dan  berkualiti.
Contoh paling jelas, harga Bihun Coop 1 Malaysia berat 350gm hanya RM 1.60 dan jemana yang sedia ada RM2.30.

Baca lagi...
 
RAKYAT BOSAN SANDIWARA ANWAR - AZMIN PDF Cetak Emel

Azmin Ali – 'kekasih awal dan akhir' Anwar, menyeru rakyat membela Anwar dengan cara melakukan keganasan… mahkamah bebas buat keputusan yang seadil-adil nya...tak cukup bukti tetap tidak menjatuhkan hukuman. Sekiranya  pendakwa tidak berpuas hati maka mereka akan mencari bukti yang benar-benar kukuh, sehingga tidak ada sebarang keraguan lagi..

Tapi lain pula pasangan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, salah atau tidak  salah jangan sama sekali Mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada 'buah hati'nya itu.Kalau terbukti salah dan dihukum penjara, Azmin menyeru rakyat berpakat robohkan penjara, seolah-olah dunia ini miliknya dan Anwar sahaja. Beliau memerintahkan rakyat untuk  bangun membuat demonstrasi dengan melakukan keganasan, membuat huru-hara, bagi memastikan  Anwar Ibrahim sentiasa bebas daripada sebarang bentuk hukuman.

Azmin berbuat demikian besar kemungkinan didorong oleh perasaan dan keakraban beliau terhadap Anwar dan  tidak sanggup melihat ‘pujaan hatinya’ berada dalam penjara,…adakah beliau tidak sanggup berada di luar keseorangan dan kesunyian ? Persoalannya kenapa hal peribadi sebegini mahu melibatkan rakyat ?.

Apa-apa pun keputusan, marilah kita berikan kepercayaan dengan kewibawaan Mahkamah kita yang memang berwibawa mengendalikan apa juga kes dalam negara ini…rakyat dah semakin jelas pihak mana yang hendak menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan pihak mana pula yang tak henti-henti hendak mempergunakan rakyat untuk kepentingan individu tertentu..

Ingatlah…mungkin sebelum ini ada antara rakyat negara ini yang terpengaruh dengan sandiwara mereka termasuk Ambiga dan Haji Hadi…tetapi biasanya seseorang itu tidak terpengaruh bagi kali ke dua sekiranya yang pertama itu ternyata menyimpang jauh dari kebenaran..

 
PENAFIAN BAKAT ANAK-ANAK MELAYU DALAM PROTON PDF Cetak Emel

82_tunmahathir.jpgTun Dr.Mahathir semasa memegang jawatan Prdana Menteri dulu berjaya melakukan program Pandang Ke Timur...dimana anak-anak watan negara ini, khasnya anak-anak Melayu telah dihantar belajar dibidang teknologi di Jepun, dan bila sudah mempunyai kemahiran mereka inilah yang mengendalikan program industri di negara ini bila mereka kembali, khususnya bidang automobil yang mengeluarkan kereta Proton Saga.

Semasa PM mngisytiharkan negara ini menuju industri berat pada awal 80an, kaum cerdik pandai negara ini telah bersedia mengharungi bidang ini..mereka pada mulanya diberi peluang...anak-anak dibawah program Pandang ke Timur juga ramai yang bersedia berkerja keras..hasilnya beberapa produk industri berat telah muncul  dipertengahan 80an, termasuk peengeluaran kereta Proton Saga.

Malangnya, sepatutnya anak-anak Melayu yang menjadi pelopor industri berat ini diberikan peluang seluas-luasnya mengendalikan bidang industri berat negara, tiba-tiba dinafikan bakat dan kemampuan mereka ...mereka diketepikan, dan sebaliknya orang asing  yang tak sepandai manapun diambil mengisi keperluan tersebut..!

Tengahari tadi saya ke kawasan perumahan proton di Shah Alam Selangor, menghadiri kenduri 'menyambut menantu' Tuan Mohd Nor, seorang jiran sekampung saya di Pasir Puteh Kelantan..beliau dan seorang lagi teman saya bernama Tengku Yi, adalah antara 9,000 kakitangan proton yang terdiri dari pekerja mahir dan separuh mahir kilang kereta kebanggaan negara itu.

Saya beruntung menemui beberapa teman lama yang meminati bidang automobil negara dan turut hadir di majlis itu..." ada tujuh orang mat salleh telah dibawa masuk oleh pihak pimpinan proton padahal tak reti sangatpun..! " katanya.

Setahu saya, syarikat2 GLC biasanya bahagian pentadbiran dan bahagian sumber manusianya dipegang oleh orang Melayu kerana inilah bahagian yang mernjadi kunci kepada syarikat2 GLC itu..tetapi di proton ia dah 'terbalik kot' pula..!

"Itulah puncanya dari 70 dealer proton Melayu kini dah tinggal 30 sahaja Tuk..!" kata seorang pemerhati yang seorang lagi.

"Jangan lupa Datuk, yang menjadi tarikan pihak luar kepada proton itu ialah segala kelengkapan canggih kilang proton di Tanjung Malim sana itu..!" kata kata seorang bekas penjawat penting sebuah industri berat negara ini .

Dalam perjalanan balik dari rumah Tuan Mohd Nor petang tadi telinga saya masih terngiang-ngiang kata-kata dari para pemerhati bidang industri negara itu yang berkata, "Datuk..sampaikanlah mesej kepada pimpinan negara dengan apa cara sekalipun, agar Proton ini tidak menjadi GLC kedua selepas MAS yang terlepas  'ke tangan orang'..!!

Kini saya ingin berkongsi pendapat dalam perkara ini dengan para kawan/sahabat fb yang membaca laman ini...pikirkanlah sekejap dan berilah pendapat ikhlas adakah Proton kita bakal hanyut ...dan mungkin ada di pihak proton itu sendiri yang boleh beri penjelasan..!


Imej:http://chezan.blogspot.com/2011/01/langkah-mulanya-dengan-saga.html
 

 
ANWAR IBRAHIM GAGAL ATASI KEBIJAKSANAAN MAHATHIR PDF Cetak Emel
Saya tertarik dengan komentar Penulis Politik terkenal tanahair Yahaya Ismail mengenai ulasannya tentang propaganda Anwar Ibrahim yang sedang membuat janji2 politiknya untuk menurunkan harga minyak petrol di negara ini kalau sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini. Dakwaan itu, bagi saya, adalah ibarat seorang kekasih yang berjanji kosong untuk memetik bintang-bintang di langit untuk menjadi rantai leher kekasihnya itu, sedangkan perkara itu adalah mustahil..!!!

Saya petikkan tulisan Yahaya Ismail itu untuk tatapan pengunjung Laman Blog saya ini kerana ia mempunyai erti dan makna tersendiri, dengan ihsan Utusan On Line –Pengarang.
 

KONONNYA Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan di era UMNO, punya pengetahuan ekonomi super hebat. Malangnya amanah yang diberikan Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di waktu itu kepada Anwar untuk merancang kewangan negara berkecai di tengah jalan.
Anwar boleh berkepak dan berkokok bahawa dia dapat menyelamatkan negara jika dipilih menjadi bakal perdana menteri bersemayam di Putrajaya kalau Allah dan rakyat merestuinya. Tapi Allah telah menguji taraf kemampuannya untuk mengatasi ekonomi negara pada tahun 1997-98 bilamana penyangak mata wang, George Soros, memporakperandakan ekonomi berbagai negara di Asia.

Baca lagi...
 
AWAS BOM JANGKA DALAM PERKHIDMATAN PTD. PDF Cetak Emel

Tiga hari lepas saya dan isteri hadiri rumah terbuka seorang rakan sepengajian di Universiti Malaya dulu di Sungai Tua, Selayang..ramai teman-teman se UM yg berada dalam perkhidmatan PTD hadir...kami berbual mesra bercakap kesah dulu dan yang terkini masing-masing...kata mengata, perli memerli sambil makan-makan riuh rendah dengan ketawa..

 Saya amat terkejut bila dibisikkan ke telinga bahawa ada 40 orang di kalangan pegawai PTD yang kebanyakannya penyandang Jusa C, B, A dan Pegawai Turus, kini telah berpaling kepada Pembangkang dan besar kemungkinan akan bertanding dalam pilihanraya ke 13 ini atas tiket Pembangkang dipelbagai tempat.

 

Baca lagi...
 
KECELAKAAN PETUGAS MEDIA DILUAR NEGARA BOLEH DIELAKKAN PDF Cetak Emel

Bukan senang mengusung para petugas media untuk membuat liputan di luar negara khasnya bila mengunjungi negara yang dalam keadaan bergolak dan bermasaalah.
Bagaimanapun kecelakaan sebagaimana yang berlaku kepada Jurukamera Bernama Tv kita itu boleh dielakkan kalau kita ikut peraturan yang telah ditetapkan secara amalan biasa, iaitu mana-mana pihak yang mahu para petugas media berada di negara-negara yang bermasaalah, seperti peperangan, rusuhan kaum, atau berdepan dengan sesuatu tragedi yang dikira merbahaya, hendaklah terlebih dahulu melapurkan diri dengan pihak Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa atau International Commitee Of Red Cross (ICRC) sebaik saja memasuki negara tersebut.

Pihak ICRC nanti akan memberikan taklimat keselamatan kepada pihak Media atrau Press mengenai kawasan berisiko tinggi, kawasan yang selamat dan sesuai dimasuki untuk menbuat liputan, dan ICRC juga ada menyediakan Jeket kalis peluru bila difikirkan perlu untuk media memakainya. Jeket ini mempunyai pengenalan khusus dimana pihak yang bertelagah tidak boleh menembak atau menghalang mereka dari melakukan tugas.

Baca lagi...
 
MAT SABU KUDA TUNGGANGAN BARU DAP PDF Cetak Emel
Dua hari lalu Mat Sabu, seperti yang telah saya jangkakan, akan membuat kenyataan seperti itu, sebab itulah syarat yang DAP bagi kepadanya untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. DAP tidak mahu orang yang ada pendidikan agama, Mat Sabu adalah orang yg paling sesuai memenuhi hasrat dan kehendak DAP. Itulah janji Mat Sabu pada DAP untuk menurut semua kehendak DAP sekiranya nama beliau dicadangkan kepada PAS untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. Segala kehendak DAP akan disalurkan melalui mulut Mat Sabu dan ini terbukti apabila DAP berjaya mempengaruhi Mat Sabu untuk menyatakan bahawa hero sebenar Bukit Kepong adalah komunis. Dan sebenarnya semangat dan perjuangan komunis memang sudah lama bertapak dalam DAP. Mat Sabu kini menjadi kuda tunggangan baru DAP apabila Anwar sudah semakin berhadapan dengan masalah moral.
 
BOLEHKAH PERKAHWINAN MAS - AirAsia DIBATALKAN ? PDF Cetak Emel

"Mengapa MAS tidak jualkan sahamnya kepada GLC yang kayaraya iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji (LTH)?" demikian persoalan yang diajukan oleh seorang teman rapat saya sebagai reaksi beliau terhadap penjualan saham MAS kepada Air Asia kelmarin.

"MAS adalah sebuah Government Link Company (GLC) yang mewakili kepentingan rakyat yang dikuasai Kerajaan, tetapi kenapa MAS jualkannya kepada sebuah syarikat Individu yang pada hal MAS banyak pilihan lain untuk tidak jatuh ke tangan individu yang langsung tak ada kaitan dengan kepentingan rakyat negara ini? " kata seorang lagi teman saya , seorang ahli perniagaan di ibunegara ini.

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 8 dari 220
 
Joomla Templates by Joomlashack